Felda Air Tawar 5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Felda Air Tawar 5 merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. ketua kampung Felda Air Tawar 5 ialah Encik Azmee Khan bin Amzah. Merupakan salah satu [[tanah rancangan Felda]] dari 5 Tanah Rancangan Felda Air Tawar di Kota Tinggi bersebelahan [[Felda Air Tawar 4]]. Felda Air Tawar 5 mudah dikenali jika kita melalui jalan dari Kota Tinggi mahupun melalui jalan dari [[Bandar Penawar]] kerana di tepian jalannya kita akan nampak pam minyak [[Petron]] dan juga [[Shell]]. Felda ini aktif dengan aktiviti perniagaannya dari pagi hingga ke malam yang bertumpu di kawasan sekitar pintu masuk gerbang Felda Air Tawar 5. Felda ini juga mempunyai cawangan syarikat [[Maybank]] yang memudahkan peneroka dan penduduk disekitarnya melakukan pelbagai transaksi kewangan tanpa perlu pergi jauh ke bandar. Selain dari perniagaan makanan, Felda ini juga mempunyai bengkel seperti bengkel servis kereta, servis motor, servis dan tukar tayar, mengecat kereta, dan lain2. Dari segi politiknya pula. Felda Air Tawar 5 dan juga Felda Air Tawar 4 merupakan [[DUN Pengerang]]. Penduduknya yang ramah sentiasa menerima pengunjung dari luar selama waktu mereka berurusan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.