Stesen LRT Dang Wangi
| Stesen LRT Dang Wangi Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Jalan Ampang, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Malaysia. |
| Koordinat | 3°9′24″U 101°42′6″T / 3.15667°U 101.70167°T |
| Laluan | Aliran Kelana Jaya (1999 hingga kini) |
| Platform | 1 platform tengah |
| Landasan | 2 |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 1 Jun 1999 |
| Mesra OKU | |
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL. |
Stesen LRT Dang Wangi ialah stesen alihan laju yang terletak di timur laut pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.
Pintu masuk stesen ini terletak di hujung timur laut bandar lama Kuala Lumpur sepanjang Jalan Ampang, berhadapan Bukit Nanas dan di belakang Sungai Klang. Namanya berasal dari Jalan Dang Wangi yang bersimpang dengan Jalan Ampang 100 meter ke selatan.
Pertukaran [sunting]
Stesen Dangi Wangi terletak kurang sekilometer di barat stesen monorel Bukit Nanas, juga terletak berdekatan Bukit Nanas. Walaupun tidak bersebelahan, namun peta-peta transit rasmi menentukan kedua-dua stesen sebagai satu pertukaran antara Aliran Kelana Jaya dan Monorel Kuala Lumpur. Oleh itu, penumpang yang ingin bertukar laluan di sini harus berjalan di laluan berlitupan sepanjang Jalan Ampang untuk ke stesen lain. Stesen Dang Wangi juga dihubungi dengan jejantas yang bertangga bergerak yang melintasi Jalan Ampang.
Hentian bas rapidKL [sunting]
Stesen LRT Dang Wangi ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:
- U22 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Sri Nilam Apartment - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U26 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Taman Bukit Indah - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U28 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya melalui Kampung Lembah Jaya - Lebuh Ampang
- U29 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya melalui Kampung Baru Ampang - Lebuh Ampang
- U30 : Lebuh Ampang - Pandan Mewah melalui Sri Nilam Apartment - Lebuh Ampang
Stesen berdekatan [sunting]
| Stesen sebelumnya | Stesen LRT Dang Wangi | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Kampung Baru | Aliran Kelana Jaya | Masjid Jamek | ||