Hospital Kepala Batas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hospital Kepala Batas merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bertam, daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.

Hospital Kepala Batas mempunyai keluasan 10 hektar dan berharga RM 100 juta, hospital ini siap pada tahun 2003. Pembinaannya adalah bagi mengganti Hospital Butterworth lama yang telah ditukar fungsinya apabila Hospital Seberang Jaya mula beroperasi pada tahun 1994. Sejak itu, penduduk di daerah ini tidak mempunyai sebarang hospital kerana Hospital Seberang Jaya terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Berikutan dengan itu, perancangan awal telah diambil untuk membina sebuah hospital baharu di daerah Seberang Perai Utara, iaitu Hospital Kepala Batas. Sebidang tanah seluas 25 ekar telah dibeli di bawah Rancangan Malaysia ke-6. Pembinaan hospital baru ini kemudiannya menjadi kenyataan apabila Majlis Pecah Tanah oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah dilakukan pada 11 November 2000. Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Ming, melawat tapak hospital ini pada Mac 2002.

Hospital Kepala Batas telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badwi pada 26 Oktober 2007 bersamaan 14 Syawal 1428 Hijrah.

Kos pembinaan hospital Kepala Batas adalah sebanyak RM 83 Juta. Hospital Kepala Batas ini telah siap mengikut jadual dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Disember 2002 dan ia mula beroperasi pada 1 Januari 2003.

Perancangan masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Hospital Kepala Batas turut merancang untuk pembinaan sebuah institusi lepasan ijazah untuk perubatan dan pergigian dari Universiti Sains Malaysia serta sebuah kolej perubatan swasta. Dengan kerjasama dari industri pendidikan, Hospital Kepala Batas dirancang sebagai Bandar Perubatan pada masa akan datang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Kepala Batas
Bertam,
13200 Kepala Batas
Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]