Stesen LRT Asia Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 KJ21 
Stesen LRT Asia Jaya
Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya
Asia Jaya station (Kelana Jaya Line) (day), Petaling Jaya, Selangor.JPG
Statistik stesen
Alamat Off Jalan Utara dan Jalan 51A/223, Section 51A, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat 3°6′15″N 101°38′16″E / 3.10417°U 101.63778°T / 3.10417; 101.63778
Laluan Aliran Kelana Jaya (1998 hingga kini)
Platform 1 platform tengah
Landasan 2
Maklumat lain
Dibuka 1 September 1998
Mesra OKU Handicapped/disabled access
Dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL.

Stesen LRT Asia Jaya ialah stesen alihan laju yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni (tidak termasuk KL Sentral yang dibuka kemudian) dan depoh penyelenggaraan di Lembah Subang.

Stesen Asia Jaya terletak di hujung selatan Seksyen 14 Petaling Jaya dari Jalan Utara ke timur dan Jalan 51A/223 ke selatan, dikelilingi oleh kawasan sektor awam, industri, perdagangan dan perumahan. Antaranya, Seksyen 8 (perumahan), 51A (industri) dan 52 (bangunan awam dan perdagangan Petaling Jaya "baru") di selatan dan timur, dan Section 14 di utara. Cawangan Petaling Jaya Tenaga Nasional terletak di hadapan selatan stesen.

Hentian bas rapidKL[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Asia Jaya ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:

  • U88 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Seksyen 8 Kota Damansara via Seksyen SS 2 Petaling Jaya - Terminal Jalan Sultan Mohamad
  • T628 : Asia Jaya LRT - Seksyen 14, 17 Petaling Jaya - Asia Jaya LRT
  • T629 : Asia Jaya LRT - Phileo Damansara I & II / Eastin Hotel - Asia Jaya LRT

Stesen berdekatan[sunting | sunting sumber]

Stesen sebelumnya Stesen LRT Asia Jaya Stesen berikutnya
Taman Jaya   Aliran Kelana Jaya   Taman Paramount