Dinie Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dinie Rashid
Dinie Rashid.jpg
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Dinie bin Abdul Rashid
Kelahiran (1992-05-05) 5 Mei 1992 (umur 28)
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2012–kini

Muhammad Dinie Abdul Rashid (lahir 5 Mei 1992) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia, berasal dari Georgetown, Pulau Pinang. Beliau ialah peserta Big Stage musim ketiga.[1]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penceramah motivasi, seterusnya menceburi bidang muzik dan menganggotai satu kumpulan duo "Dinie & Khai". Beliau mula dikenali menerusi lagu "Bukan Cinta Aku" yang menjadi lagu tema drama TV3 bertajuk sama dan lagu "Pemilik Segalanya" ciptaan Adi Priyo Sambodo. Single yang ketiga iaitu "Tanpamu" Dinie & Khai (2020) telah dijadikan OST drama Chandelier di Astro Ria lakonan Ben Amir dan Mimi Lana. Pada tahun 2020 juga, beliau menjadi salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga.[2]

Big Stage Musim 3[sunting | sunting sumber]

Dinie merupakan salah seorang daripada peserta Big Stage musim ketiga di Astro Ria.[3] Berikut ialah senarai persembahan beliau di Big Stage:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Bukan Cinta Aku" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat “Batu dan Golek" Faizal Tahir SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Takdir Tercipta" (duet bersama Wani Kayrie) Hafiz Suip dan Adira SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Gubahan Rindu Puisi Syahdu" Fauziah Latiff SELAMAT
Minggu 5 #SandraDalamKenangan
Minggu 6 Rotasi 36T "Umpan Jinak di Air Tenang" & "Nyanyian battle bersama Nana Sheme - Sejati" Ahmad Jais SELAMAT

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dinie Rashid dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau mengalami masalah penglihatan pada usia 9 tahun mengakibatkan penglihatan kabur dan hanya boleh melihat sebanyak 20%. Selain itu, beliau juga ialah ahli aktif Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB).[petikan diperlukan]

Dinie ialah pelajar cemerlang yang memilih jurusan undang-undang Syariah sewaktu Tingkatan 6, namun beliau tidak mampu mencapai cita-citanya kerana menghidap penyakit Distrofi Makula yang turut mengakibatkan saraf di bahagian matanya rosak.[petikan diperlukan]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Pemilik Segalanya" (2014)
  • "Bukan Cinta Aku" (2018)
  • "Tanpamu" Dinie & Khai (2020)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (16 Ogos 2020). Enggan raih simpati biarpun buta Berita Harian. Dicapai pada 20 September 2020.
  2. ^ Asraf Adied (13 Ogos 2020). Bergelar OKU penglihatan tak halang semangat Dinie Rashid dalam Big Stage 2020 Astro Gempak. Dicapai pada 20 September 2020.
  3. ^ Aqmar Mustaza (5 Ogos 2020). Anak Jamal Abdillah, OKU penglihatan antara peserta Big Stage 2020 Sinar Harian. Dicapai pada 20 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]