Ana Dahlia
Ana Dahlia | |
---|---|
Kelahiran | Diyana Mastura binti Jaafar 21 Jun 1983 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Nazri Redzuawan (k. 2011; c. 2012) Mohd Ashraff Jurey Latiff (k. 2016) |
Diyana Mastura Jaafar atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia (lahir 21 Jun 1983) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Taiping, Perak. Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi salah seorang dari 20 finalis Pilih Kasih musim pertama, sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama dan filem.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ana telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan anak kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan, Chef Nazri "Riz" Redzuawan pada 2011 dan memfailkan perceraian pada 2012.[2] Beliau kemudian menyatakan kekesalannya berkahwin secara terburu-buru dalam satu temubual bersama Sinar Harian: "Saya mohon masyarakat jangan menilai saya dari berita yang tidak benar itu. Ia hanya mengeruhkan lagi keadaan".[3]
Beliau berkahwin dengan anak kepada pengarah dan penerbit drama, Jurey Latiff Rosli, Mohd Ashraff pada 31 Ogos 2016.[4][5][6]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum menceburi bidang lakonan, Ana memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang finalis, bersama-sama dengan Zulin Aziz, Bella Dally dan Emelie Hanif. Beliau memulakan kerjaya filem pada 2010 dengan membintangi filem seram Mantra arahan Azhari Zain.
Ana menyertai barisan pelakon drama kepolisan Metro Skuad terbitan Skop Productions termasuk Salina Saibi, Adam Corrie Lee, Azad Jazmin dan Kamal Affandi Hashim yang bersiaran di TV2 dari 2 Mac 2012 hingga 29 Mac 2013.[7]
Pada 21 Mac 2013, Ana memegang watak pensyarah dan guru tari dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[8] Beliau memegang watak sebagai Zafirah seorang wanita yang cacat penglihatan dalam Cinta Yang Satu di TV2.[9][10]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Mantra | Rindiani | Filem pertama |
2011 | Sekali Lagi | Ikin | |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Cikgu Mona |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Loga Maya | Drama pertama | ||
Arjuna | Sutera | TV3 | ||
2011 | Gerak Khas (Musim 13) | TV2 | Episod: "Orang Hilang" | |
Keranamu Laila | Mazni (20 tahun) | TV3 | ||
Nora Elena | Azira | |||
Cinta Yang Satu | TV1 | |||
Dia Tetap Ayah | Astro Prima | |||
2011–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | TV2 | Pelakon undangan | |
2012 | Mat Cepat | |||
Bukan Untukmu | Marlia | TV9 | ||
3 Janji | Sufi | TV3 | ||
7 Ramadan | Anna | |||
Cinta Itu Milikku | Dini | |||
2012–2013 | Metro Skuad | Inspektor Rohana | TV2 | |
2013 | Kerana Lelaki Itu | Munirah | TV3 | |
Cinta Yang Satu | Zafirah | TV2 | ||
2014 | Janji Jaslina | Atira | TV3 | |
Tanah Kubur (Musim 11) | Ana Dahlia | Astro Oasis | Episod: "Bookie" | |
2015 | 3 Campur 2 | Mona | Astro Ceria | |
2016 | Menongkah Kasih | Reffa | TV9 | |
Budak Magik | Suraya | TV3 | ||
Marhaban Kome Oi | Mak Dara | |||
Cinta PhD | ||||
2017 | Alahai Cucu Atuk | TV2 | ||
Kias Ramadan | Tini | TV3 | Episod: "Asid Si Fasik" | |
2022 | Biarkan Ia Pergi | Fadzilah | ||
2024 | Pengantin Pasti Jadi | Afida |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2010 | Kemaafan Yang Tertangguh | Zaila | TV3 |
2011 | Gincu | TV9 | |
2016 | Terputusnya Sebuah Doa | Sabrina | Astro Ria |
2018 | Rindu Bertemu Tuhan | TV1 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Pilih Kasih (Musim 1) | Dirinya sendiri/Peserta | TV2 |
2017 | Kelana Pulau | Dirinya sendiri/Pengacara | TV1 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Pelakon TV Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Norhidayyu Zainal (6 Oktober 2016). Ana Dahlia tiada istilah putus asa Sinar Harian. Diperoleh pada 20 Ogos 2017.
- ^ Chef Riz dan Ana Dahlia akhirnya bercerai mSTAR Online (8 Februari 2012). Diperoleh pada 1 September 2016.
- ^ Ana Dahlia kesal berkahwin terburu-buru Sinar Harian (7 November 2012). Diperoleh pada 7 November 2012.
- ^ Rokiah Abdullah (1 September 2016). Ana Dahlia selamat bergelar isteri kali ketiga Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 September 2016.
- ^ Muhamad Izzat Nasuruden (31 Ogos 2016). Ana Dahlia sah isteri Ashraf Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2016.
- ^ Ana Dahlia dan suami selamat diijabkabul Rotikaya (31 Ogos 2016). Dicapai pada 5 Oktober 2016.
- ^ Kisah unit elit polis dalam Metro Skuad Sensasi Selebriti (28 Februari 2012). Diperoleh pada 20 Ogos 2018.
- ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 14 April 2018.
- ^ Ana Dahlia Bawa Watak Wanita Cacat Dalam Drama Cinta Yang Satu Sensasi Selebriti (11 Julai 2013). Diperoleh pada 24 Ogos 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (30 Julai 2013). Ana Dahlia serah pada takdir Diarkibkan 2018-08-24 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 24 Ogos 2018.