Stesen LRT KLCC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen LRT KLCC
Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya
Kelana Jaya Line KLCC.jpg
Statistik stesen
Laluan Aliran Kelana Jaya (1999 hingga kini)
Platform 1 platform tengah
Landasan 2
Maklumat lain
Dibuka 1 Jun 1999
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL.

Stesen LRT KLCC ialah stesen alihan laju bawah tanah yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.

Stesen ini terletak di tingkat bawah tanah pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang. Sebatang laluan bawah tanah menghubungkan stesen ini dengan Suria KLCC dan seluruh kawasan pembangunan KLCC yang merangkumi Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

[sunting] Hentian bas rapidKL

Stesen LRT KLCC ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:

  • B103 : Titiwangsa - Bukit Bintang KL Monorail melalui KLCC LRT - Titiwangsa
  • B114 : Maluri LRT - Titiwangsa melalui KLCC LRT - Maluri
  • U21 : Bukit Bintang KL Monorail - AU3 Jentayu melalui KLCC LRT - Bukit Bintang KL Monorail
  • U22 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Sri Nilam Apartment - Terminal Jalan Sultan Mohamad
  • U26 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Taman Bukit Indah - Terminal Jalan Sultan Mohamad
  • U28 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya melalui Kampung Lembah Jaya - Lebuh Ampang
  • U29 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya melalui Kampung Baru Ampang - Lebuh Ampang
  • U30 : Lebuh Ampang - Pandan Mewah melalui Sri Nilam Apartment - Lebuh Ampang

[sunting] Stesen berdekatan

Stesen sebelumnya Stesen LRT KLCC Stesen berikutnya
Ampang Park   Aliran Kelana Jaya   Kampung Baru