Anugerah Juara Lagu ke-11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1996)
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-11
TV3
Tarikh 28 Disember 1996
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Salih Yaacob
Fauziah Ahmad Daud
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Jerat Percintaan"
nyanyian Siti Nurhaliza
(gubahan: Adnan Abu Hassan/
lirik: Hani MJ & Othman Zainuddin)
 < 1995 Anugerah Juara Lagu 1997 > 

Juara Lagu 1996 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1996. Pertandingan ini berlangsung pada waktu petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Salih Yaacob dan Fauziah Ahmad Daud. Edisi ini juga merupakan satu-satunya acara Juara Lagu yang diterbitkan oleh lagenda pengacaraan negara Azwan Ali sebelum meninggalkan TV3 pada tahun 1997. Beliau merupakan bekas pengacara Muzik Muzik dan Juara Lagu dari edisi ke-4 hingga ke -10.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis Juara Lagu 1996, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1996.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-11:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia "Bulan Cinta" Ruslan Mamat (Fitri) Ruslan Mamat (Fitri) Kumpulan Eva "1001 Cinta"[1] Warner - WEA Finalis
Irama Malaysia "Syair Cak Pong" ND Lala ND Lala ND Lala "Bila Lagi?" [2] Suria Records Juara Kategori
Irama Malaysia "Ah! Rindu Lagi" Ruslan Mamat (Nabila) Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) Amelina "Asyik" [3] Warner - WEA Finalis
Irama Malaysia "Demam Cinta" Zai Azura Aziz Azura Aziz "Demam Cinta" Universal - Ponycanyon Finalis
Balada "Kemelut Di Muara Kasih" Saari Amri Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S) Ziana Zain "Setia Ku Di Sini" [4] Sony Music - BMG Finalis
Balada "Jerat Percintaan" Adnan Abu Hassan Othman Zainuddin
Norhani Md Jamil (Hani MJ)
Siti Nurhaliza "Siti Nurhaliza - Vol 1" [5] Suria Records Juara
Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Balada "Gerimis Mengundang" Saari Amri Saari Amri Kumpulan Slam "Terbaik" [6] Universal - BMG / Matahari Finalis
Balada "Romantis" Kamaruzzaman Hussain (Lan Laga) Abdul Jalil Salleh (Juwie) Kumpulan Spring "Spring 5" [7] Sony Music Finalis
Pop Rock "Sahabat" Zulkifli Mahat Amran Omar Fauziah Latiff "Sahabat" [8] Universal - Happy Records Finalis
Pop Rock "Sebenarnya" Asmin Mudin Asmin Mudin Man Bai "Man Bai" [9] Warner - WEA Finalis
Pop Rock "Janji Seorang Kekasih" Ruslan Imam Nurol Nadzir Adilla Idris "Pelangi Kasih" [10] Rock Records - SCS Finalis
Pop Rock "Bebas" Shaiful Azri Mohd Ariffin (Riot)
Yap Yu Pit (Helen Yap)
Hasnol Hassan Ariff (Hasnol/Anol) Kumpulan Kool "KOOL" [11] Sony Music Juara Kategori

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Keseluruhan: "Jerat Percintaan" - (Adnan Abu Hassan / Siti Nurhaliza)
  • Juara Kategori:

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Ketua Juri: Ooi Eow Jin
Barisan Juri:

  • M. Nasir
  • Habsah Hassan
  • Nik Safiah Karim
  • Makuto Kubota (Jepun)
  • Arie Wibowo (Indonesia)
  • Wehne Saturno (Filipina)
  • Ahmad Nawab

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Edisi ini menampilkan penyertaan pertama kali Siti Nurhaliza & Ratu Dangdut Malaysia, Amelina.
  • Edisi ini juga menampilkan kemunculan semula Man Bai dalam AJL, tetapi sebagai artis solo.
  • Edisi ini menampilkan persaingan sengit diantara Ziana Zain & Siti Nurhaliza.
  • Edisi ini juga merupakan penampilan terakhir Fauziah Latiff bertanding di pentas akhir AJL. Ini juga kali pertama beliau gagal memenangi sebarang anugerah selepas kemenangannya di edisi ke-8 pada 1993.
  • Sebanyak 2 Kumpulan/Band yang layak sertai AJL kali ini, iaitu Kumpulan Slam & Kumpulan Spring, tetapi berentap didalam kategori Balada.
  • Kumpulan Kool dan N.D. Lala kedua-duanya memenangi kategori yang sama pada tahun 1995 manakala Siti Nurhaliza pada tahun tersebut, mendendangkan lagu Aishah pada peringkat akhir bintang RTM yang merupakan pemenang kategori balada bagi AJL tahun itu. Malah, Siti Nurhaliza telah menggondol anugerah yang sama dimenangi Aishah pada tahun 1995 termasuk Juara Lagu.
  • Biarpun Jerat Percintaan merupakan lagu daripada album sulung Siti, tetapi itu bukanlah lagu pertama yang dirakamkan oleh penyanyi ini. Dalam pembikinan album sulungnya, Siti telah merakamkan lagu Jawapan Di Persimpangan yang juga dijadikan sebagai single pertama beliau. Pada tahun 2003, penyanyi Misha Omar membuat rekod tersendiri apabila rakaman suara pertamanya menerusi lagu Bunga-bunga Cinta meraih kejayaan sebagai juara keseluruhan.
  • AJL 1996 berlangsung di saat-saat genting ketika Siti Nurhaliza sedang berhadapan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siti hampir-hampir menarik diri daripada pertandingan berkenaan kerana "gerun" dengan SPM dan dengan pencabar terdekat, Ziana Zain. [12]
  • Anuar Zain, adik lelaki Ziana Zain, muncul dalam persembahan Jerat Percintaan. Beliau berdiri di belakang kerusi sambil tangannya terikat.
  • Barisan juri AJL11 terdiri daripada juri-juri dari Malaysia dan wakil dari negara tetangga. Mereka adalah Makuto Kubota (Jepun) , Vehne Saturno (Filipina), Arie Wibowo (Indonesia), Nik Safiah Karim, Habsah Hassan, M. Nasir, Ahmad Nawab dan ketua juri Ooi Eow Jin .

Rujukan[sunting | sunting sumber]