Hospital Miri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Miri merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Miri, Sarawak, Malaysia.

Hospital Miri
Geografi
LokasiMiri, Sarawak, Malaysia
Organisasi
Perkhidmatan
Katil333
Sejarah
Diasaskan1995
Pautan
Laman sesawanghttp://hmiri.moh.gov.my/

Hospital Miri mula beroperasi pada 6 Mei 1995 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Pehin Datuk Patinggi (Dr) Hj. Abdul Taib Bin Mahmud pada 30 Ogos 1996.

Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu lebih kurang 2.5 km daripada pusat Bandar Miri. Kos pembinaan hospital ini adalah sebanyak RM 123.91 juta melalui konsep “Hospital Nukelus” (ciri-ciri hospital yang terdapat di United Kingdom). Keluasan kawasannya adalah 87.11 ekar.

Hospital Miri mempunyai 333 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Mata, Ortopedik, Perbidanan dan Sakit Puan, Radiologi, Anestiologi, dan Kanak-Kanak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Miri
Jalan Cahaya
98000 Miri
Sarawak

085-460600
hospitalmiri@moh.gov.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]