Hospital Kuala Nerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Kuala Nerang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.

Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.Hospital Kuala Nerang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.

Hospital Kuala Nerang adalah satu-satunya hospital kerajaan di daerah Padang Terap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan primer dan penjagaan pesakit (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap. Ini adalah kemudahan hospital yang tidak khusus dengan 4 wad dan 89 katil. Walau bagaimanapun, hospital Kuala Nerang kini beroperasi dengan 5 wad dan 80 katil. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar, mereka dirujuk ke hospital Alor Star. Namun begitu semenjak hujung tahun 2017, Hospital Kuala Nerang telah bergabung dengan Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra dikenali sebagai Hospital Kluster Kedah Utara (HoKKU). Dengan terjalinnya kerjasama antara ketiga tiga hospital ini kini perkhidmatan kepakaran turut disediakan di Hospital Kuala Nerang terutamanya kepakaran Rehabilitasi dan Perubatan Geriatrik.

Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasi pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti oleh wad lelaki dan wanita pada bulan November 1995 ,wad bersalin pada bulan Julai 1996 dan seterusnya wad kanak-kanak. Pada tahun 2019, Wad Geriatrik Rehabilitasi turut mula beroperasi dengan kerjasama HoKKU. Mulai September tahun 2020, Asrama Jururawat Perempuan dikhususkan bagi menempatkan pesakit Covid-19 dan dijadikan Pusat Covid-19 Berisiko Rendah (LRCC).

Hospital Kuala Nerang diterajui oleh pengarah-pengarah hospital yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Hospital (M.H.A) mulai tahun 2018 iaitu mantan Pengarah Hospital, Dr. Syed Satahkatulah bin Mohamed Kalik dan kini hospital ini diterajui oleh Pengarah Hospital, Dr. Muhammad Shauqi bin Hj. Abdul Kadir .

Perkhidmatan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Kecemasan dan Trauma
  • Jabatan Pesakit Luar
  • Unit Pesakit Dalam
  • Unit Hemodialisis
  • Klinik Pakar

Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Kuala Nerang

  • Unit Perkhidmatan Patologi
  • Unit Pengimejan Diagnostik
  • Unit Farmasi dan Bekalan

Perkhidmatan Bukan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Rekod
  • Unit Pentadbiran
  • Unit Sajian


Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
Kedah Darul Aman
Malaysia

Tel  : 04 -7867333

Faks : 04-7867052

Email : [[1]]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]