Stesen LRT Chan Sow Lin
| ST1 AG1 PH1 Pertukaran LRT Chan Sow Lin Stesen alihan laju Laluan Ampang |
||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemandangan luar stesen pertukaran Chan Sow Lin, ke arah barat daya dari Jalan Chan Sow Lin. |
||||||||||||
| Statistik stesen | ||||||||||||
| Alamat | Jalan Chan Sow Lin, Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. | |||||||||||
| Koordinat | 3°7′40″U 101°42′55″T / 3.12778°U 101.71528°T | |||||||||||
| Laluan | Laluan Ampang (1996 – ) | |||||||||||
| Platform | 2 platform tengah | |||||||||||
| Landasan | 3 | |||||||||||
| Tempat letak kereta | Tiada | |||||||||||
| Maklumat lain | ||||||||||||
| Dibuka | 16 Disember 1996 | |||||||||||
| Kod | S08 | |||||||||||
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 – ); dikendali oleh RapidKL. | |||||||||||
| Perkhidmatan | ||||||||||||
|
||||||||||||
Chan Sow Lin ialah stesen alihan laju searas tanah merupakan pertukaran yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sinilah laluan tunggal Laluan Ampang (dahulunya STAR LRT) dari Sentul Timur bercabang menjadi dua, iaitu satu ke Ampang di arah timur dan satu lagi ke Sri Petaling di arah tenggara.
Stesen ini dibuka pada 16 Disember 1996 dalam fasa pertama pembukaan sistem STAR, bersama 13 stesen lain sepanjang laluan Sultan Ismail-Ampang.
Isi kandungan |
Lokasi [sunting]
Stesen pertukaran Chan Sow Lin terletak di hujung selatan bandar Pudu. Stesen ini bertujuan mengambil penumpang di hujung selatan Pudu, hujung barat Taman Maluri dan hujung barat laut Taman Miharja. Taman Malur dan Taman Miharja sudah ada stesen yang sama namanya, iatu stesen Miharja dan stesen Maluri di arah timur. Pertukaran ini pula memetik namanya dari Jalan Chan Sow Lin yang melalui pintu masuk utama stesen.
Stesen ini menggunakan laluan lama yang pernah digunakan oleh Federated Malay States Railway dan Malayan Railway (KTM) antara Kuala Lumpur, Ampang dan Salak Selatan. Oleh itu, stesen ini terletak berhampiran dengan beberapa bekas penempatan agensi kerajaan (cawangan Kerja Raya dan Kerja Kejuruteraan) yang pernah bersambung dengan laluan KTM, sehinggalah ditutup pada 1990-an untuk diberi laluan kepada STAR.
Reka bina [sunting]
Reka bina stesen pertukaran ini sama dengan kebanyakan stesen lain sepanjang Aliran Ampang, iaitu adanya bumbung bertingkat-tingkat yang disokong oleh jeda-jeda berkekisi, serta tembok dan tiang berlepa putih. Platform dan landasannya searas dengan tanah, sementara kawasan kaunter tiket tunggalnya terletak searas di atas platform dengan jejantas yang menyeberangi landasan.
Platform [sunting]
Reka bina dan kegunaan platform di stesen Chan Sow Lin agak berlainan kerana wujudnya dua platform tengah (island) aitu Platform 1 dan 2 berselang tiga landasan, tetapi cuma satu platform dibuka kepada pengguna iaitu Platform 2. Setiap platform ini dibahagi kepada pecahan A dan B, maka dibaca 1A, 1B, 2A dan 2B. Pecahan B berkongsi landasan tengah, sementara pecahan A menghubungi landasan luaran masing-masing. Platform 2A dilalui tren ke Ampang atau Sri Petaling, sementara 2B ke Sentul Timur; Platform 1 pula tidak digunakan.
Kedua-dua platform dihubungkan dengan dua batang jejantas di kedua-dua tepi stesen. Namun disebabkan hanya satu platform dibuka, maka kedua-dua jejantas ditutup.
Pertukaran [sunting]
Pertukaran Chan Sow Lin dikhususkan untuk kegunaan penumpang dari stesen yang hanya dihubungkan dengan laluan ke Ampang untuk bertukar tren ke stesen yang hanya dihubungkan dengan laluan ke Sri Petaling, atau sebaliknya. Pertukaran sedemikian berupa: turun dari tren di sebelah platform, menunggu, dan menaiki sebuah tren lain yang tiba di sebelah bertentangan.
Diingatkan bahawa pertukaran antara tren ke Ampang dan tren ke Sri Petaling juga boleh dilakukan di semua stesen lain antara laluan tunggal Sentul Timur dan Chan Sow Lin kerana bahagian aliran ini digunakan oleh kedua-dua tren ke Ampang dan ke Sri Petaling. Namun begitu, memandangkan stesen pertukaran Chan Sow Lin adalah satu-satunya stesen dalam laluan tunggal tersebut yang berplatform tengah dan dikongsi oleh kedua-dua tren ke Ampang dan ke Sri Petaling, maka stesen ini dapat melicinkan pertukaran antara kedua-dua cabang aliran.
Hubungan dengan Bas RapidKL [sunting]
Stesen LRT Chan Sow Lin boleh dicapai melalui bas RapidKL yang berikut:-
- U41 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Bandar Sungai Long melalui KTM Komuter Serdang - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U48 : KL Monorail Bukit Bintang - Desa Petaling - KL Monorail Bukit Bintang
|}