Seon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seon
Oiseon, dibuat dengan timun dan daging.
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSeon
McCune–ReischauerSon

Seon merujuk kepada masakan Korea tradisional dibuat dengan mengukus sayur-sayuran seperti zukini, timun, terung, atau kubis Napa yang disumbat dengan inti. Sungguhpun istilah itu adalah pasangan dari jjim, hidangan dibuat dengan mengukus daging atau makanan laut, konsep itu tidak ditetapkan dengan jelas.[1] Untuk membuat hobakseon (호박선) atau oiseon (오이선), zukini atau timun dipotong kepada kepingan 4 atau 5 cm panjang dan dikelar. Hirisan itu keudiannya digaramkan sedikit dan jus diperah sedikit. Daging lembu atau ayam dan bawang dicincang dan dicampur bersama-sama dengan perasa untuk membuat inti. Zukini atau timun yang telah siap disumbat dengan inti dan diletakkan di atas periuk. Stok berperisa sup atau sayur-sayuran dituang ke atas bahan-bahan sehingga direndam dan direbus atau dikukus selama 5 atau 10 minit. Selepas selesai memasak, hirisan seogi (석이, Umbilicaria esculenta), lada cili, dan jidan (지단, telur goreng dipisahkan lapisan putih dan kuning) diletakkan di atas piring sebagai gomyeong (고명, hiasan).[2][3] Selain hidangan ini, gajiseon (가지선, terung kukus), gochuseon (고추선, cili kukus), donggwaseon (동과선, labu air kukus), museon (무선, daikon kukus), baechuseon (kubis Cina kukus)[1] dan dubuseon (tauhu kukus) mewakili hidangan seon.

Dalam buku masakan sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut satu buku masakan bertajuk Eumsik dimibang ditulis pada pertengahan Dinasti Joseon, resipi bersejarah donggwaseon (동과선), sejenis masakan seon yang dibuat dengan dongga (labu air) adalah sangat berbeza dari yang moden. Keping tebal labu air disepara rebus dalam air dan kemudian bersama dengan minyak dimasukkan ke dalam mangkuk campuran rebusan ganjang dan air. Selepas sos dibuang, mangkuk baru ganjang rebus dicampur dengan halia cincang dituang ke atas sayur-sayuran. Donggwaseon disimpan dan dimakan dengan cuka dituang atasnya.[1]

Dalam Siui jeonseo, buku masakan ditulis pada abad ke-19, resipi hobakseon (호박선, seon zukini) adalah sama dengan hidangan seon moden. Sebiji zukini dilubang dan diisi dengan pelbagai perasa dan dikukus. Sos dibuat dengan cuka, ganjang dan madu dicurahkan atas hidangan yang telah dimasak bersama cili potong, seogi (석이 Umbilicaria esculenta), dan jidan (telur goreng) diletak di atas zukini dan kacang pain kisar ditabur di atasnya.[1]

Walau bagaimanapun, istilah itu tidak mempunyai makna moden selewat tahun 1930-an; buku masakan yang ditulis pada masa itu menggunakan istilah yang sangat berbeza—mereka merujuk kepada cheongeoseon (청어선, ikan hering kukus dengan inti), yangseon (양선, usus lembu kukus dan disumbat), atau dalgyalseon (달걀선, telur kukus). Pada masa ini, istilah ini biasanya terhad kepada hidangan sayur-sayuran sumbat.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Seon (선 膳)" (dalam bahasa Korean). EncyKorea. Dicapai pada 2008-05-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Oiseon". triptokorea.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2015-08-22.
  3. ^ "Hobakseon". triptokorea.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]