Syada Amzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Syada Amzah
Nama lahirNursyuhada binti Amir Amzah
Kelahiran (1998-01-14) 14 Januari 1998 (umur 26)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2008–kini
Syarikat rakaman
Greyscale (SA) Sdn Bhd

Nursyuhada "Syada" Amir Amzah (lahir 14 Januari 1998) merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi terkenal yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah. Syada merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Syada Amzah yang berusia 10 tahun ketika itu, Syada memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir seterusnya menduduki tempat ke 4 bersama sama dengan rakan seperjuangannya yang lain yang pernah menyertai IK sebelum ini seperti penyanyi yang kini meningkat naik iaitu Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Azzam Sham & Irfan Haris. Namun tahun demi tahun, Syada Amzah menyepi seketika dari bidang nyanyian demi menumpukan pengajiannya di Kolej Poly-Tech Mara di Bangi. Syada juga aktif membuat lagu saduran di laman sosialnya.

Big Stage (musim 2)[sunting | sunting sumber]

Syada Amzah telah terpilih untuk menyertai rancangan realiti di Malaysia iaitu Big Stage 2 di saluran Astro Ria.[1] Peserta yang terlibat termasuk Fieya Julia, Aziz Harun, Adzrin, Han-byul dan ramai lagi.

Persembahan dan keputusan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Sendiri & Cover "Dinda" Kugiran Masdo SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Rockabye" Clean Bandit ft. Anne-Marie & Sean Paul SELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Pulang" Insomniacks SELAMAT
Minggu 4 Duominasi
bersama Haqiem Rusli
"Dengarkanlah" Amy Mastura & Glenn Fredly SELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Sembilu" Ella TERSINGKIR

Bakat[sunting | sunting sumber]

Mempunyai bakat nyanyian yang baik seperti kakaknya Shila Amzah. Selain itu, dia juga sering menggunakan tanda pagar #cadasings untuk video lagu cover di laman Instagram dan Twitter.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]