Sembilu: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 71: | Baris 71: | ||
| writer4 = Asmin Mudin |
| writer4 = Asmin Mudin |
||
| extra4 = Asmin Mudin |
| extra4 = Asmin Mudin |
||
| length4 = |
| length4 = 5:03 |
||
}} |
}} |
||
Semakan pada 02:08, 31 Mei 2020
Sembilu | |
---|---|
Pengarah | Dato' Yusof Haslam |
Penulis | Dato' Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Dato' Yusof Haslan |
Dibintangi | |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions Sdn. Bhd. |
Tarikh tayangan | 18 Ogos 1994 |
Masa tayangan | 109 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Pecah panggung | RM 4.39 juta |
Sembilu ialah filem Malaysia tahun 1994 arahan Dato' Yusof Haslam. Filem ini mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati.
Plot
Wati merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah kelam apabila isterinya, Maria, pergi meninggalkan dirinya semata-mata ingin berkahwin dengan Roy, iaitu seorang artis terkenal. Akhirnya Maria ditemui mati dalam keadaan tragis apabila dia dibunuh oleh Roy. Kejadian yang menimpa Maria membuatkan Azman semakin berdendam dan membenci kehidupan golongan artis seperti Awie. Kemunculan Ziana, seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap mencuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu. Disebabkan ingin menyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu 'Di Ambang Wati' sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi. Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak akan kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati.
Pelakon
- Awie sebagai Awie
- Erra Fazira sebagai Wati
- Ziana Zain sebagai Ziana
- Mustapha Kamal sebagai Azman
- Aida Rahim sebagai Maria
- Noraini Hashim sebagai Salmah
- Alice Voon sebagai Alice
- Khairil Anwar sebagai Joe
- Roy Azman sebagai Roy
- Adik Khairullah sebagai Hafiz
Lagu-lagu
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Suara Kita" (Wings) | J.S Kevin | J.S Kevin | 2:54 | |
2. | "Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku" (Ziana Zain) | Nanee | Zuriani | 3:37 | |
3. | "Di Ambang Wati" (Wings) | Nurbisa | M. Nasir | 5:44 | |
4. | "Anggapan Mu" (Ziana Zain) | Asmin Mudin | Asmin Mudin | 5:03 | |
Anugerah
Festival Filem Malaysia ke-12, 1995
- Pelakon Pembantu Terbaik - Mustapha Kamal
Pautan luar
- Sembilu di Sinema Malaysia.
- Sembilu di Filem Malaysia
- Sembilu di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.