Yazmin Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Yazmin Aziz
Nama lahirYazmin Aldwin binti Abdul Aziz
Kelahiran (2001-09-10) 10 September 2001 (umur 20)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B, Soul, Lofi
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon
InstrumenVokal, gitar, Piano
Tahun aktif2017–kini

Yazmin Aldwin Abdul Aziz[1] (lahir 10 September 2001) ialah seorang penyanyi dan pencipta lagu berketurunan Melayu dan Filipina.[2] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah mendapat tempat keempat bagi program tersebut.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yazmin Aziz belajar pidato dan drama di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur. Semasa menjadi pelajar, dia membuat persembahan dalam sebuah produksi teater muzikal.[3] Beliau berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Tagalog dan Melayu.[4] Beliau menamatkan pengajian Diploma Komunikasi pada Mei 2021 dan kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Sastera dalam Komunikasi Massa (Pengajian Media) di Universiti HELP.

Kejayaan awalnya dalam pertandingan bakat membawa kepada usahanya untuk bermain gitar dan vokal.[5] Sejak itu, beliau telah menduduki tempat tiga teratas dalam beberapa pertandingan, termasuk pingat perak dalam persembahan vokal di Kejohanan Seni Persembahan Dunia Maya 2020;[6] Pingat perak dan anugerah industri dalam persembahan vokal di Kejohanan Seni Persembahan Dunia 2017 di Long Beach, California;[7] Kejohanan Dunia Karaoke 2019 di Tokyo;[8] Global Pinoy Idol;[9] dan tempat ketiga dalam Bakat Ohsem Malaysia anjuran Hurr.tv.[10]

Yazmin pernah belajar persembahan vokal dengan Vince Chong.[5]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Single pertama Yazmin, "Lihatlah" ditulis bersama dengan jurulatih vokalnya Vince Chong. Beliau bekerja dengan M. Zulkifli Abdul Jalil dalam lirik, yang mana beliau nyanyi dan rapkan. Lagu itu diambil oleh Warner Music untuk diedarkan.[5][11]

Yazmin mempunyai persembahan dikenali di Malaysia termasuk muncul dalam rancangan TV Filipina, ASAP Chillout[12] menyanyi lagu yang ditulisnya, bersama-sama dengan persembahan beatboxing Michael Pacquiao dan juga telah memasuki carta muzik di radio arus perdana menerusi single "Cold Rainy Days" dan "Soul Connection" di Hitz Met10.[13]

Yazmin juga menjadi Artis Bulan Ini oleh Hitz untuk bulan November 2020.[14]

Beliau pernah bekerjasama dengan artis Filipina-Amerika JayR dan Kris Lawrence, serta penerbit dari Libya, Debani.[2]

Diilhamkan oleh wabak Covid-19, Yazmin telah mengeluarkan lagu terbarunya, "Soul Connection".[15]

Beliau juga merupakan peserta rancangan Lagu Cinta Kita musim kedua di TV3[16] dan Big Stage musim keempat di Astro Ria.[17]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Crush, 2021
  • Bosan, 2021
  • Ruling Game, 2020
  • Soul Connection, 2020
  • Cold Rainy Days, 2020 [13]
  • Heart & Soul, 2020 [2]
  • Lihatlah, 2018[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Bunga dan Kayu Pretty Filem pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Phic Arman (15 Oktober 2018). "Kenali Yazmin Aziz, Penyanyi Berbakat Kacukan Malaysia-Filipina". Murai.my. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  2. ^ a b c d "Malaysian teen Yazmin Aziz releases first English single, completed during MCO". The Star.
  3. ^ Daniel, Pang (12 March 2017). "Teens to Perform in Retro Musical". The Star. m/s. 23–24.
  4. ^ "Young & musically-restless". The Star.
  5. ^ a b c "17-year-old Malaysian singer Yazmin Aziz juggles music and studies". The Star.
  6. ^ "Malaysian participants score 14 medals at World Championship Of Performing Arts 2020". The Star.
  7. ^ "Malaysia wins 20 gold medals at World Performing Arts Championships".
  8. ^ "Jom undi Yazmin Aziz!". Harian Metro. 28 November 2019.
  9. ^ "Finalists ng DZMM Global Pinoy Idol nagpakitang gilas". ABS-CBN. 2 February 2018.
  10. ^ "Thirteen-year-old is champion in online talent reality show". The Star.
  11. ^ "Observe the talent of singer, Yazmin Aziz with her latest single, 'Lihatlah'". Daily Seni.
  12. ^ "Yazmin Aziz performs on ASAP chillout". ABS-CBN.
  13. ^ a b "Met10". Hitz.
  14. ^ "AOTM Homegrown November 2020: Yazmin Aziz".
  15. ^ "Teen singer Yazmin Aziz finds 'Soul Connection' during MCO".
  16. ^ MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM (6 Julai 2021). "Jiwa tenang Yazmin Aziz". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Januari 2022.
  17. ^ MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM (23 Januari 2022). "11 bintang berentap dalam Big Stage 2022". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]