Stesen MRT Phileo Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 KG12  Phileo Damansara
فيليو دامنسارا
Rapid KL Logo | Stesen MRT
Permandangan stesen Phileo Damansara daripada Pintu A.
Nama lainCina: '菲利欧白
Tamil: பிலியோ டாமன்சாரா
LokasiStesen Phileo Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°E / 3.1292861; 101.6428917Koordinat: 3°7′45.43″N 101°38′34.41″E / 3.1292861°N 101.6428917°E / 3.1292861; 101.6428917
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T786, T815, T816
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan516 petak tempat letak kereta; 178 petak parkir motosikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG12 
Sejarah
Dibuka16 Disember 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
MRT Taman Tun Dr Ismail
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang MRT Pusat Bandar Damansara
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Phileo Damansara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di utara Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat komersial Phileo Damansara yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini. [1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Seksyen 16.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang E23 Lebuhraya Sprint berhampiran Persimpangan Seksyen 16. Di sebelah tenggara stesen adalah pusat komersial Phileo Damansara (SIBKL, Menara CP, Menara STAR, Hotel Eastin Kuala Lumpur) manakala di sebelah utara stesen adalah Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan Seksyen 16 Petaling Jaya dan pangsapuri mewah Astana Damansara.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2

Aras Platform

→ Platform 1 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang
Platform Tengah
← Platform 2 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara
L1

Aras legar

Kedai serbaguna, mesin tiket. pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G

Aras bawah

Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat yang menempatkan 516 petak parkir kereta dan 178 petak parkir motosikal.[4]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T786, T815 dan T816 berkhidmat di stesen ini.

Pintu stesen[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Phileo Damansara. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan 16/11. Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di utara stesen berdekatan dengan E23 Lebuhraya Sprint dan kawasan meletakkan kenderaan bertingkat.

Stesen Laluan Kajang
Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Selatan Jalan 16/11 Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Eskalator ke aras legar atau aras tanah. Tangga

Hentian sebelah untuk bas pengantara, Pusat Dagangan Phileo Damansara, Eastin Hotel, Menara CP, Menara Star

B Utara E23Lebuhraya Sprint Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legarEskalator ke aras legar atau aras tanah.Tangga

Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Park 'N Ride dan Petronas Sprint Highway

Perkhidmatan & Ketersambungan[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Phileo Damansara berada di antara stesen Pusat Bandar Damansara dan TTDI di Laluan Kajang. Pada masa hadapan, Bukit Kiara akan menjadi stesen bersebelahan baharu menggantikan Pusat Bandar Damansara. Kekerapan ketibaan kereta api biasanya setiap 8 minit, tetapi mungkin berbeza antara 4 dan 10 minit.

Kertersambungan[sunting | sunting sumber]

Ketika perkhidmatan MRT Laluan Kajang mula beroperasi, dua perkhidmatan bas pengantara juga mula beroperasi, menghubungkan stesen Phileo Damansara dengan beberapa kawasan perumahan di bahagian utara Petaling Jaya (selatan dan barat stesen) dan Universiti Malaya. Bas pengantara ini beroperasi dari pintu masuk A. Kekerapan bas ini berbeza dari semasa ke semasa, tetapi secara purata setiap 15 hingga 20 minit.

Laluan Dari Desitinasi Melalui Sambungan ke Ruj.
T815   KG12  Phileo Damansara

Pintu A

Universiti Malaya Lebuhraya Sprint

Jalan 17/1 Jalan Universiti Lingkungan Budi

Laluan ini bersilangan dengan laluan bas T789  ke   KJ19  LRT Universiti [5]
T816   KG12  Phileo Damansara

Pintu A

SS2,

Petaling Jaya

Lebuhraya Sprint

LebuhrayaDamansara Puchong Jalan SS 2/75 Jalan 19/8 Jalan Universiti Jalan 17/2 Jalan 17/13 Jalan 17/22 Jalan Dato' Abu Bakar (16/1)

[6]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Phileo Damansara — MRT Corp". MRT Corp. 15 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  4. ^ "Park N' Ride — MSPR Phileo Damansara". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  5. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". myrapidbus.prasarana.com.my. Dicapai pada 2024-02-08.
  6. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". myrapidbus.prasarana.com.my. Dicapai pada 2024-02-08.