Pergi ke kandungan

Kolej Universiti New Era

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti New Era
New Era University College
新纪元大学学院
新紀元大學學院
Xīnjìyuán Dàxué Xuéyuàn
MotoTo nurture holistic, cultured, competent professional leaders who lead socially responsible lives
JenisSwasta
Ditubuhkan pada1997
PresidenDr. Mok Soon Chong[1]
Lokasi, ,
WarnaKuning, merah dan biru
PenggabunganMAPCU
Laman sesawangwww.newera.edu.my
Kolej Universiti New Era
Kolej Universiti New Era dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Ringkas新纪元大学学院
Tulisan Cina Tradisional新紀元大學學院
Hanyu PinyinXīn Jìyuán Dàxué Xuéyuàn

Kolej Universiti New Era, dikenali sebagai NEUC, ialah sebuah kolej universiti di Kajang, Selangor, Malaysia.

Perancangan untuk penubuhan kolej ini bermula secara serius apabila permohonan rasmi untuk lesen kolej dibuat pada Ogos 1994. Selepas menunggu selama tiga tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia akhirnya meluluskan penubuhan kolej ini pada 28 Mei 1997. Pengambilan pertama pelajar di Kolej New Era bermula pada 1 Mac 1998.

Ia secara rasmi dinaik taraf kepada sebuah kolej universiti pada 10 Januari 2017.[2]

Map
Lokasi Kolej Universiti New Era

Terdapat empat fakulti dan sepuluh jabatan di bawah Kolej Universiti New Era:

  • Fakulti Perakaunan, Pengurusan dan Ekonomi (FAME)
    • Jabatan Pengajian Perniagaan
    • Jabatan Kewangan & Perakaunan
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FICT)
    • Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputeran
  • Fakulti Seni & Sains Sosial (FASS)
    • Jabatan Bahasa & Sastera Cina
    • Jabatan Pendidikan
    • Jabatan Psikologi Bimbingan & Kaunseling
    • Jabatan Pengajian Asia Tenggara
  • Fakulti Media & Seni Kreatif (FMCA)
    • Jabatan Seni & Reka Bentuk
    • Jabatan Drama & Visual
    • Jabatan Pengajian Media

Institut Pendidikan Vokasional & Lanjutan New Era (NEIVCE)

[sunting | sunting sumber]

Kolej Universiti New Era memiliki Institut Pendidikan Vokasional & Lanjutan New Era (NEIVCE), sebuah kolej vokasional bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan kepada latihan kemahiran vokasional.

NEIVCE diiktiraf oleh badan-badan seperti *Awards For Training & Higher Education (ATHE)*, Chung Chou University of Science and Technology, *Qualifi* dan West College Scotland, serta dikawal selia oleh Pejabat Kawal Selia Kelayakan dan Peperiksaan (Ofqual).

  1. "Organisation Chart". New Era College. Dicapai pada 2013-05-13.
  2. "新院获准升格大学学院" (dalam bahasa Cina). Oriental Daily News. Dicapai pada 7 Januari 2025.