Pergi ke kandungan

Winston Churchill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sir Winston Churchill)
Sir Winston Churchill
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
26 Oktober 1951 – 7 April 1955
Raja
TimbalanAnthony Eden
Didahului olehClement Attlee
Digantikan olehAnthony Eden
Dalam jawatan
10 Mei 1940 – 26 Julai 1945
RajaGeorge VI
TimbalanClement Attlee
Didahului olehNeville Chamberlain
Digantikan olehClement Attlee
Maklumat peribadi
Lahir
Winston Leonard Spencer-Churchill

30 November 1874
Woodstock, England, UK
Mati24 Januari 1965 (aged 90)
London, England, UK
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Empayar British
Cabang/khidmat Tentera Darat Britain
Tahun khidmat1895–1900, 1902–24
PangkatLieutenant-Colonel

Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan Perdana Menteri bagi kerajaan United Kingdom bagi dua penggal iaitu 1940 hingga 1945 serta dari 1950 hingga 1955. Beliau dianggap sebagai salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20 atas kecekapan pemerintahannya saat Britain berada dalam kegawatan ketika Perang Dunia Kedua.

Kehidupan awalnya

[sunting | sunting sumber]

Winston dilahirkan di Woodstock, Oxfordshire, England pada tahun 1874 daripada keturunan keluarga Churchill pertama yang terkenal: John Churchill, 1st Duke of Marlborough (yang ayahnya juga dikenali sebagai "Sir Winston Churchill"). Bapa politik Winston, Lord Randolph Churchill, merupakan anak ke tiga kepada Duke of Marlborough yang ke 7: Ibu Winston bernama Jennie Jerome (née Jeanette Jerome) dari Brooklyn, New York, anak kepada jutawan American Leonard Jerome.[1]

Beliau hidup di Dublin, Ireland ketika beliau berusia dua hingga enam tahun di mana ketika masa itu, datuknya yang menduduki jawatan Wizurai telah melantik ayahnya sebagai setiausaha peribadinya di kota tersebut. Di tempat inilah juga Winston mendapat pendidikan awalnya dan minat beliau terhadap hal-hal ketenteraan mula berputik dari memerhatikan perarakan tentera melepasi bangunan Vice Regal Lodge (kini dikenali sebagai Áras an Uachtaráin yang merupakan kediaman rasmi Presiden Ireland).[2]

Kerjayanya dalam bidang ketenteraan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1895, dia pergi ke Cuba sebagai pemerhati tentera dengan tentera Sepanyol dalam pertempuran melawan pemberontak pembebasan. Dia juga membuat laporkan berita bagi akhbar Saturday Review.

Kemunculan pertama Winston Churchill merupakan sebagai wartawan perang dalam Peperangan Anglo-Boer yang kedua antara British dengan golongan Afrikaner di Afrika Selatan. Winston Churchill ditawan dalam serangan hendap Boer kepada konvoi kereta api Tentera British dan dipenjarakan di Pretoria. Namun, beliau berjaya melarikan diri dan menyeberangi sempadan Afrika Selatan ke Lorenzo Marques (sekarang dikenali sebagai Maputo di Mozambique).

Churchill menggunakan kemasyhuran yang didapatinya untuk memulakan kerjaya politik yang merangkumi tempoh selama enam puluh tahun, bertugas sebagai seorang MP di House of Commons dari 1901 sehingga 1922 dan dari 1924 sehingga 1964. Beliau bertukar parti dari Parti Konservatif kepada Parti Liberal dan menyertai Kabinet ketika berusia awal tiga puluhan. Dia merupakan salah seorang daripada perancang politik dan ketenteraan bagi pendaratan Gallipoli yang menemui kegagalan di Dardanelles ketika Perang Dunia Pertama yang menyebabkannya dicemuh sebagai "penyembelih Gallipoli". Dia merupakan salah seorang yang wakil yang terlibat dalam menandatangani perjanjian Anglo-Irish pada tahun 1921 yang menubuhkan Negara Irish Bebas ( Ireland pada masa kini). Parti Liberal kemudiannya dilanda perpecahan dalaman. Setelah kalah pada pilihan raya 1922 kepada Edwin Scrymgeour dia menyertai Parti Konservatif semula. Dua tahun kemudian pada pilihan raya umum 1924 di dilantik mewakili Epping sebagai Konservatif. Dia dilantik sebagai Chancellor of the Exchequer pada tahun 1926 di bawah Stanley Baldwin dan bertanggungjawab mengembalikan British kepada Standard Emas. Ketika Mogok Umum 1926, Churchill dikatakan mencadangkan mesingan digunakan untuk mematahkan mogok pelombong. Churchill menyunting surat khabar kerajaan British Gazette. Ketika pertelingkahan tersebut dia menyuarakan bahawa "Sama ada negara mematahkan Mogok Umum, atau Mogok Umum akan menghancurkan negara".

Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin

Kerajaan Konservatif ditewaskan dalam Pilihan Raya Umum UK 1929. Apabila Ramsay MacDonald membentuk kerajaan pada 1931, Churchill tidak dijemput untuk menyertai Kabinet. Churchill berada puncak terendah dalam kerjayanya. Churchill menghabiskan beberapa tahun berikutnya untuk menumpu kepada kerja penulisannya, termasuk History of the English Speaking Peoples (yang tidak diterbitkan sehinggalah selepas tamat Perang Dunia Kedua). Churchill terkenal dengan penentangannya terhadap kemerdekaan India. Tidak lama selepas itu, perhatiannya tertumpu kepada kemunculan Adolf Hitler dan peningkatan senjata Jerman. Buat seketika, Churchill merupakan suara tunggal yang menyeru British untuk meningkatkan persenjataan bagi menyaingi keganasan Jerman. Churchill merupakan pengkritik polisi Neville Chamberlain untuk mengembirakan Adolf Hitler.

Peranan sebagai Perdana Menteri Waktu Perang

[sunting | sunting sumber]

Pada awal Perang Dunia II Churchill dilantik sebagai First Lord of the Admiralty Apabila Chamberlain's meletak jawatan pada bulan May, 1940, Churchill dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan gabungan. Churchill segera menjadikan seorang kawan dan penasihat karibnya, Max Aitken, (Lord Beaverbrook) seorang usahawan industri dan pemilik akhbar terkemuka, orang yang bertanggungjawab bagi mengendalikan pengeluaran kapal terbang. Ketangkasan fikiran perniagaan Max Aitken membolehkan British meningkatkan kejuruteraan dan pengeluaran kapal terbang dengan pantas, yang menyumbang kepada kejayaan ketika waktu perang.

Ucapan Churchill yang pertama pada masa itu merupakan sumber inspirasi penting kepada pihak British yang tertekan. Kenyataannya yang terkemuka "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan melainkan darah, kerja kuat, air mata, dan peluh" merupakan ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri. Ucapan berikutnya sebelum Pertempuran Britain, dengan "Kita akan mempertahankan pulau kita, walau apapun harganya, kita akan bertempur di pantai, kita akan bertempur di tempat pendaratan, kita akan bertempur di padang dan jalan, kita akan bertempur di bukit; kita tidak akan sekali-kali menyerah."

Walaupun peranan Churchill dalam Perang Dunia Kedua tidak dapat disangkal, dia mempunyai ramai musuh di dalam negerinya. Dia menyuarakan kebenciannya kepada idea seperti penyediaan kesihatan umum dan pendidikan yang lebih baik untuk majoriti penduduk menyebabkan banyak rasa tidak puas hati dikalangan penduduk terutama mereka yang bertempur ketika peperangan. Sebaik sahaja tamat peperangan, Churchill ditewaskan dengan teruk oleh Clement Attlee dan Parti Buruhnya.

Penggal kedua

[sunting | sunting sumber]

Selepas kekalahan Parti Buruh pada Pilihan Raya 1951, Churchill kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Pada tahun 1953, Winston Churchill dianugerah dengan dua gelaran kehormat. Dia dikurniakan darjah Kesasteriaan dengan gelaran Sir Winston Churchill dan Winston Churchill dianugerahi Hadiah Nobel dalam penulisan untuk kepakarannya dalam penulisan riwayat dan sejarah dan juga kepintarannya berucap dalam mempertahankan nilai kemanusiaan yang tinggi. Serangan angin ahmar pada Jun 1953 memyebabkan Winston Churchill lumpuh sebelah kiri. Winston Churchill bersara disebabkan kesihatan pada 5 April 1955 tetapi mengekalkan jawatannya sebagai Canselor bagi Universiti Bristol.

Pada 15 Januari 1965, Winston Churchill menghidap angin ahmar kali kedua yang menyebabkannya sakit tenat. Beliau meninggal dunia sembilan hari kemudian pada 24 Januari 1965. Jasadnya diletakkan di Westminster Hall selama tiga hari dan satu upacara permakaman negara diadakan di Katedral Santo Paul. Ini merupakan kali pertama permakaman negara diadakan untuk orang kebiasaan semenjak Arthur Wellesley, 1st Duke of Wellington lebih 100 tahun dahulu. Winston dikebumikan atas permintaannya di tanah keluarganya di Saint Martin's Churchyard, Bladon, Woodstock, England.

  1. ^ Johnson, Paul (2010). Churchill. New York, NY: Penguin. m/s. 4. ISBN 0-14-311799-8.
  2. ^ O'Farrell, Padraic (2000). Down Ratra Road: Fifty Years of Civil Defence in Ireland. Dublin: Stationery Office; ISBN 978-0-7076-6506-1.