Anugerah Juara Lagu ke-15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2000)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-15
TV3
Tarikh 19 November 2000
Tempat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
Pengacara Aidil Abd. Ghafar
Zalina Azman
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Balqis"
nyanyian Siti Nurhaliza
(gubahan: Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/
lirik: Hairul Anuar Harun)
 < 1999 Anugerah Juara Lagu 2001 > 

Anugerah Juara Lagu 2000 atau AJL 2000 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-15 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio THR pada 19 November 2000. Seperti AJL 1998 dan AJL 1999, AJL 2000 diadakan awal kerana menghormati umat Islam yang menyambut Ramadhan dan Aidilfitri pada bulan Disember.

AJL 2000 membawakan cogankata "Andai dipisah lagu dan irama...".

Finalis[sunting | sunting sumber]

Sila rujuk di sini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 15

Kategori Balada[sunting | sunting sumber]

  • "Nian Di Hati" : Siti Nurhaliza - (Azmeer/Azam Dungun)
  • "Kau Kekasihku" : Siti Nurhaliza - (Ajai/Alam Maya)
  • "Impian Cinta" : Rem - (Ajak/Ajak)
  • "Pasrah" : Erra Fazira (Saari Amri/Yusof Kelana)

Kategori Pop Rock[sunting | sunting sumber]

  • "Bintang Hati" : Amy Mastura - (Goh Boon Hoe/Amran Omar)
  • "Melodi Hati" : Shawn Baharin - (Syed ENV/Syed ENV)
  • "Sha Na Na" : Amy Mastura - (Amy Mastura/Amy Mastura)
  • "Impian Realiti" : Syafinaz - (Aubrey N. Suwito/Syafinaz)

Kategori Irama Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • "Balqis" : Siti Nurhaliza - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
  • "Ngajat Tampi" - Noraniza Idris - (Rosli Selasih/SISO)
  • "Tinting" - Noraniza Idris - (Suhaimi Mohd Zain/Hairul Anuar Harun)
  • "Cepat Kaya" - Senario - (Azmeer/Zira, Wahid & Azlee)

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
  • Juara Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Balqis" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/Hairul Anuar Harun)
    • Balada: "Kau Kekasihku" (Siti Nurhaliza/Ajai/Alam Maya)
    • Pop Rock: "Bintang Hati" (Amy Mastura/Boon/Amran Omar)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • 2 bekas pemenang Juara Lagu iaitu Jamal Abdillah & Fauziah Latiff bergabung tenaga menyanyinya lagu-lagu klasik iaitu Gelora, Senandung Kasih & Anakku Sazali untuk segmen selingan sebelum keputusan diumumkan. Turut ditampilkan dalam persembahan tersebut ialah aktor Jalaluddin Hassan.
  • Kemenangan Juara Lagu kali ketiga buat Siti Nurhaliza selepas berjaya pada 1996 dan 1998. Ini menjadikan beliau dan M. Nasir sebagai pemegang rekod bersama Juara Lagu Keseluruhan terbanyak iaitu sebanyak tiga kali (M. Nasir pernah memenang gelaran Juara Lagu pada tahun 1994, 1997 dan 1999).
  • Amy Mastura merupakan penyanyi wanita yang pertama memenangi kategori pop rock setelah pernah tewas sebelum ini menerusi kategori yang sama menerusi lagu Meniti Hari. Pada tahun 1995, Ning Baizura sepatutnya bertanding untuk lagu beliau, "Kau dan Aku" tetapi telah digantikan oleh kumpulan KOOL yang akhirnya menang.
  • Kemenangan Persembahan Terbaik kali ketiga buat Noraniza Idris selepas berjaya pada 1998 (Dikir Puteri) & 1999 (Dondang Dendang). Ini menjadikan beliau artis pertama dalam sejarah AJL yang berjaya mencipta 'hatrick' iaitu menang di dalam kategori yang sama untuk tiga tahun berturut-turut.
  • Kemenangan Siti Nurhaliza menerusi lagu Balqis juga meletakkan beliau sebagai pencipta 'hatrick' untuk kemenangan dalam kategori yang sama (Irama Malaysia/Etnik Kreatif) untuk tiga tahun berturut-turut. Bezanya kemenangan beliau pada AJL 99 (kemenangan berdua) adalah menerusi duet lagu Hati Kama bersama Noraniza Idris namun masih dikira sebagai 'hatrick'.
  • Komposer Pak Ngah dan penulis lirik Hairul Anuar Harun berjaya mencipta 'hatrik' menerusi Etnik Kreatif sejak Juara Lagu 1998.
  • Anugerah Juara Lagu 2000 juga menyaksikan buat pertama kalinya 3 orang artis layak ke pentas akhir dengan 2 buah lagu dalam satu kategori iaitu :
    • Siti Nurhaliza - Kategori Balada - ("Kau Kekasihku" & "Nian di Hati")
    • Noraniza Idris - Kategori Irama Malaysia/Etnik Keratif - ("Tinting" & "Ngajat Tampi")
    • Amy Mastura - Kategori Pop Rock - ("Bintang Hati & Sha Na Na")
  • Pak Ngah atau nama sebenar beliau Suhaimi Md.Zain muncul sebagai komposer dan penulis lirik Hairul Anuar Harun merupakan gandingan pertama yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu selama tiga tahun berturut-turut menerusi lebih dari sebuah lagu ciptaan mereka berdua.
  • Tiada kumpulan muzik (band), ini merupakan kali ketiga berturutan sejak Juara Lagu 1998.
  • Juri profesional yang menghakimi pertandingan ini ialah penulis novel Khadijah Hashim, penyanyi dan komposer M. Nasir, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Johan Nawawi, pemuzik dan penulis lagu puisi Zubir Ali, pemuzik Freddie Fernandes dan ketua juri , pemuzik Johari Salleh. Juruaidit oleh MRCB pula ialah Puan Zuraidah Atan.