Hospital Jelebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hospital Jelebu
Kerajaan
Jelebu Hospital.jpg
Geografi
Lokasi Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan,  Malaysia
Organisasi
Pembiayaan Awam
Jenis Daerah
Perkhidmatan
Jabatan kecemasan Ya
Katil 76
Pautan
Laman sesawang Laman Web Rasmi Hospital Jelebu

Hospital Jelebu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di bandar Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia. Hospital ini mempunyai beberapa blok bangunan termasuk asrama jururawat.

Hospital ini terletak 1 km dari Bandar Kuala Kelawang menuju arah ke pekan Titi dan 40 km dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan di Seremban. Terdapat 3 buah sekolah menengah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Undang Jelebu , Sekolah Menengah Teknik Kuala Kelawang dan MRSM Kuala Kelawang.

Hospital Jelebu telah mula beroperasi sejak tahun 1894 dan dikenali sebagai TB sonatorium. Pada tahun 1971 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan dan menjadikan Hospital Jelebu sebagai Hospital Daerah Tanpa Pakar dengan mempunyai 76 katil dan wad kelas 2 dan wad kelas 3 sahaja. Perkhidmatan Pakar hadir atas lawatan dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Sejak April 2016 melalui konsep Hospital Kluster, kualiti perkhidmatan kepakaran di Hospital Jelebu dipertingkatkan demi memastikan masyarakat daerah Jelebu berpeluang menerima rawatan setanding dengan penduduk di bandar lain di Negeri Sembilan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Jelebu
71600 Kuala Kelawang
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia
Pengarah: Dr Sarina bt Sidek

Pautan luar[sunting | sunting sumber]