Hospital Sultan Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hospital Sultan Abdul Halim
Kerajaan
Lokasi Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Pembiayaan Kerajaan
Jenis hospital Umum
Penaung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Diasaskan (2007-09-22) 22 September 2007 (umur 10)
Laman Laman Web Hospital Sultan Abdul Halim
Senarai

Hospital Sultan Abdul Halim merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sungai Petani, Kedah, Malaysia.Hospital ini bagi menggantikan Hospital Sungai Petani yang telah tidak sesuai lagi dengan perkembangan perubatan dan kesihatan moden.

Hospital Sultan Abdul Halim diberi nama sempena nama Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Hospital ini telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 22 November 2007. Turut hadir ialah Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pada Januari 2007, hospital berharga RM450 juta, mula dibina pada tahun 2002 dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada Julai 2006.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Hospital ini dilengkapi dengan kemudahan termoden seperti alat pengimbas CT Scan, mesin ECHO dan Mammografi. Terdapat sebanyak 498 buah katil dan menyediakan kepakaran dalam perubatan, pembedahan, perbidanan dan sakit puan, paediatrik, ortopedik, anaestesiologi, oftamologi, patalogi, radiologio, psikiatari dan telinga, hidung dan tekak.

Pakar Bedah Mulut dan Maksilofaisal serta Pakar Patalogi Mulut juga disediakan di hospital ini bagi kemudahan penduduk di. Sebelum ini penduduk utara Semenanjung Malaysia bertumpu di Hospital Alor Star dan Hospital Pulau Pinang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Sultan Abdul Halim
Jalan Lencongan Timur
Bandar Aman Jaya
08000 Sg Petani, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Tel.: 04-4457333
Faks: 04-4480092

Pautan luar[sunting | sunting sumber]