Yang di-Pertua Negeri: Perbezaan antara semakan
k →Sabah: baiki pautan |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
Tuan Yang Terutama (TYT) '''Yang di-Pertua Negeri''' ataupun dahulunya dikenali sebagai [[Gabenor]] sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 [[negeri]] di Malaysia iaitu [[Melaka]], [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Pulau Pinang]]. |
Tuan Yang Terutama (TYT) '''Yang di-Pertua Negeri'''; [[Jawi]]: '''يڠدڤرتوا نݢري''', ataupun dahulunya dikenali sebagai [[Gabenor]] sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 [[negeri]] di Malaysia iaitu [[Melaka]], [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Pulau Pinang]]. |
||
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] setelah berunding dengan [[Majlis Kerajaan Malaysia]] kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai [[Sultan]]. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial. |
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] setelah berunding dengan [[Majlis Kerajaan Malaysia]] kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai [[Sultan]]. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial. |
Semakan pada 07:39, 26 April 2021
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri; Jawi: يڠدڤرتوا نݢري, ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.
Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.
Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.
Fungsi dan peranan
Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:
- Ketua Kerajaan Negeri
- Fungsi Kehakiman
- Fungsi Pertadbiran
- Kuasa Pengampunan
- Sumber Kehormatan dan Daulat.
Senarai Yang di-Pertua Negeri
Pulau Pinang
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad | 1957 - 1967 |
Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin | 1967 - 1969 |
Tun Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah | 1969 - 1975 |
Tun Haji Sardon bin Haji Jubir | 1975 - 1981 |
Tun Dr Haji Awang bin Hassan | 1981 - 1989 |
Tun (Dr) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir | 1989 - 2001 |
Tun Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas | 1 Mei 2001 - sekarang |
Melaka
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Leong Yew Koh | 1957 - 1963 |
Tun Haji Abdul Malek bin Yusof | 1963 - 1971 |
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid | 1971 - 1975 |
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan | 1975 - 1984 |
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj | 1984 - 2004 |
Tun Mohd Khalil Yaakob | 4 Jun 2004 - 4 Jun 2020 |
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam | 5 Jun 2020 - sekarang |
Sabah
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Mustapha b Harun | 1963 - 1965 |
Tun Pengiran Ahmad Raffae | 1965 - 1973 |
Tun Mohd Fuad Stephen | 1973 - 1975 |
Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari) | 1975 - 1978 |
Tun Ahmad Koroh | 1978 - 1979 |
Tun Mohd Adnan Robert | 1979 - 1987 |
Tun Mohd Said bin Keruak | 1987 - 1994 |
Tun Sakaran Dandai | 1995 - 2002 |
Tun Ahmadshah b Abdullah | 2003 - 2010 |
Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin | 1 Januari 2011 - sekarang |
Sarawak
Nama | Tempoh berkhidmat |
---|---|
Tun Abang Haji Openg | 1963 - 1969 |
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman | 1969 - 1977 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 1977 - 1981 |
Tun Abdul Rahman Ya'kub | 1981 - 1985 |
Tun Ahmad Zaidi Adruce | 1985 - 2000 |
Tun Abang Muhammad Salahuddin | 2001 - Februari 2014 |
Tun Abdul Taib Mahmud | 1 Mac 2014 - sekarang |
Lihat juga
Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeri
- Mengenai Kerajaan Malaysia, Portal Kerajaan Malaysia