Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Kuala Lumpur
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
Aras platform stesen MRT Hospital Kuala Lumpur
LokasiStesen MRT Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568Koordinat: 3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 402
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanAda (di Hospital Kuala Lumpur)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY18 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023; 12 bulan yang lalu (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Titiwangsa
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Raja Uda
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL).[1] Ia terletak di antara Stesen MRT Titiwangsa dan Stesen MRT Raja Uda serta mempunyai kod stesen iaitu PY18.[2][3] Stesen MRT ini terdiri daripada empat aras iaitu, aras tanah di mana pintu masuk dan keluar stesen berada, aras legar, aras platform dan aras mezanin. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada tiga pintu masuk dan keluar iaitu A di Hospital Kuala Lumpur, B di Jalan Kuantan dan C di Jalan Maran.[3]

Nama stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S14.[4][5] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan dibuka rasmi secara rasmi 16 Mac 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut yang melibatkan stesen-stesen di sepanjang jajaran Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dalam pembinaan
Aras legar stesen tidak berbayar

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Hospital Kuala Lumpur akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[4] Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terletak sektor landasan kereta api bawah tanah Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S14, yang di mana merujuk sebagai stesen keempat belas dalam jajaran Laluan Putrajaya.[3]

Stesen ini tertelak di bawah tanah dan merupakan di bawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform, pintu stesen dan struktur berkaitan bagi kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, pada tahun Mac 2016 dengan jumlah sebanyak RM 15.47 bilion, oleh MRT Corp. Kontrak kerja pembinaan bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer (8.4 bt) itu, juga merangkumi pembinaan stesen MRT Sentul Barat sehingga stesen MRT Bandar Malaysia Selatan, dengan melalui stesen ini.[5][7][8] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[3]

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[6] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[9] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[6][10][11]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Pelan dan perkhidmatan stesen[sunting | sunting sumber]

G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B3 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke pintu masuk/keluar Akses OKU
B2 Aras Mezanin Tangga dan eskalator ke aras legar/aras platform
B3
Aras Platform
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Raja Uda)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Titiwangsa)

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Titiwangsa dan Raja Uda. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY18. Stesen ini beroperasi pada jam 6.00 pagi (MST) setiap hari hingga 12:00 tengah malam pada hari bekerja iaitu Isnin–Jumaat dan 11:30 malam pada hari Ahad dan hari cuti.[12][1] Kekerapan tren tiba di stesen ialah setiap lima ke 10 minit pada hari Isnin–Jumaat dan setiap 10 minit pada hari minggu dan cuti am.[12]

Stesen ini merupakan stesen bawah tanah dan terbahagi kepada empat pelan struktur iaitu aras tanah menempatkan pintu masuk dan keluar stesen dan hentian sebelah kenderaan bermotor, aras legar menempatkan mesin tiket, pagar tambang, tandas, surau dan kaunter khidmat pelanggan, aras mezanin, dan aras platform yang mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 menuju ke Putrajaya Sentral (atau Putrajaya sahaja) manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[3][13]

Lokasi stesen[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di bawah tanah Jalan Tun Razak, berhampiran dengan Bulatan Jalan Pahang, iaitu persimpangan bulatan Jalan Tun Razak dengan FT 2 (dikenali sebagai Jalan Pahang oleh oleh penduduk sekitar). Mercu tanda sekitar stesen MRT Hospital Kuala Lumpurialah Istana Budaya, Stadium Hoki Antarabangsa Titiwangsa, Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, SK Jalan Kuantan 2, Asrama SMK Seri Titiwangsa, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, SMK Seri Titiwangsa, Institut Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan X-ray Hospital Kuala Lumpur.[13][14]

Infrastruktur stesen[sunting | sunting sumber]

Dalaman dan luaran stesen
Aras legar tidak berbayar stesen.
Aras mezanin stesen.
Aras platform stesen.
Bangunan pintu B stesen dari Jalan Kuantan.
Hentian sebelah untuk kenderaan peribadi di pintu B.

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[2] Tetapi, terdapat kawasan parkir awam yang disediakan di sekitar Hospital Kuala Lumpur. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri.[13]

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Pintu Lokasi Destinasi Imej
A Jalan Utama Hospital Akses OKU Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi Hospital Kuala Lumpur (Institut Urologi dan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur dan Jabatan X-ray Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Radiologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Dermatologi Hospital Kuala Lumpur), Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur.
B Jalan Kuantan Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Balai Seni Negara, Pusat Darah Negara, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, SMK Seri Titiwangsa, Hentian Bas Istana Budaya (Bas 402 berkhidmat di sini).
C Jalan Maran Akses OKU Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Stadium Hoki Antarabangsa Titiwangsa, SK Jalan Kuantan 2, Asrama SMK Seri Titiwangsa, Kuarters Kerajaan Jalan Maran, Perumahan Lorong Maran, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia
Kunci      Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan)

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mempunyai tiga pintu masuk dan keluar stesen, yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, dan C. Satu daripadanya pembinaanya telah diketepikan dan selebihnya akan dibina serta beroperasi seperti biasa.[3][13][14] Pintu A merupakan laluan utama ke Hospital Kuala Lumpur yang menempatkan laluan gerak (atau jalan gerak) sepanjang 400 meter (1,312.3 ka) telah memudahkan pengguna terutama warga emas dan orang kurang upaya untuk ke Hospital Kuala Lumpur.[1][15] Sambungan ke stesen MRT Hospital Kuala Lumpur ke Hospital Kuala Lumpur ini dibina di bawah Jalan Tun Razak, jalan raya yang sibuk di Kuala Lumpur.[3][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Izwaashura Sadali (16 Mac 2023). "MRT Laluan Putrajaya dibuka 3 petang ini – kami telah mencubanya; ini panduan untuk laluan rel baharu KV". paultan.org. Paul Tan Automotive News. Dicapai pada 4 Mei 2023.
  2. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d e f g MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  4. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  5. ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  6. ^ a b c FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  7. ^ Bernama (31 Mac 2016). "MRT Corp awards RM15.47b works package to MGKT" (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Kini. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  8. ^ "MRT Corp Awards RM 15.47 billion underground work contract to MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). MMC-Gamuda. 31 Mac 2016. Dicapai pada 10 Disember 2022.
  9. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  10. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  11. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  12. ^ a b "Rapid KL – MRT Putrajaya Line" [Rapid KL – MRT Laluan Putrajaya]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia. Dicapai pada 29 November 2022.
  13. ^ a b c d e MRT Corp (29 November 2022). "Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur". Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 29 November 2022.
  14. ^ a b "Hospital Kuala Lumpur MRT Station" [Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 4 Mei 2023. Dicapai pada 4 Mei 2023.
  15. ^ Bernama (18 Mac 2023). "MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan". astroawani.com. Astro Awani. Dicapai pada 4 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]