Kolej Al-Quran Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kolej Al-Quran Terengganu
Terengganu Al-Quran College
Jenis Swasta
Ditubuhkan pada 2016
Lokasi Padang Midin, Marang, Terengganu
Laman web http://www.kqt.edu.my/

Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah ditubuhkan pada tahun 2016. Ia merupakan penjenamaan semula Institut Al-Quran Terengganu pada tahun 2005. [1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Al-Quran Terengganu bermula dari penubuhan Institut Al-Quran Terengganu pada tahun 2005 telah beroperasi di premis sementara di Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan berpindah ke bangunan baru di Kampus Padang Midin, Marang, Terengganu pada 1 Januari 2008. Program pengajian yang ditawarkan di KQT ialah Program Diploma lepasan SPM dan program pengajian al-Furqaan.


Kolej Al-Quran Terengganu merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. KQT beroperasi menggunakan sijil pendaftaran Kolej Yayasan Terengganu yang dimiliki oleh syarikat Wawasan Wibawa Sdn Bhd iaitu anak syarikat Yayasan Terengganu.[2]

Identiti[sunting | sunting sumber]

  • visi

Menjadi Pusat Kecemerlangan Pengajian Al-Quran Dengan Pelbagai Disiplin Ilmu Secara Bersepadu Yang Terunggul Di Malaysia

  • Misi

Menerajui Pembentukan Sahsiah Quraniah

  • Moto

A: Aqidah, A: Akhlak I: llmu. • Pengukuhan akidah menjadi teras dan pegangan warga kolej • Pembentukan akhlak mulia dijadikan asas dan amalan di dalam pembentukan sahsiah dan jatidiri. • Manfaatkan dan pengaplikasian ilmu dan pengetahuan sebagai amalan hidup.

Organisasi KQT[sunting | sunting sumber]

Ahli Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi: Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman (MB Terengganu)
  • Timbalan Pengerusi : Haji Samiun bin Salleh (Timb SUK Terengganu)

Ahli Lembaga Pengelola[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri
  • Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)
  • Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan)
  • Timbalan Pegawai Kewangan Negeri
  • Yang DiPertua MAIDAM
  • Pesuruhjaya JHEAT
  • Ketua Eksekutif KQT
  • Timbalan Ketua Eksekutif (Pembangunan & Korporat)
  • Timbalan Ketua Eksekutif (Akademik)
  • Pendaftar KQT


Program Akademik[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al Qiraat
  • Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Bahasa Arab

Alamat[sunting | sunting sumber]

Kolej al-Quran Terengganu, Kampus Padang Midin, 21400 Marang, Terengganu. Tel: 609-6193302 Fax: 609-6194898

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]