Stesen Komuter UKM
| KB07 UKM 马来西亚国民大学 Hentian KTM Komuter |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Alamat | Kampung Sungai Tangkas/Bangi, off Jalan Reko, Selangor, Malaysia. |
| Koordinat | 2°56′22″U 101°47′16″T / 2.93944°U 101.78778°T |
| Laluan | Laluan Rawang-Seremban (KTM Komuter) |
| Platform | 2 platform sisi |
| Landasan | 2 |
| Tempat letak kereta | Yes |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 1995 |
| Kod | UKM |
| Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Stesen Komuter UKM ialah sebuah perhentian tren komuter yang terletak berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Selangor, Malaysia. Ia juga merupakan stesen kereta api ke utara (Tanjung Malim) dan ke selatan (Seremban).
Arah selatan ialah Stesen Komuter Bangi. Sementara di arah utara ialah Stesen Komuter Kajang.
Panorama [sunting]
Sepanjang landasan dari UKM ke Stesen Komuter Bangi, perjalanannya agak menarik. Dari dalam kereta api, anda dapat melihat keindahan lombong / tasik milik Kolej Universiti Antarabangsa Selangor di Bandar Sri Putra. Kereta api dan komuter akan melintas sebuah jambatan dengan tembok semi bulatan. Di bawahnya ialah Sungai Langat yang keruh lagi kotor. Beberapa lombong bijih timah yang terbiar juga jelas kelihatan. Selain itu di kiri dan kanan terlihat ladang kelapa sawit.
Hubungan dengan bas rapidKL [sunting]
Stesen Komuter UKM boleh dicapai oleh bas rapidKL berikut:-
- T430 : Pekan Kajang - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Pekan Kajang
| Stesen sebelumnya | Stesen Komuter UKM | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Kajang | Laluan Rawang-Seremban | Bangi | ||