Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
| Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | |
|---|---|
| Pengarah | Erma Fatima Hjh. Ainon Ariff |
| Dihasilkan oleh | Hj. Burhanuddin Md Radzi Norman Abdul Halim Datuk Yusry Abdul Halim (eksekutif) |
| Dibintangi | Puteri Balqis Dato' Awie Dato' Remy Ishak Gambit Saifullah Sara Ali David Teo Asyiela Putri (suara) |
| Muzik oleh | Yubi Band |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 98 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Pecah panggung | RM3 juta |
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! adalah sebuah filem aksi langsung animasi bertutur dalam Bahasa Melayu dari Malaysia yang diarahkan oleh Ainon Ariff dan Erma Fatima, menampilkan Aisyela Putri, Puteri Balqis, Dato' Awie, Sara Ali, Dato' Remy Ishak dan Gambit Saifullah, sebagai antagonis utama dalam filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Les' Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios dan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 24 November 2016.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! diarah oleh Erma Fatima bersama Hajjah Ainon Ariff, penerbit siri Upin & Ipin, dan diedarkan oleh Primeworks Studios. Ia mula ditayangkan di 121 buah pawagam di seluruh Malaysia mulai 24 November 2016.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Aqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.[1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Puteri Balqis sebagai Aqish, watak utama
- Asyiela Putri sebagai Upin & Ipin (suara)
- Sara Ali sebagai Noreen, penjaga rumah anak yatim
- Gambit Saifullah sebagai Zaman, tuan tanah rumah anak yatim
- Dato' Awie sebagai Awie
- Dato' Remy Ishak sebagai Bo, sahabat Awie
- David Teo sebagai Mr. Lavid, penerbit syarikat rakaman (penampilan khas)
- Burhanuddin Md Radzi sebagai Penerbit Awie
- Dato' Rahim Razali sebagai Haji Makmur
- Mak Wan sebagai Mak Chom
- Qistina Raisah sebagai Mimi, kawan Aqish
- Ben Idola Kecil 5 sebagai Syafiq
- Danish Hazriq sebagai (pelakon tambahan dan tiada nama watak)
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Jualan tiket
[sunting | sunting sumber]Filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan di sebanyak 121 pawagam di seluruh Malaysia pada minggu pertama tayangannya. Untuk hujung minggu pertama (24-27 November) diumumkan kutipan tiket sejumlah RM3 juta.[2] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[3] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.
Ulasan
[sunting | sunting sumber]Filem ini menerima ulasan rata-rata positif daripada pengulas akhbar. Bibi Nurshuhada Ramli dari New Straits Times mengulas bahawa Jeng Jeng Jeng! berjaya menggabungkan platform animasi dan aksi sebenar hingga babak Aqish bermain dengan Upin dan Ipin kelihatan realistik, tetapi mengeluh tentang penceritaan yang tidak menepati cita rasa dirinya.[4] Angelin Yeoh untuk The Star pula memberikan markah 6/10 dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa filem ini mengisahkan kesanggupan menggadaikan maruah demi wang, bahkan harusnya digelar Upin & Ipin: Jagat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai pada 2016-12-06.
- ↑ "Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta". Berita Harian Online. 2016-11-30. Dicapai pada 2016-12-06.
- ↑ "Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]". NST Online. 2016-11-25. Dicapai pada 2016-12-06.
- ↑ "Cute twins win hearts again". NST Online. 2016-11-24. Dicapai pada 2016-12-06.