Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahmad Husni Hanadzlah)
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Seri
Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
SPMP, DPMP (Prk)
TAMBUN.JPG
Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 7 Julai 2016
Didahului olehNor bin Mohamed Yakcop
Digantikan olehJohari Abdul Ghani
Majoriti9,325 (PRU-13)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P63 Tambun, Perak
Dalam jawatan
26 April 1995 – 9 Mei 2018
Didahului olehNawawi Mat Awin
Digantikan olehAhmad Faizal Azumu
Butiran peribadi
Lahir (1952-07-21) 21 Julai 1952 (umur 66)
Negeri Perak Ipoh, Perak
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Fauziah binti Kamarudin
Anak-anak4
PekerjaanMalaysia Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen

Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merupakan bekas Menteri Kewangan II Malaysia. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen bagi bahagian Tambun di Perak.

Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak dan berketurunan Suku Banjar[1]. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Fauziah Kamarudin dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
  • 1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
  • 1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun

Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan Ahmad Husni menang di Tambun dengan majoriti sebanyak 7,084.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Ahmad Husni menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari PAS dengan majoriti 17,360.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tambun, negeri Perak. Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,942. Calon lawan ialah Mohamad Asri Othman dari PKR, mendapat 22,556 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 927.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada 3 November 2016, Dato' Seri Husni bersama 2 orang bekas menteri kabinet, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah disabitkan dengan Akta Hasutan 1948 kerana membidas dan mempertikai syarikat sarat hutang, 1MDB.

Rujukan[sunting | sunting sumber]