Jata Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lambang negara Malaysia)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Jata negara Malaysia kini.

Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Tulisan Jawi:جات نڬارا) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara. Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti Bunga Raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.

Maksud bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia iaitu Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Melaka Bandaraya Bersejarah, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Perak Darul Ridzuan, Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Sarawak Bumi Kenyalang, Selangor Darul Ehsan serta Terengganu Darul Iman dan termasuk sekali dengan kawasan Kerajaan Persekutuan seperti Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya. Manakala bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok Melaka yang menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian daripada Negeri-negeri Selat terdahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu pula ialah negeri Sarawak. Di tengah-tengahnya pula ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia. Dua ekor Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu pula adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaiatu Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia. Harimau itu juga merupakan simbol keberanian. Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi manakala disebelah kanan pula ditulis menggunakan tulisan Jawi. Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Malayan Union[sunting | sunting sumber]

Coat of arms of the Federated Malay States.svg

Jata Malaysia yang terkini boleh diselusuri kembali ke zaman Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada abad ke-19. Seperti jata-jata susulan, memiliki sebuah perisai, dua ekor harimau dan rentang, tetapi menggambarkan sebuah mahkota yang mewakili empat kesultanan. Reka bentuk perisai juga lebih mudah; memandangkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu hanya terdiri daripada empat negeri, perisai merangkumi pembahagian bersuku yang mewakili warna bendera keempat-empat negeri. Moto pada rentang ditulis dengan frasa "Dipelihara Allah" (دڤليهارا الله) dan diapit dengan dua bintang berbucu lapan. Moto "Dipelihara Allah" kini menjadi cogan kata negeri Selangor. Jata ini kekal digunakan pada zaman Malayan Union sungguhpun melibatkan penyertaan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Coat of arms of the Federation of Malaya.svg

Jata negara diolah semula ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Perubahan-perubahan yang dilakukan termasuk perwakilan yang lebih lengkap bagi 11 negeri persekutuan pada perisai jata (bahagian-bahagian baru memaparkan perlambangan daripada negeri tambahan yang ditambahkan di samping warna-warna NNMB asal), penggantian mahkota timur dengan bulan sabit kuning dengan bintang persekutuan berbucu 11 yang mewakili negeri-negeri Persekutuan. Moto Jawi yang asli juga diganti dengan moto "Bersekutu Bertambah Mutu" yang ditulis dalam tulisan Jawi (برسکوتو برتمبه موتو) dan bahasa Inggeris ("Unity Is Strength"). Huraian lambang yang diterapkan dalam jata tersebut termasuk:

  • lima bilah keris di bahagian atas perisai mewakili Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu;
  • warna-warna negeri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu;
  • lambang pelepah Putera Wales, tembok kekota dan ombak dari jata Pulau Pinang di bahagian kiri jata;
  • dan gerbang A Famosa di bahagian kanan jata.

Zaman Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jata negara kemudian diolah buat kali kedua selepas pembentukan Malaysia, dengan kemasukan Singapura dan negeri-negeri Borneo Utara, Sabah dan Sarawak pada 1963. Peningkatan bilangan negeri susulan peristiwa ini membawa kepada pengubahsuaian lambang Persekutuan untuk mewakili ketiga-tiga anggota baharu dengan melebarkan perisai jata. Harimau jata direka semula dengan posisi anggota badan berbeza (anggota badan hadapan diletak di bahagian atas dan sisi perisai, dan anggota badan belakang diletak pada cogan kata dan sisi perisai). Penyesuaian kecil juga dibuat pada penampilan rentang dan bulan sabit sementara bintang persekutuan 11 bucu diperbaharui untuk merangkumi 14 negeri. Cogan kata Inggeris digantikan dengan frasa dalam tulisan Melayu Rumi sempena pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Seterusnya, lambang kolonial A Famosa Melaka digantikan dengan lambang pokok Melaka.[1] Beberapa simbol diubah untuk menghilangkan unsur-unsur kolonial serta simbol bukan Islam sambil mengekalkan lambang-lambang lain. Pelepah dan tembok mewakili Pulau Pinang diganti secara beransur-ansur, dengan menggantikan bulu dengan pokok pinang dan kemudian, tembok digantikan dengan Jambatan Pulau Pinang yang dibina dan disiapkan pada 1980-an.[1] Berikutan keluarnya Singapura pada 1965, lambang itu direka semula.[1] Pada tahun 1988, lambang Sarawak digantikan dengan jata Sarawak terkini. Sabah di jata negara pada awalnya diwakili oleh bendera negeri yang dipegang oleh dua lengan dari lambang negeri pra-1963, dan diolah semula lalu menampilkan jata negeri terkini.[1] Lambang versi Malaysia juga diolah dengan penampilan harimau yang lebih realistik dan agresif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Macdonald, Ian (28 July 2007). "Coat-of-Arms (Malaysia)" (dalam bahasa Inggeris). CRW Flags. Dicapai pada 6 Ogos 2008.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Dipetik daripada laman web Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, W.P. Labuan dan merupakan hakmilik kerajaan Malaysia.