Semerah Padi: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 58: | Baris 58: | ||
==Ringkasan== |
==Ringkasan== |
||
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan |
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Taruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya. |
||
Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan |
Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan Taruna berjaya menangkap Jejaka ([[A. Rahim]]) dan Galak ([[Normadiah]]) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka. |
||
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru |
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru-harakan kampung Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Taruna dan orang-orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C]] dan [[Omar Suwita]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba. |
||
Negeri dilanda lanun dan |
Negeri dilanda lanun dan Taruna serta 9 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh. |
||
Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, |
Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Taruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Taruna dan kedua-dua orang tuanya. Taruna sungguh kecewa. Taruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya. |
||
Taruna berjumpa Tok Penghulu untuk mempercepatkan nikah antara Dara dan Aduka. Keluarga Taruna pula memutuskan tali pertunangan antara Taruna dan Dara. Tok Penghulu kebingungan, Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat 100 kali keatas tubuh Aduka dan Dara mengikut perintah dari Al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. Taruna tidak berdendam dengan Aduka. Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua duanya kembali sihat walafiat. |
|||
~TAMAT~ |
~TAMAT~ |
Semakan pada 14:10, 26 Ogos 2019
Semerah Padi | |
---|---|
Pengarah |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers Ltd. |
Tarikh tayangan | 14 Julai 1956 |
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaya |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Semerah Padi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ini telah mengetengahkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi.
Pengarah
Filem ini juga dikatakan yang terbaik pernah diarahkan serta dilakonkan oleh P. Ramlee.[1] Filem ini merupakan filem kedua yang diarahkan oleh P. Ramlee.
Ringkasan
Dua sahabat akrab, Aduka (P. Ramlee) dan Taruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampung Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Saadiah), anak ketua kampong (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak derhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
Di malam hari keramaian, penduduk kampung digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampung, Aduka dan Taruna berjaya menangkap Jejaka (A. Rahim) dan Galak (Normadiah) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sulah sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru-harakan kampung Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Taruna dan orang-orang kampung bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, (Kemat Hassan, Shariff Dol, Ahmad C dan Omar Suwita) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.
Negeri dilanda lanun dan Taruna serta 9 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampung Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek (Salleh Kamil) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.
Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Taruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Taruna dan kedua-dua orang tuanya. Taruna sungguh kecewa. Taruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.
Taruna berjumpa Tok Penghulu untuk mempercepatkan nikah antara Dara dan Aduka. Keluarga Taruna pula memutuskan tali pertunangan antara Taruna dan Dara. Tok Penghulu kebingungan, Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat 100 kali keatas tubuh Aduka dan Dara mengikut perintah dari Al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. Taruna tidak berdendam dengan Aduka. Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua duanya kembali sihat walafiat.
~TAMAT~
Pelakon
- Nordin Ahmad sebagai Teruna
- Saadiah sebagai Dara
- P. Ramlee sebagai Aduka
- Musalmah sebaga Ibu Dara
- Daeng Idris sebagai Penghulu Hitam (Ayah Dara)
- Saamah sebagai Ibu Aduka
- Zainon Fiji sebagai Ibu Teruna
- Ali Fiji
- Malek Sutan Muda sebagai Ayah Teruna
- Salleh Kamil sebagai Borek
- Normadiah sebagai Galak
- A. Rahim sebagai Jejaka
- Shariff Dol
- Kemat Hassan
- Ahmad C
Lagu
- Semerah Padi oleh P. Ramlee & beramai-beramai
- Makan Sireh di Semerah Padi oleh P. Ramlee
- Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Saloma
- Putus Kasih di Semerah Padi oleh Momo Latif
- Lenggang Kangkong Baru oleh Saloma, menampilkan Hashimah Yon sebagai penari undangan.
- Penyusun lagu - P. Ramlee
- Lirik - Jamil Sulong
- Skor muzik - Fred Libio
- Muzik iringan - Malay Film Productions Studio Orchestra
Lihat juga
- Sumpah Semerah Padi (filem pada tahun 1978 dengan tema yang sama)
Rujukan
- ^ "Semerah Padi (1956): The Best Film Directed by Tan Sri P. Ramlee". 3 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2012. Dicapai pada 5 Disember 2012.