Stesen MRT Batu 11 Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu 11 Cheras Rapid KL
باتو 11 چرس
LokasiStesen Batu 11 Cheras, Jalan SS 2/1, Batu 11 Cheras, 43200 Cheras, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028Koordinat: 3°12′23″N 101°34′49″E / 3.20639°N 101.58028°E / 3.20639; 101.58028
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T416, T417
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK30 
Sejarah
Dibuka17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sungai Buloh
Laluan Kajang
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Batu 11 Cheras ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Cheras, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang.[1] Ia terletak di antara Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn dan Stesen MRT Bukit Dukung dan mempunyai kod stesen iaitu KG30 atau sebelum ini dikenali sebagai SBK30.[2] Stesen ini telah dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[4][5][6] Pembinaan stesen ini ini adalah dibawah naugan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT). Pada tahun 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Balakong memandangkan bahawa stesen ini terletak di dalam kawasan Balakong. Walaupun begitu, pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Batu 11 Cheras. Nama ini telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[7][8] Stesen ini telah dibuka secara rasmi pada 16 Julai 2017 dibawah pembukaan Fasa 2 Laluan Kajang bermula dari Stesen MRT Muzium Negara hingga ke Stesen MRT Kajang.[3]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah selatan pekan Batu 11 Cheras, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah E7 Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Bandar Sungai Long E7 Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Indah dan kawasan perniagaan Cheras Raya.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Bukit Dukung)
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Bandar Tun Hussein Onn)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[9]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, Stesen MRT Batu 11 Cheras mempunyai dua pintu masuk dan keluar utama dan masing-masing terletak di aras tanah. Kedudukan Pintu A terletak di timur stesen atau Jalan SS 2/2 dan mempunyai kemudahan asas seperti tangga dan tangga gerak (eskalator) serta lif yang sesuai untuk pengguna orang kurang upaya. Perkhidmatan bas tempatan-ulang alik T416 dan T417 beroperasi sepuhnya di pintu A.[10] Kedudukan Pintu B terletak di barat stesen, mengarahkan pengguna ke hentian kenderaan peribadi, teksi, perkhidmatan e-panggilan di Jalan Balakong.[11]

Stesen Laluan Kajang — Batu 11 Cheras Rapid KL
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Timur stesen Jalan SS 2/2 Akses OKU Pengangkutan bas
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi, Taman Indah, Batu 11 Cheras
B Barat stesen Jalan Balakong
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Taman Cheras Maju, Taman Kasturi, Perniagaan Cheras Jaya

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T416 dan T417 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ahmad Suhael Adnan (Julai 18, 2017). "Selesa, cepat naik MRT sepanjang jajaran 51km". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-20.
  2. ^ "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  4. ^ Meng Yew Choong (2021-07-10). "Flashback #Star50: Why drive? Get on the MRT". The Star Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  5. ^ Kevin Smith (2014-10-14). "Malaysia to build second Klang Valley metro line" (dalam bahasa Inggeris). International Railway Journal. Dicapai pada 2021-10-10. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
  7. ^ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 2021-10-10.
  8. ^ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  9. ^ "Batu Sebelas Cheras — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  10. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  11. ^ "Batu Sebelas Cheras MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 29 April 2019. Dicapai pada 29 Januari 2022.