Pergi ke kandungan

Senarai stesen radio di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Senarai stesen radio Malaysia)

Radio di Malaysia telah berkembang pesat sejak diperkenalkan, dengan kewujudan lebih daripada 50 stesen radio yang merangkumi stesen milik kerajaan (menerusi RTM) atau swasta. Stesen-stesen ini beroperasi melalui siaran frekuensi radio dan juga platform dalam talian (walaupun ada perkhidmatan DAB+ dalam Malaysia)[1].

Sebahagian stesen radio swasta bersiaran di seluruh negara, antaranya seperti Astro Audio yang mempunyai Sinar, Hitz, Lite, Mix, MY, Melody, IKIMfm, Hot FM, Bapakku FM dan SORAfm.

Walau bagaimanapun, frekuensi siaran berbeza mengikut kawasan. Terdapat juga stesen radio swasta yang tidak bersiaran ke seluruh Malaysia, seperti 988 FM, Asyik FM, Best FM, BFM 89.9, Eight FM, Kool FM, THR Gegar, GoXuan, Manis FM, Molek FM, Rakita dan Zayan. Beberapa stesen seperti Fly FM dan Suria tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak, manakala Raaga pula tidak bersiaran di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Stesen ERA mempunyai tiga rangkaian berasingan, iaitu ERA untuk nasional, ERA Sabah untuk wilayah Sabah dan ERA Sarawak untuk wilayah Sarawak.

Di negeri Johor, pendengar dari Singapura dan Indonesia juga dapat menerima isyarat siaran radio dari Malaysia. Di Sabah dan Sarawak, perkembangan radio swasta menunjukkan peningkatan yang positif, dengan Cats FM sebagai stesen radio paling popular di Sarawak dan ERA Sabah sebagai stesen radio paling popular di Sabah. Selain itu, antara stesen radio tempatan yang popular di Sabah ialah KupiKupi FM. KupiKupi FM Sarawak pula mula beroperasi pada tahun 2023, manakala TEA FM kekal sebagai stesen radio swasta yang masih bersaing sehingga kini.

Stesen radio milik kerajaan (Radio Televisyen Malaysia)

[sunting | sunting sumber]

Radio Kebangsaan (seluruh Malaysia)

[sunting | sunting sumber]

Hari ini, RTM mengendalikan 6 stesen yang menggunakan frekuensi FM atau di televisyen seperti di Astro dan MyFreeview seperti Radio Klasik dan Nasional FM. Radio Muzik di Internet melalui RTM Klik bersama-sama semua stesen radio RTM di Malaysia.

Logo Stesen Bahasa Format Tagline Frekuensi
Radio Klasik Melayu Muzik klasik & nostalgia Menggamit Kenangan 87.7 - 107.9 FM
Nasional FM Informasi, bual bicara, muzik arus perdana Sentiasa Di Hati 88.1 - 107.1 FM
TraXX FM Inggeris Muzik kontemporari & hiburan Experience the Excitement 88.7 - 105.3 FM
Ai FM Mandarin Muzik & hiburan 越听越爱
Semakin mendengar, semakin suka
89.3 - 106.7 FM
Minnal FM Tamil Muzik & hiburan இளமை புதுமை இனிமை
Belia, kebaharuan, kemanisan
87.9 - 106.7 FM
Asyik FM Bahasa Orang Asli Kebudayaan & komuniti Moi Num Moi
Lain Dari Yang Lain
89.3 - 105.1 FM
Radio Muzik Melayu Muzik Kontemporari Stesen Muzik Anda Siaran Digital di Internet

Radio Wilayah dan Daerah

[sunting | sunting sumber]

RTM turut mengendalikan setiap radio di setiap negeri dan wilayah di Malaysia termasuk stesen radio daerah di Langkawi (Kedah), Sabah dan Sarawak. Pada tengah malam, semua stesen wilayah akan menyambung siar (Simulcast) dari Nasional FM (Kecuali Perlis FM yang akan menyambung siar dari Radio Klasik).

Stesen Bahasa Format Tagline Frekuensi Kawasan penyiaran
Perlis FM Melayu Informasi & tempatan Serasi Denganku 102.9 FM Perlis
Kedah FM Melayu Mesra Harmoni 88.5 - 105.7 FM Kedah
Mutiara FM Melayu Segalanya Untukmu 95.7 FM Pulau Pinang
Perak FM Melayu Untuk Kome Aje 89.6 - 104.1 FM Perak
Selangor FM Melayu Pilihan Tepat 100.9 FM Selangor
KL FM Melayu Rentak Interaktif Kota 97.2 FM Kuala Lumpur
Negeri FM Melayu Ingat Sampai Bila-bila 92.6 - 107.7 FM Negeri Sembilan
Melaka FM Melayu Mempersonakan 102.3 FM Melaka
Johor FM Melayu Permata Selatan 92.1 - 105.3 FM Johor & sebahagian Singapura
Pahang FM Melayu Satu Pilihan 88 - 107.5 FM Pahang
Terengganu FM Melayu Mesra Ceria 88.7 - 97.7 FM Terengganu
Kelantan FM Melayu Penuhi Citarasa Anda 88.1 - 107.2 FM Kelantan
Sarawak FM Melayu

(Loghat Melayu Sarawak)

Sehati Sejiwa 88.1 - 105.4 FM Sarawak
Wai FM Pelbagai (Iban, dll.) Etnik & kebudayaan Segulai Sejalai 101.3 FM, 11665 SW Sarawak
Red FM Cina Muzik & hiburan For Variety 89.2 - 107.8 FM Sarawak
Sabah FM Melayu

(Loghat Melayu Sabah)

Informasi & tempatan Bagus Bah 89.3 - 104.5 FM Sabah
Sabah V FM Pelbagai bahasa Pelbagai budaya V Good 91.1 - 107.1 FM Sabah
Labuan FM Melayu Informasi & tempatan Suara Pesisir Anda 103.7 FM WP Labuan

Stesen radio daerah

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 4 stesen di Sarawak, 3 stesen di Sabah dan 1 stesen di Pulau Langkawi, Kedah. Pada 7:00 malam, stesen-stesen ini akan bersambung siar dari stesen-stesen radio wilayah di setiap daerah.

Stesen Negeri Bahasa Format Tagline Frekuensi Kawasan penyiaran
Bintulu FM Sarawak Melayu Informasi & tempatan Ceria Bermaklumat 97.5 FM Bahagian Bintulu
Keningau FM Sabah Pelbagai Hebat Syoknya! 94.1 FM Bahagian Pedalaman Sabah
Langkawi FM Kedah Melayu Ya, Untukmu 104.8 FM Pulau Langkawi
Limbang FM Sarawak Pasti Di Hati 90.5 - 104.9 FM, 11665 SW Bahagian Limbang
Miri FM Mesra Bermaklumat 95.1 - 98 FM Bahagian Miri
Sandakan FM Sabah Bersamamu 90.1 FM Bahagian Sandakan
Sibu FM Sarawak Melayu & Cina Pangkalan Penyangkai Kitai !

Segalanya Untuk Anda !

99 FM Bahagian Sibu
Sri Aman FM Melayu Inspirasi Berinformasi 89.5 - 99.5 FM Bahagian Simanggang
Tawau FM Sabah Pilihan Anda 88.3 - 100.1 FM Bahagian Tawau

Stesen radio separa kerajaan

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Pemilik Bahasa Tagline Kawasan Penyiaran
IKIMfm Institut Kefahaman Islam Malaysia Bahasa Melayu Inspirasi Utama Anda Seluruh Malaysia
Bernama Radio Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Untuk Anda Lembah Klang, Kuching & Kota Kinabalu

Stesen radio swasta

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Bahasa Tagline Kawasan Liputan
ERA Melayu Muzik Hit Terkini Seluruh Semenanjung Malaysia
ERA Sabah Melayu

(Melayu Sabah)

Kota Kinabalu, Sandakan
ERA Sarawak Melayu

(Melayu Sarawak)

Seluruh Sarawak
Sinar Melayu Muzik Retro Terbaik Seluruh Malaysia
THR Gegar Melayu

(Kadangkala menggunakan Loghat Pantai Timur)

#1 Permata Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Zayan Melayu Destinasi Nasyid Anda Barat Semenanjung Malaysia & Pahang
Hitz Inggeris Malaysia's #1 Hit Station Seluruh Malaysia
Lite All Time Favourites
Mix Today's Best Music
MY Mandarin & Kantonis MY 好玩!
Melody 强打好歌,强大资讯
goXuan Mandarin Be Your Own Trend! Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur
Raaga Tamil ஆஹா... சிறந்த இசை! Barat Semenanjung Malaysia
Nama Radio Bahasa Tagline Kawasan Liputan
Hot FM Melayu Terbaik Sentiasa Hangat Bandar utama di Malaysia
Kool FM Malaysia Dah Kool Lembah Klang, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuching, Ipoh, Melaka & Johor Bahru
Molek FM Gu Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Fly FM[2] Inggeris Playing Malaysia's Flyest Music Seluruh Semenanjung Malaysia
Eight FM Mandarin 每次突破0.1 Lembah Klang, Alor Setar, Pulau Pinang, Seremban, Kota Kinabalu & Kuching

Dari Star Radio Group

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Bahasa Tagline Kawasan Liputan
Suria Melayu Muzik & Jiwa Seluruh Semenanjung Malaysia
988 FM Mandarin & Kantonis 友声有色 Barat Semenanjung Malaysia & Pahang

Dari BFM Media

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Bahasa Tagline Kawasan Liputan
BFM 89.9 Melayu & Inggeris The Business Station Lembah Klang

Stesen swasta lain

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Syarikat Bahasa Tagline Kawasan Liputan
Best FM Suara Johor Sdn Bhd Melayu Suara Dunia Baharu! Johor, Melaka & Lembah Klang
Manis FM Husa Network Sdn Bhd Gaya Pantai Timur Kelantan, Terengganu & Pahang
Cats FM Kristal Harta Sdn Bhd Melayu, Inggeris & Iban Tok Bok Lokal Sarawak
CITYPlus Ooga X Sdn Bhd Cina 让你每次收听都有收获 Lembah Klang
KupiKupi FM Ooga X Sdn Bhd Melayu, Kadazan, Inggeris & Iban Kita-Kita Juga Baini (Sabah)
Sama Dirik Pok (Sarawak)
Kota Kinabalu & Kuching
Rakita Radio Kita Sdn Bhd Melayu Muzik Paling Lit Lembah Klang
TEA FM RedBerry Media Sdn Bhd Mandarin & Inggeris 陪伴着你! Kota Kinabalu, Sibu & Kuching
SORAfm Sora Entertainment Melayu Muzik Viral, Syok Habis! Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapura

Stesen radio lain

[sunting | sunting sumber]

Dari universiti-universiti tempatan

[sunting | sunting sumber]
Nama Radio Pemilik Bahasa Frekuensi Waktu Siaran Kawasan Liputan Tahun Penubuhan
UFM Universiti Teknologi MARA Melayu 93.6 FM 7.00 pagi – 7.00 malam Lembah Klang 1997
Putra FM Universiti Putra Malaysia 90.7 FM 7.00 pagi – 7.00 malam Selangor dan sebahagian Kuala Lumpur 1998
UMSfm Universiti Malaysia Sabah Melayu

(Loghat Melayu Sabah)

91.1 FM 24 Jam Sabah 2010
Nama Radio Bahasa Frekuensi Waktu Siaran Kawasan Liputan Tahun Penubuhan
Salam FM Bahasa Melayu Frekuensi Asyik FM 11.00 malam – 8.00 pagi
(di luar waktu siaran Asyik FM)
Malaysia 15 Februari 2009

Stesen radio dalam talian tidak berdaftar dan berdaftar

[sunting | sunting sumber]

NOTA: Ada beberapa stesen yang tidak diketahui dari mana asal usulnya serta tahun pelancaran.

Nama Stesen Tahun Dilancarkan Pemilik Laman Web
Bapakku FM Ismahalil Hamzah [3]
SORAfm 2008 Stesen milik tunggal (tidak didedahkan pengasas) [4]
Desa FM 2006 Tidak jelas / Tiada maklumat rasmi [5]
GomoFM Tidak ditemui [6]
Jiwang FM Tidak ditemui [7]
Mnet.FM Tidak ditemui [8]
Frenzy.FM Tidak ditemui [9]
IkonFM Tidak ditemui
Radio Kita Tidak ditemui [10]
Amboi FM Radio komuniti, termasuk penyampai kurang penglihatan [11]

Stesen radio yang ditutup

[sunting | sunting sumber]
Radio Tarikh Ditamatkan Pemilik Asal Digantikan oleh Frekuensi Nota
BBC World Service (siaran Melayu) 31 Mac 1991 BBC BBC World Service (siaran rasmi)[12] Siaran Melayu dihentikan susulan kekurangan kewangan terhadap BBC.
TalkRadio 8 Jun 1998 Astro Audio My FM (kini MY) Frekuensi diambil alih oleh My FM.
Classic Rock Era FM (kini ERA) Masih disiarkan melalui dekoder Astro dan aplikasi SYOK dengan nama SYOK Classic Rock.
RfM 2003 Star Media Radio Group 988 FM, Red FM (kini Zayan), Radio IKIM 98.8 FM. Kemudian 91.5 FM. Dan 104.9 FM Diambil alih selepas beberapa pertukaran frekuensi.
Time Highway Radio 1 Januari 2005 Radio Lebuhraya Sdn. Bhd. THR Raaga, THR Gegar

(Astro Audio)

Nama THR digugurkan; stesen dibahagikan mengikut segmen dan bahasa selepas dimiliki oleh Astro.
wow.fm 2003 NTV7 Hot FM (Media Prima) 97.6 FM Frekuensi asal diambil alih kerana masalah kewangan NTV7 dan pengambil daripada Media Prima.
Info FM 31 Disember 2006 Radio Televisyen Malaysia Asyik FM 91.1 FM Waktu siaran ditamatkan akibat penambahan waktu siaran Asyik FM.
Wanita FM 2008 Media Prima Audio One FM (kini Eight FM) 88.1 FM Dijenamakan semula. Bersiaran di Lembah Klang.
FMJB (Radio Bandaraya Johor Bahru) Mac 2011 Radio Televisyen Malaysia Johor FM, Bernama Radio (Frekuensi) 107.5 FM Awalnya sebagai pelengkap Johor FM untuk FM Stereo. Bergabung dengan Johor FM.
Suara Malaysia 1 & 2 31 Ogos 2011 Salam FM Siaran Suara Islam digantikan Salam FM, siaran Asyik FM dilanjutkan.
Muzik FM 2012 Nasional FM Pada 2024, Muzik FM kembali dengan nama Radio Muzik dan tersedia di RTM Klik.
XFM 8 Julai 2012 Astro Audio Melody Frekuensi digantikan Melody; siaran internet sehingga 2017.
Pi Mai FM 2015 Laureate Sdn. Bhd. Kool FM (Media Prima) 90.2 FM Frekuensi diambil alih selepas pengambilalihan oleh Media Prima.
Ultra FM September 2015 Kool FM (Media Prima) 101.3 FM Disiarkan di Lembah Klang; dilancarkan semula Mac 2016.
Capital FM Hujung September 2015 Star Media Radio Group GoXuan 88.9 FM Frekuensi Lembah Klang; diambil alih Astro Radio pada 2016.
Red FM 31 Disember 2015 Zayan (Astro Audio) Masih menyiarkan lagu dan laporan trafik pada 2016. Diambil alih oleh Astro.
iM4U FM 29 Jun 2018 iM4U Sdn. Bhd. Rakita 107.9 FM Siaran terhad sehingga Disember 2018.
Suria 9 November 2019 Star Media Radio Group 105.9 FM Ditamatkan di Kota Kinabalu, Sabah.
Kool 101 29 November 2021 Media Prima Audio Hot FM, Molek FM 88.6 FM & 93.6 FM Frekuensi Kota Bharu & Kuala Terengganu serta penjenamaan semula.
8FM 25 September 2022 Molek FM 100.4 FM Frekuensi Kuantan.
CITYPlus April 2020 Ooga X Sdn. Bhd. KupiKupi FM 92.5 FM Frekuensi Kuching.
KK12FM 1 Mac 2023 Ben Uzair 89.5 FM Kota Kinabalu.

Stesen paling didengar

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Stesen Kumpulan Daripada jumlah dengaran (%)
1 Hot FM Media Prima Berhad 100.00%
2 Era Astro Audio 99.92%
3 Suria Star Media Radio Group 90.95%
4 Sinar Astro Audio 87.99%
5 Eight FM Media Prima Berhad 86.55%
6 Radio Klasik Radio Televisyen Malaysia 85.00%
7 Kool 101 Media Prima Berhad 83.99%
8 SORAfm Sora Entertaiment 83.70%
9 BFM 89.9 83.59%
10 Hitz Astro Audio 83.20%
11 Mix 83.00%
12 Melody 80.00%
13 MY 76.99%
14 Ai FM Radio Televisyen Malaysia 73.22%
15 Nasional FM 71.99%
16 Gegar Astro Audio 71.99%
17 TraXX FM Radio Televisyen Malaysia 69.99%
18 Molek FM Media Prima Berhad 69.90%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ DAB+ di Malaysia masih dalam percubaan.
  2. ^ Stesen ini selalu membandingkan dengan stesen dari Astro Audio iaitu Hitz dan Mix untuk pendengar menukar ke stesen ini kerana Hitz dan Mix seperti tidak relevan di mata rakyat Malaysia.
  3. ^ https://listenonlineradio.com/my/bapakku-fm
  4. ^ https://sorafm.online
  5. ^ http://www.desa.fm/
  6. ^ http://www.komuniti.gomofm.org/news.php
  7. ^ http://www.jiwangfm.org
  8. ^ http://www.mnetfm.net/
  9. ^ http://www.frenzyspace.org
  10. ^ http://malaysiaexpress.net/radiokita.html
  11. ^ http://amboifm.iradio.work/
  12. ^ "BBC Audio | World Service | Listen Live". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-06.