Stesen LRT Miharja
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| AG2 Stesen LRT Miharja Stesen alihan laju Laluan Ampang |
|||||||||||
Pemandangan luar stesen Miharja ke arah barat. |
|||||||||||
| Statistik stesen | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Alamat | Jalan 1/93, Taman Miharja, Kuala Lumpur, Malaysia. | ||||||||||
| Koordinat | 3°7′15″U 101°43′3″T / 3.12083°U 101.7175°T | ||||||||||
| Laluan | Laluan Ampang (Sentul Timur-Ampang) (1996 hingga kini) | ||||||||||
| Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
| Landasan | 2 | ||||||||||
| Tempat letak kereta | Tiada | ||||||||||
| Maklumat lain | |||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 1996 | ||||||||||
| Kod | AG2 | ||||||||||
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendalikan oleh RapidKL. | ||||||||||
| Perkhidmatan | |||||||||||
|
|||||||||||
Stesen LRT Miharja ialah sebuah stesen LRT searas daratan yang terletak berhampiran Taman Miharja di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian cabang Sentul Timur–Ampang di Aliran Ampang (dahulunya STAR) yang dibuka pada 16 Disember 1996 dalam fasa pertama pembukaan sistem LRT pertama negara bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang.
[sunting] Lokasi
Stesen Miharja terletak di barat daya Flat Miharja yang terletak berhampiran Sungai Kerayong di kawasan perumahan Taman Miharja, berhampiran Jalan Loke Yew. Stesen ini berkhidmat untuk pengguna yang tinggal di rumah pangsa tersebut, serta kawasan-kawasan lain di Taman Miharja dan Viva Home di Jalan Loke Yew.