Seberang Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seberang Perak terletak di sebelah kiri Sungai Perak, berdekatan dengan Teluk Intan, Kampung Gajah dan Pasir Salak. Tidak ada lokasi secara khusus dinamakan Seberang Perak. Istilah Seberang merangkumi Sungai Dedap, Bukit Chawi, Changkat Lada, Felcra Kampung Kandang dan stesen 4 Seberang Perak.

Di negeri Kedah juga terdapat nama tempat bernama Seberang Perak.

Arah jalan[sunting | sunting sumber]

Projek Seberang Perak adalah meliputi kawasan seluas 80,000 hektar yang terletak di tebing kanan Sungai Perak antara Selat Melaka di sebelah Barat dan Jalan Ipoh-Beruas di sebelah Utara.

Jika anda dari Kuala Lumpur anda menuju ke Teluk Intan terlebih dahulu. Kemudian ke arah Bagan Datoh. Sampai di Jambatan Batu 5, belok ke kanan menuju ke Lumut. Di pertengahan jalan anda akan jumpa dengan dengan papan tanda Sungai Dedap atau Changkat Lada, di sanalah [Seberang Perak, di mana padi ditanam bak saujana mata memandang.

Asal nama Seberang Perak[sunting | sunting sumber]

Nama Seberang Perak adalah cantuman dua kata . Seberang bermaksud di sebelah depan sungai . Perak pula sejenis permata yang berkilau yang kelihatan di dasar sungai . Sebenarnya kilauan permata yang di lihat di dasar sungai ialah 'bijih timah'.

Projek Bersepadu Seberang Perak[sunting | sunting sumber]

Agensi pertanian Felcra ditugaskan membangunkan tanah terbiar dan tanah pertanian di Seberang Perak . Pelbagai pendekatan digunakan bagi memajukan kawasan ini.

Sejarah ringkas[sunting | sunting sumber]

  • 1961 Seberang Perak diwujudkan oleh Tun Abdul Razak yang mahukan orang Melayu memiliki tanah pertanian .Penduduk kampung di tepi sungai Perak diberi 2 hektar tanah hutan paya . Terpulanglah kepada penduduk kampung bagaimana mengusaha dan memajukannya .

Sistem pengairan diadakan dengan mengorek tanah untuk dijadikan terusan atau tali air. Tanah ditimbunkan untuk dijadikan ban atau benteng. Sebagai kawasan paya air masin yang berdekatan dengan laut, Seberang Perak dan sekitarnya kerap dilanda banjir sedperti tahun 1926 dan Banjir di Malaysia 1971|1971]]. Tentulah tidak sesuai untuk ditanam dengan padi.

  • 1953 projek ini bermula apabila seluas 2600 hektar tanah di Peringkat 1 diberikan kemudahan perparitan hasil daripada kajian kamungkinan yang dijalankan oleh sebuah badan perunding.
  • 1961 hingga 1965, usaha bagi mengadakan kemudahan pengairan untuk tanaman padi bagi kawasan seluas 61,514 hektar di Peringkat 1,2,3, dan 4 telah dirancang.
  • 1965 Tun Abdul Razak datang ke kawasan ini dan meminta tanah ditanam dengan tanaman padi. Padi (beras / nasi) dalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia, dahulu hingga saekarang.
  • 1968, Kerajaan negeri Perak telah membahagi-bahagikan tanah kepada penduduk tempatan untuk tanaman padi. Tetapi usaha penanaman padi ini tidaklah begitu berjaya.
  • 1970 Rancangan Buku Hijau turut merancakkan aktiviti pertanian di Seberang Perak.
  • 1974, banjir besar berlaku apabila benteng pecah berhampiran dengan belakang Kampung Kuala Parit. Benteng / ban di sekeliling Blok A, C dan D telah diperbaiki.

Seberang Perak dibahagikan kepada Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Kebanyakan penduduk Kampung Air Mati, Kampung Pebayan, Kampung Bandar dan Kampung Padang mendapat 2 hektar tanah di Blok D. Penduduk Kampung Bandar Tua mendapat tanah di Blok C. Blok-Blok ini tidak begitu berjaya kerana tanah paya yang tinggi rendah, ada yang terlalu dalam airnya dan ada yang tak boleh ditanam. Ketika itu tidak ada jentera moden, kecuali menggunakan kekuatan tangan dan kaki sahaja.

  • 1975 Blok B dimajukan. Penduduk tempatan dan masih muda diberi tanah pertanian seluas 2 hektar juga . Tetapi kali ini rumah peneroka disediakan di kawasan yang khusus dan diuruskan oleh Felcra. Bagi mengenang jasa perajurit, bekas perajurit rakyat Perak diberi tanah juga.
  • 1976 kesedaran untuk membawa pembangunan ke kawasan Perak Selatan dan Perak Tengah telah wujud di mana sebuah Firma Perunding ESAMS ( Malaysia ) dengan kerjasama Howard Humprey (UK) telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kajian di kawasan ini. Hasil kajian tersebut mendapati kawasan Seberang Perak ini sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit dan koko.
  • 1978 sebuah firma perunding iaitu KPM Khidmat Sdn Bhd dengan kerjasama Snowy Mountain Engineering Corportation ( Australia ) telah dilantik untuk menjalankan kajian kemungkinan dari segi teknikal dan ekonomi yang meliputi keperluan pengairan , pengangkutan , memproses dan pemasaran.

Pembangunan kawasan ini akan menyatukan rancangan-rancangan pertanian sedia ada di kawasan ini dengan kawasan baru yang akan diletakkan di bawah satu projek. Adalah menjadi harapan kerajaan bahawa rancangan ini akan dapat menambahkan keluaran beras negara, menyediakan lebih 6000 peluang pekerjaan baru dan juga meningkatkan pendapatan petani , sesuai dengan proses pemodenan sektor pertanian yang akan dibawa ke kawasan ini.

  • 1980-an krisis timbul apabila orang-orang Kedah turut laparkan tanah dan meneroka hutan-hutan ditepi Sungai Dedap , menghadap bandar Teluk Intan. Selepas beberapa konflik dan krisis, orang Kedah diberi tanah seluas 3 ekar.Tetapi ada yang diberi 5 ekar tanah.
  • 1986 , Rancangan Tanah Changkat Lada mula diduduki . Kali ini sistem lot tidak dipakai lagi. Felcra memberi 2 ekar tanah untuk kelapa sawit dan 5 ekar tanah untuk tanaman padi.
  • 1987 sawah padi di Blok D yang bayak terbiat teah diswastakan kepada syarikat Alinan. syarikat ini telah membina semula ban agar semua tanah payah ditebusguna dan di tanam sepenuhnya dengan padi sawah. Rumah penduduk yang berselerak di sawah-sawah padi telah dipondah dan dikumpulkan di Bukit Chawi. Ahli parlimen Pasir Salak ketika itu ialah Datuk seri Megat Junid Megat Ayob. Bank Dunia memberi pinjaman mudah RM2 juta bagi memajukan dan memulihkan sawah padi di Seberang Perak. Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad telah melawat Seberang Perak ketika itu.

Objektif Felcra Seberang Perak[sunting | sunting sumber]

  • Menambah pendapatan rakyat dalam sektor pertanian
  • Meningkatkan penggunaan tanah
  • Mempelbagaikan punca pendapatan peserta
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan menyusun semula masyarakat mengikut Dasar Ekonomi Baru
  • Membangunkan kegiatan pertanian di kawasan projek dan kawasan sekeliling projek melalui peranan pemulihan dan penyatuan tanah.

Pengurusan Projek[sunting | sunting sumber]

Projek pembangunan Bersepadu Seberang Perak dilaksanakan oleh berbagai Jabatan atau agensi kerajaan.

FELCRA[sunting | sunting sumber]

  • Pembangunan tanah bagi tanaman baru kelapa sawit seluas 6464 hektar serta koko seluas 1212 hektar , tanaman baru padi seluar 4482 hektar dan pemulihan kawasan sawah yang sedia ada seluar 4370 hektar.
  • Perumahan dan penempatan peserta untuk seramai 4000 keluarga yang akan ditempatkan di bandar baru ( 822 hektar ) Changkat Lada di samping 481 keluarga yang sedia ada di kawasan penempatan Sungai Dedap.
  • Pembinaan kilang minyak kelapa sawit pada keupayaan 27 tan BTB . jam dan kilang pemerosesan koko pada keupayaan 2 tan biji kering / hari.

Jabatan Kerja Raya[sunting | sunting sumber]

Jabatan Parit dan Taliair[sunting | sunting sumber]

  • Membaiki 122 km dan membina 79 km taliair dan 87 tali pukat
  • Membaiki 73 km dan membina 12 km parit-parit utama dan kedua
  • Membaiki 66 km dan pencegah banjir yang sedia ada dan pembinaan 29 km pencegah banjir
  • Membaiki infrastruktur pertanian di kawasan sawah yang sedia ada seluas 4379 hektar

Lain-lain jabatan / agensi[sunting | sunting sumber]

  • Jabatan Bekalan air negeri Perak - Bekalan air
  • Perbadanan Kemajuan negeri Perak - Puat perniagaan
  • Lembaga eletrik Negara - Bekalan elektrik
  • Jabatan Pelajaran - Membina 5 buah sekolah rendah , 3 buah sekolah menengah dan kemudahan-kemudahan berkaitan
  • Jabatan Kesihatan
  • Perkhidmatan pertanian
  • Jabatan Pertanian
  • Lembaga Pertubuhan Peladang - Pertubuhan peladang
  • Jabatan Daerah Perak Tengah - Urusan tanah dan projek luar bandar
  • Jabatan Perancang Bandar dan Desa - Perancangan Bandar baru di Changkat Lada
  • MARDI - Kajian dan penyelidikan tanaman padi dan koko
  • Bank Pertanian Malaysia - Kemudahan kredit pertanian
  • Jabatan Polis - Keselamatan penduduk
  • KEMAS - Aktiviti pembangunan masyarakat
  • Pejabat Bomba - Perkhidmatan bomba di Bandar Changkat Lada
  • Pejabat Pos - Perkhidmatan pos

Konsep[sunting | sunting sumber]

Projek Pembangunan Bersepadu Seberang Perak dijangka menelan RM344 juta akan menempatkan seramai 4000 orang peserta batu dengan keluasan 12067 hektar untuk tanaman padi , kelapa sawit dan koko. Di samping peserta di kawasan padi lama yang berkeluasan 4370 hektar terdiri daripada 481 orang peserta FELCRA dan lebih 1500 penduduk awam.

Sistem saham di bawah pengurusan FELCRA dilaksanakan untuk tanaman kelapa sawit, koko dan padi baru. Setiap peserta akan memiliki saham 6 ekar mengandungi tanaman kelapa sawit, koko dan padi.

Bagi sawah-sawah padi lama dilaksanakan secara sistem lot oleh peserta-peserta dan orang-orang awam sendiri .

Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Kajian oleh Snowy Mountain Engineering Corporation , Konsultan KPM Khidmat dan Universiti Sains Malaysia dengan pembiayaan Bank Dunia. Bank Dunia setuju membiayai projek itu dalam bentuk pinjaman. Kos projek dianggarkan US143 juta, tapi US46 juta dibiayai daripada pinjaman Bank Dunia bagi tempoh mulai 1981 hingga 1988.

FELCRA telah memulakan operasi ladang sejak 1979 dengan membersihkan kawasan padi, kelapa sawit dan koko.

Kemajuan Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

  • Kawasan Padi yang sedia ada
    • Peringkat 1 dan 2 seluas 1000 hekatar telah mengeluarkan hasil sejak 1971 lagi. Hasil padi dipasarkan terus kepada Lembaga Padi Negara.
    • Blok A seluas 959 hektar diusahakan oleh koperasi pemilik-pemilik tanah.
    • Blok D seluas 1695 hektar diusahakan sendiri oleh pemilik-pemiliknya.
  • Kawasan Padi Baru
    • Kawasan padi baru dari peringkat 3 hingga peringkat 9 dengan keluasan 4482 hektar.
  • Kawasan kelapa sawit / koko
    • Luas kelapa sawit dan koko ialah 7585 hektar. 6464 untuk kelapa sawit dan 11121 hektar untuk tanaman koko.
  • 350 buah rumah peserta telah siap dibina dan diduduki. Semenata 360 rumah lagi sedang dibina (1986 )

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran padi dijangka lebih 60000 metrik tan setahun. Lembaga Padi dan Beras Negara akan menyediakan kemudahan pengeringan , menyimpan dan mengilang padi. Sebuah kilang padi akan didirikan.

Pengeluaran kelapa sawit dijangka mencapai 165,000 tan setahun. FRLCRA akan membina kilang memproses kelapa sawit .

Pemprosesan dan pemasaran koko dilaksanakan oleh FELCRA. Kilang penapaian dan pengeringan akan didirikan oleh FELCRA.

Bandar Seberang Perak[sunting | sunting sumber]

Kawasan 742 hektar dirancang sebagai pusat bandar baru dikenali Bandar Seberang Perak. Dijangka 4000 keluarga akan berada di sini.

  • 350 rumah peserta , jalan kampung , bekalan air, sekolah rendah , kedai telah disiapkan.

Tahun 1985 302 keluarga telah pindah ke sini. 1986 , kerja pembinaan 307 rumah dan 173 rumah kaki tangan sedang dibina. Pejabat pentadbiran projek turut dibina.

Pecahan guna tanah[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah pecahan guna tanah di Bandar Seberang Perak.

  • Perumahan peserta 301 hektar
  • Perniagaan . perdagangan 36 hektar
  • Pejabat-pejabat kerajaan 8 hektar
  • Hospital 14 hektar
  • Kemudahan sosial 300 hektar
  • Pusat tempatan 12 hektar
  • Sekolah 44 hektar
  • Kawasan lapang 27 hektar
  • JUMLAH 742 hektar

Jangkaan[sunting | sunting sumber]

1990 dijangka 5000 keluarga ( 25,000 orang ) akan tinggal di sini iaitu :

  • 4000 keluarga peneroka
  • 1000 keluarga pekerja kilang dan kakitangan jabatan

Peserta[sunting | sunting sumber]

  • Perkampungan Sungai Dedap seramai 481 peserta
  • Sekitar Blok A, C dan D seramai 1500 keluarga

Peserta baru[sunting | sunting sumber]

  • Jun 1982 pemilihan peserta baru telah dibuat
  • 13,000 permohonan diterima dari 9 daerah di negeri Perak.
  • 12,400 peserta telah dipanggil untuk ditemuduga
  • Penempatan mereka akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai 1985 – 1989

Koperasi[sunting | sunting sumber]

Koperasi Peneroka –Peneroka Rancangan FELCRA Seberang Perak Bhd ditubuhkan pada 6 November 1985.

  • Aktivitinya ialah bina parit , bajak, menuai, mengguni , mengangkut padi dan mendirikan bangunan
  • Persatuan Keluarga Peneroka
  • Persatuan Belia
  • Tabika
  • Kelas Ekonomi Rumah Tangga

Masalah[sunting | sunting sumber]

  • Projek sepatutnya bermula 1979, tapi kewangan disalurkan 2 tahun kemudian. Jadi perparitan, taliair dan jalan agak lewat. 1981 peruntukan dari Bank Dunia dan kerajaan pusat telah diterima
  • Babi hutan memusnahkan anak kelapa sawit. Persatuan Menembak dijemput menjalankan operasi dengan elaun tertentu. Zink pelindung anak pokok dibina.
  • 12 ekor gajah dari Seberang Perak / Beruas sering memusnahkan kelapa sawit pada 1984-1987 . Pagar dibina. Kerjasama agensi kerajaan yang amat diperlukan untuk memindahkan gajah-gajah ini.
  • Bilangan tikus terlalu tinggi di sawah padi.

Pendapatan[sunting | sunting sumber]

  • Dijangka setiap peserta dapat RM400.00 sebulan yang melepasi garis kemiskinan RM350.00 sebulan sekeluarga. Pendapatan di kawasan pertanian bolehlah dikatakan memuaskan.