Pusat Tenaga Rakyat
| Pusat Tenaga Rakyat People's United Front PUTERA |
|
|---|---|
| Ketua | Burhanuddin Al-Hilmi |
| Diasaskan | 22 Februari 1947 |
| Dibubarkan | 18 Jun 1948 |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) (juga dipanggil Pusat Tindakan Rakyat pada sesetengah masa) ialah sebuah parti campuran sayap kiri di Tanah Melayu yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947 dan diketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP).
PUTERA terdiri daripada enam parti politik sayap kiri seperti berikut:
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Parti Nasionalis Melayu (MNP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin dan merupakan nukleus PUTERA
- Angkatan Pemuda Insaf (API) yang diketuai oleh Ahmad Boestamam
- Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh
- Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang diketuai oleh Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail
- Barisan Tani SeMalaya (BATAS) yang diketuai oleh Musa Ahmad
- Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA), Hizbul Muslimin kemudiannya.
Bersama Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang dianggotai parti bukan Melayu, Putera-AMCJA menolak gagasan Persekutuan Tanah Melayu sebaliknya mencadangkan Perlembagaan Rakyat yang meletakkan konsep rakyat sebagai asas kepada Tanah Melayu merdeka.[1]
Akhirnya pada 18 Jun 1948[2], PUTERA (dan beberapa parti lain) telah diharamkan apabila darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Lihat juga[sunting]
Pautan luar[sunting]
- Laman web Malaysia Today
- Usah tiru kaedah BN untuk bentuk Pakatan Rakyat, Maulana Purnama, 23 Apr 2008, Harakah Daily
- 60 tahun selepas Hartal, Amin Iskandar, 24 Okt 2007, Malaysiakini]