Stesen Monorel Tun Sambanthan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 MR2 
Stesen Monorel Tun Sambanthan
Tun Sambanthan Monorail station
敦辛班丹单轨火车站
துன் சம்பந்தன்
Stesen KL Monorail
Tun Sambanthan station (Kuala Lumpur Monorail) (exterior), Kuala Lumpur.jpg
Statistik stesen
Alamat Selatan simpang Jalan Tun Sambanthan 4 - Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat 3°7′53″U 101°41′26″T / 3.13139°U 101.69056°T / 3.13139; 101.69056
Laluan KL Monorail (2003 – kini)
Platform 2 platform sisi
Landasan 2
Tempat letak kereta Tiada
Maklumat lain
Dibuka 31 Ogos 2003
Kod  MR2 
Dimiliki oleh KL Infrastructure Group Limited (KL Infra)

Stesen Monorel Tun Sambanthan adalah sebuah stesen monorel bertingkat dalam aliran KL Monorail yang dibuka serentak dengan stesen-stesen lain sepanjang alirannya pada 31 Ogos 2003.

Stesen ini terletak di selatan persimpangan Jalan Tun Sambanthan 4-Jalan Tebing di daerah Brickfields, Kuala Lumpur, di tebing barat Sungai Klang, sebelah Kolej Methodist Kuala Lumpur, dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia berhampiran Jalan Tun Sambanthan 4. Stesen ini terletak berhampiran jejantas yang menyeberangi Sungai Klang, menghubunyi Jalan Syed Putra yang bersambung dengan Lebuhraya Persekutuan dan Sekolah Menengah Kuen Cheng di seberang sungai. Stesen ini cuma ada satu pintu keluar di barat Jalan Tebing.

Stesen ini dinamakan atas V. T. Sambanthan, seorang tokoh tersohor Kongres India Malaysia. Jalan Tun Sambanthan, sebatang jalan utama di Brickfields yang juga dinamakan sempena V. T. Sambanthan, ialah tempat terletaknya lokasi terminus monorel KL Sentral.

Stesen sebelumnya Stesen berikutnya
KL Sentral   KL Monorail   Maharajalela