Pasar Borong Makanan Laut Huanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasar Borong Makanan Laut Huanan
Cina Ringkas: 武汉华南海鲜批发市场
Cina Tradisional: 武漢華南海鮮批發市場
Maksud harfiah: Pasar Borong Makanan Laut China Selatan Wuhan
Map

Pasar Borong Makanan Laut Huanan (Bahasa Cina; 武汉华南海鲜批发市场 Jawi: ڤاسر بوروڠ ماكنن لاوت ووهن)[1][2] ialah pasar makanan haiwan dan laut yang terletak di Daerah Jianghan, Wuhan, wilayah Hubei, China. Pasar ini mendapat perhatian media selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia diberitahu pada 31 Disember 2019 mengenai sejenis wabak radang paru-paru di Wuhan. Dari awal permulaan kepada wabak jangkitan ini, seramai 41 orang yang dimasukkan ke hospital dengan kes berkaitan radang paru-paru, yang kemudian telah dikenalpasti sebagai mempunyai jangkitan nCov-2019 yang disahkan oleh makmal pada 2 Januari 2020, dua pertiga telah terdedah kepada pasar Huanan. Pasar ini sebelum itu ditutup pada 1 Januari 2020.[3][4][5][6] 33 daripada 585 spesimen haiwan diambil dari pasar ini menunjukkan bukti virus 2019-nCoV.[7]

Kemudahan dan operasi[sunting | sunting sumber]

Pasar itu menduduki lebih dari keluasan 50,000 meter persegi dan lebih 1,000 penyewa,[8][9] dan terletak dalam jarak beberapa blok dari stesen kereta api Hankou. Ia adalah pasar borong makanan laut terbesar di Wuhan dan China Tengah.[10][11]

Pasar ini telah dilaporkan mempunyai keadaan yang "tidak bersih".[12] Lorong-lorong di pasar sempit dan gerai-gerai berdekatan, dengan stok makanan berdekatan dengan yang dah mati. Adalah perkara biasa untuk melihat haiwan mati yang kulitnya terbuka.[13]

Benda dijual[sunting | sunting sumber]

Walaupun Pasar Huanan dikenali sebagai pasar makanan laut,[14] ia terutama terkenal dengan jualan daging haiwan liar (ye wei) yang kebanyakannya haram serta haiwan eksotik lain kerana permintaan untuk haiwan itu untuk pemakanan.[8][14] Sebuah imej yang telah diedarkan di Internet menunjukkan senarai harga dari perniagaan di pasaran yang menyenaraikan harga untuk 112 item termasuk beberapa haiwan liar.[2][15]

Menurut laporan media, barang-barang yang dijual di pasaran termasuk:

  1. ^ Dalam senarai harga yang diedarkan, benda yang digambarkan sebagai "koala" adalah "树熊" (harfiah: 'beruang pokok') (secara harfiahnya "tree bear"), yang mungkin sebaliknya merujuk kepada sejenis memerang. Koala tidak dijumpai di China kecuali dalam tawanan di zoo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wuhan pneumonia: World Health Organisation links China virus outbreak to single seafood market in Wuhan and says it's not spreading". South China Morning Post. 22 Januari 2020. Dicapai pada 23 January 2020.
  2. ^ a b "On the menu at Wuhan virus market: Rats and live wolf pups". CNA. 22 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-22. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  3. ^ Huang, Chaolin; Wang, Yeming; Li, Xingwang; Ren, Lili; Zhao, Jianping; Hu, Yi; Zhang, Li; Fan, Guohui; Xu, Jiuyang; Gu, Xiaoying; Cheng, Zhenshun (24 Januari 2020). "Clinical features of patients infected with 2019 novel coronavirus in Wuhan, China". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 0. doi:10.1016/S0140-6736(20)30183-5. ISSN 0140-6736.
  4. ^ "Overview of 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) - Summary of relevant conditions | BMJ Best Practice". bestpractice.bmj.com. Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  5. ^ "Wuhan pneumonia: how the search for the source of the mystery illness unfolded". South China Morning Post. 22 Januari 2020. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  6. ^ Ji, Wei; Wang, Wei; Zhao, Xiaofang; Zai, Junjie; Li, Xingguang (22 Januari 2020). "Homologous recombination within the spike glycoprotein of the newly identified coronavirus may boost cross-species transmission from snake to human". Journal of Medical Virology (dalam bahasa Inggeris). n/a (n/a). doi:10.1002/jmv.25682. ISSN 1096-9071.
  7. ^ Page, Jeremy (27 Januari 2020). "Virus Sparks Soul-Searching Over China's Wild Animal Trade". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  8. ^ a b "Why wild animals are a key ingredient in China's coronavirus outbreak". bangkokpost.com. 23 Januari 2020. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  9. ^ "华南海鲜批发市场西区有十几家贩卖野味的商户". cb.com.cn (dalam bahasa Cina). 22 Januari 2020. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  10. ^ "武汉人一年至少吃掉15亿元海鲜 "生吃的"最受欢迎". news.foodmate.net (dalam bahasa Cina). 17 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-25. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  11. ^ "武汉华南海鲜市场:不入虾协商贩甭想做生意_网易商业报道". biz.163.com (dalam bahasa Cina). 25 Julai 2005. Dicapai pada 24 Januari 2020.
  12. ^ "Here's What It's Like in Wuhan, the City at the Center of Coronavirus". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2020.
  13. ^ Woodward, Aylin (24 Januari 2020). "The outbreaks of both the Wuhan coronavirus and SARS started in Chinese wet markets. Photos show what the markets look like". Business Insider. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  14. ^ a b "The West Blames the Wuhan Coronavirus on China's Love of Eating Wild Animals. The Truth Is More Complex". Time. 24 January 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  15. ^ Sumita Thiagarajan, Zhangxin Zheng (23 Januari 2020). "Outrageous menu from Wuhan's market shows live deer, peacocks, wolf pups & over 100 wild animals on sale". Mothership.sg.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  16. ^ "Wuhan virus: a visual explainer". South China Morning Post. Dicapai pada 2020-01-25.
  17. ^ "网传武汉华南市场"大众畜牧野味"所涉摊位已闭店". The Beijing News (dalam bahasa Cina). 21 Januari 2020. Dicapai pada 25 Januari 2020.