Bunga kantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunga Kantan
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Zingiberales
Famili: Zingiberaceae
Genus: Etlingera
Spesies: E. eliator
Nama binomial
Etlingera eliator
K.Schum.
Bunga kantan yang banyak dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu.

Pokok Bunga Kantan (etlingera elatior; 火炬姜; boca de dragón, rose de porcelaine,) atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba. Sinonim botani termasuk Nicolaia elatior,[1] Phaeomeria magnifica,[1] Nicolaia speciosa, Phaeomeria speciosa, Alpinia elatior, dan Alpinia magnifica.

Bunga merah jambu yang menonjol digunakan dalam pengaturan hiasan, manakala tunas bunganya, yang turut dikenali dengan nama bunga kecombrang, merupakan ramuan penting dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Di Sarawak, bunga ini juga tidak kurang asing dalam masakan manok pansoh. Di Sumatera Utara (terutamanya di suku Karo), tunas bunga digunakan untuk ikan rebus dikenali Arsik ikan mas. Di Bali, orang menggunakan bahagian batang putih di bawah untuk memasak sos cili dipanggil "Sambal Bongkot", dan digunakan tunas bunga untuk membuat sos cili dipanggil "Sambal Kecicang". Di Thailand, ia dimakan dalam sejenis salad Thai.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Etlingera elatior
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Riffle, Robert Lee (1998). The tropical look: an encyclopedia of dramatic landscape plants, Timber Press, ISBN 978-0-88192-422-0, p. 167
  2. ^ ความคิดเห็นที่ 15 - สวัสดีครับป้าอัม ลุงไก่