Hospital Tengku Anis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh (HosTA) merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Ia dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, Raja Permaisuri Kelantan pada tahun 2000. Pembinaan hospital daerah untuk menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah.

HosTA menjadi pusat rawatan tahap kedua (Secondary Treatment Center), pusat rujukan bagi Klinik Kesihatan/Poliklinik Komuniti (KK/PKK), Klinik Desa (KD), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) di Pangkalan Udara Gong Kedak, Pengamal Perubatan Swasta dan lain-lain fasiliti kesihatan awam dan swasta yang terdapat di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Bagi kes yang memerlukan rawatan pakar atau rawatan lanjut akan dirujuk ke pusat rawatan tahap ketiga (Teritiary Treatment Center) di Hosptial Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Tengku Anis
Jalan Kota Bharu
16800 Pasir Puteh
Kelantan Darul Naim
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]