Stesen LRT Taman Bahagia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taman Bahagia Rapid KL
LokasiStesen Taman Bahagia, Jalan SS 2/3, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°06′38″N 101°36′46″E / 3.11056°N 101.61278°E / 3.11056; 101.61278Koordinat: 3°06′38″N 101°36′46″E / 3.11056°N 101.61278°E / 3.11056; 101.61278
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T783, T784
Pengangkutan bas PJ City: PJ03, PJ04, PJ05
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanDisediakan oleh MBPJ
Kemudahan basikal20 petak basikal
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ23 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Taman Bahagia ialah stesen Transit Aliran Ringan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia sebahagian daripada Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama laluan ini yang melalui 10 stesen antara stesen Kelana Jaya dan stesen Pasar Seni.[1]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak sepanjang Jalan SS 2/3, Petaling Jaya, Selangor. Persimpangan Taman Megah E11 Lebuhraya Damansara-Puchong terletak kira-kira 300m utara stesen. Kawasan perumahan berdekatan stesen ini adalah SS 2, SS 3, SS 4 dan SS 24 Petaling Jaya. Stesen ini juga terletak berhampiran SMK Taman SEA dan Masjid Aminah al-Muhairi.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taman Paramount)
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Kelana Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]


Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T783, T784 serta bas PJ City laluan PJ03, PJ04 dan PJ05 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 17 Mei 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.