Pergi ke kandungan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
KKTM
JenisInstitusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Ditubuhkan pada2001
Institusi induk
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
PenggabunganMARA TVET
Lokasi
Pelbagai lokasi
,
Kampus10 kampus
Laman sesawangwww.mara.gov.my

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) merupakan institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan program dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). KKTM memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran berteknologi tinggi serta keusahawanan teknikal, selaras dengan kehendak industri moden.

Penubuhan KKTM merupakan kesinambungan daripada komitmen MARA dalam bidang pendidikan kemahiran yang bermula sejak era RIDA (Rural and Industrial Development Authority). MARA mula terlibat dalam pendidikan teknikal dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) pertama di Melaka pada tahun 1968.

Menjelang tahun 2000-an, wujud keperluan untuk menaik taraf program-program kemahiran ke tahap teknologi tinggi dan profesional. Justeru, KKTM ditubuhkan sebagai institusi lanjutan yang menawarkan program pengajian di peringkat diploma tinggi dan lebih berfokus kepada teknologi terkini.

Kesemua KKTM di seluruh Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada empat zon: Utara, Timur, Selatan dan Tengah.
Sehingga kini, terdapat 10 buah kampus KKTM yang beroperasi di Malaysia, termasuk:

Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang terletak di Malaysia
Balik Pulau
Balik Pulau
Kuantan
Kuantan
Kemaman
Kemaman
Pasir Mas
Pasir Mas
Ledang
Ledang
Sri Gading
Sri Gading
Masjid Tanah
Masjid Tanah
Petaling Jaya
Petaling Jaya
Lenggong
Lenggong
Rembau
Rembau
Taburan lokasi KKTM yang beroperasi di seluruh Malaysia

Setiap kampus menawarkan bidang pengajian berbeza mengikut kepakaran dan kehendak industri setempat.

Program Pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

[sunting | sunting sumber]

1. Kejuruteraan Pembuatan & Mekanikal

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Teknologi Pembuatan
  • Diploma Teknologi Pembuatan (TSYA + Balik Pulau)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Pembuatan Automotif)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Teknologi dan Proses)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri dan Robotik)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Kualiti dan Produktiviti)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk

2. Kejuruteraan Loji & Petroleum

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Persisir)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Pesisir)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Loji

3. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet)

4. Kejuruteraan Bioperubatan & Biokimia

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)

5. Kejuruteraan Automotif & Mekatronik

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri

6. Kejuruteraan Pembinaan & Bangunan

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Geo-Struktur)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Jalanraya dan Pengangkutan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Pemodelan Maklumat Bangunan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Bangunan Hijau)

7. Pemprosesan Industri & Bahan

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Seramik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Plastik
  • Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa
  • Diploma Industri Pengeluaran Seramik Termaju

8. Reka Bentuk & Media

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Senibina
  • Diploma Rekabentuk Media Digital
  • Diploma Perfileman Digital
  • Diploma Rekabentuk Fesyen
  • Diploma Rekabentuk Dalaman
  • Diploma Rekabentuk Perabot
  • Diploma Teknologi Pembungkusan dan Rekabentuk

9. Teknologi Maklumat & Rangkaian

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Kompetensi Rangkaian Komputer dan Sistem Pentadbiran

10. Teknousahawan & Herba

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Teknousahawan Fesyen
  • Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Sains Herba)
  • Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Pembuatan)

Peranan dalam TVET Malaysia

[sunting | sunting sumber]

KKTM merupakan sebahagian daripada entiti TVET MARA bersama Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). Semua institusi ini diselia oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Dengan pengalaman melebihi lima dekad, institusi TVET MARA telah melahirkan ramai modal insan berkompetensi serta teknousahawan Bumiputera yang berdaya saing. Pendidikan kemahiran yang ditawarkan turut membantu menaik taraf status sosioekonomi golongan luar bandar dan memperkasakan penglibatan Bumiputera dalam sektor industri.

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan.

  • Menjadi institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industri dan teknousahawan.
  • Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan prinsip R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship).
  • Menjadi pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing negara.
  • Mengamalkan tadbir urus korporat yang mampan dan dinamik.
  • Menjadi institusi TVET yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]