Hospital Sibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Sibu
Bangunan utama Hospital Sibu.
Geografi
LokasiBatu 5.5, Jalan Ulu Oya, Sibu, Sarawak, Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisBahagian
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil534
Sejarah
Diasaskan1994
Pautan
Laman sesawanghsibu.moh.gov.my

Hospital Sibu merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia. Hospital Sibu merupakan hospital kedua terbesar di negeri Sarawak, Malaysia. Ia merupakan hospital utama dan rujukan bagi Wilayah Tengah di Sarawak, Malaysia. Ia berkhidmat sebagai hospital rujukan bagi Hospital Daerah sepanjang lembah Rejang dan juga di Mukah, Saratok dan Bintulu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Sibu mula beroperasi pada 1994. Sebelumnya, keperluan perubatan bagi bandar Sibu dikendalikan oleh Hospital Lau King Howe di kawasan bandar. Bagaimanapun, hospital lama itu menjadi terlalu kecil bagi pertumbuhan penduduk bandar. Memandangkan hal ini, dan juga bagi memenuhi keperluan untuk hospital yang lebih lengkap kelengkapannya yang boleh bertindak sebagai pusat rujukan bagi Wilayah Tengah Sarawak, Kerajaan Persekutuan Malaysia memulakan pembinaan bagi hospital yang ada masa kini.

Hospital Sibu memiliki keupayaan bagi 750 katil, tetapi pada masa kini, jumlah katil secara rasmi adalah 534. Ia merupakan hospital rujukan bagi hospital-hospital Daerah sepanjang lembangan Rejang dan juga Mukah, Saratok dan Bintulu. Ia memberikan kepakaran asas dan beberapa perkhidmatan pakar pesakit dalam. Terdapat banyak perkhidmatan pakar bagi pesakit luar. Sejumlah perkhidmatan pakar khusus diberikan oleh pakar pelawat dari Kuching seperti Nephrologi, Kardiologi dan Neurosurgeri.

Misi[sunting | sunting sumber]

Misi bagi Hospital Sibu adalah bagi memberikan perkhidmatan berkualiti dengan penekanan pada nilai penyayang, berpasukan dan profesionalism bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggannya. Ini adalah selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ditauliahkan[sunting | sunting sumber]

Hospital Sibu ditauliahkan oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia ("Malaysian Society for Quality in Health - MSQH")[1] .

Perkhidmatan dan statistik[sunting | sunting sumber]

Hospital Sibu tidak hanya memenuhi keperluan perubatan penduduk Wilayah Sibu, tetapi juga jagaan tertiari dan pakar bagi Wilayah Bintulu, Wilayah Kapit, Wilayah Mukah dan Wilayah Sarikei.

Penduduk di bawah litupan langsung Hospital Sibu adalah 200,000 dengan tambahan 300,000 penduduk lain melalui sistem rujukan dan jagaan tertiari.

Pada tahun 2007;

  • 74,000 pesakit menerima jagaan pesakit luar melalui Klinik pakar,
  • 51,000 pesakit menerima rawatan di Jabatan Kemalangan dan kecermasan
  • 27,000 pesakit diwadkan di hospital

Jumlah kiraan pesakit masa kini terus meningkat dengan pertumbuhan keperluan penduduk bersama dengan peningkatan kepakaran dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Sibu
Batu 5 1/2, Jalan Ulu Oya
96000 Sibu
Sarawak
Malaysia

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Accredited Hospital". Malaysian Society for Quality in Health. Dicapai pada 15 April 2011.