Yamani Abdillah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yamani Abdillah
Nama lahirOsama Yamani bin Jamal Ubaidillah
Juga dikenali sebagai
Osama Yamani
Kelahiran (2001-11-23) 23 November 2001 (umur 22)
Ipoh, Perak, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
MVM Production
Pengkarya berkait
Dato' Jamal Abdillah

Osama Yamani bin Dato' Jamal Ubaidillah, merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan anak kepada penyanyi Dato' Jamal Abdillah.[1][2] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 23 November 2001 dan berasal dari Ipoh, Perak. Yamani ialah anak sulung kepada penyanyi Jamal Abdillah dari perkahwinan kedua Jamal bersama bekas isteri, Noraina Mohd Yusof. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Zaki Yamani. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Seni KL di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).[4][5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Yamani Abdillah mula menunjukkan minat terhadap muzik selepas sering mengikuti bapanya menjayakan persembahan muzik, biarpun pada mulanya tidak disukai oleh Jamal yang mahu anaknya menjadi peguam. Beliau pernah menjayakan beberapa konsert berskala besar seperti Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama MVM Production dan seterusnya muncul bersama single "Bunga Seroja", kemudian diikuti oleh lagu raya, "Hari Raya Menjadi Saksi" menampilkan bapanya.

Big Stage Musim 3[sunting | sunting sumber]

Yamani merupakan salah seorang daripada peserta Big Stage musim ketiga di Astro Ria,[6] namun tersingkir di konsert minggu keempat. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Big Stage:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Usang" Rahim Maarof SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat “Paku" Ara Johari SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Isabella" (duet bersama Syafiq Farhain) Search SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman TERSINGKIR

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2020
"Bunga Seroja"
"Hari Raya Menjadi Saksi"
Duet bersama Jamal Abdillah
"Takut Kehilangan"
2022
"Balasan Janji Palsumu"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Cheritera Badrul TV9 Drama pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (17 Mei 2020). Jamal sokong minat menyanyi Osama dan Zaki Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (20 September 2014). Osama Yamani mahu ikut jejak Jamal Adillah Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  3. ^ Arina Che Azlan (10 Ogos 2020). Masuk Big Stage bukan atas tiket kabel Kosmo!. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  4. ^ Zuqarnain Abu Hassan (5 Julai 2019). Suara aku tak sama macam beliau: Osama Sinar Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2019.
  5. ^ Serimah Mohs Sallehuddin (17 Disember 2019). Bapa larang Osama sertai program realiti Berita Harian. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Ogos 2020). Yamani Abdillah turun 20kg demi Big Stage 3 Harian Metro. Dicapai pada 29 Ogos 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]