Hospital Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Hospital Jempol
Kerajaan
Geografi
LokasiBandar Seri Jempol, empol, Negeri Sembilan,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanAwam
JenisDaerah
Sejarah
DiasaskanDisember 2005 (Disember 2005) (sebagai hospital daerah tanpa pakar)

Hospital Jempol merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia.

Hospital Jempol dilengkapi dengan 100 katil dibina di Bandar Seri Jempol dengan kos RM85 juta dan siap 2004. Hospital ini mula dibuka pada Disember 2005 sebagai hospital daerah tanpa pakar[1], dan berkhidmat kepada penduduk di Negeri Sembilan dan Bera, Pahang. Sebelum penubuhan hospital ini, penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah yang jauhnya 39 km atau di Hospital Seremban yang jaraknya 85 km.

Pada 2021, hospital ini telah menjadi hospital hibrid iaitu merawat pesakit bukan COVID-19 dan pesakit COVID-19[1] yang berfungsi bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Tampin yang hampir mencapai tahap maksimum[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Hospital Jempol terima pesakit sekitar Negeri Sembilan dan Bera, Pahang Amir Abd Hamid". HMetro. Ogos 11, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022. line feed character in |title= at position 72 (bantuan)
  2. ^ "Hospital Jelebu dan Hospital Jempol sebagai hospital hibrid COVID-19". Berita RTM. Mei 26, 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]