Institusi hak asasi manusia kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Institusi hak asasi manusia kebangsaan (NHRI) merupakan institusi bebas berasaskan negara dengan tanggungjawab untuk melindungi dan menyokong serta menyebarkan hak asasi manusia secara meluas di negara tertentu. Penubuhan institusi sedemikian telah digalakkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), yang menyediakan khidmat nasihat dan sokongan, serta menyenangkan akses NHRI kepada badan perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jawatankuasa lain yang terlibat. [1] Terdapat lebih daripada seratus institusi sedemikian yang dinilai oleh semakan rakan sebaya sebagai mematuhi piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditegaskan dalam Prinsip Paris . Pematuhan Prinsip adalah sesuatu yang asas untuk pentauliahan PBB, yang jarang bagi institusi NHRI tetapi dikendalikan secara langsung oleh badan PBB tetapi oleh jawatankuasa kecil Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI) yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kecil. mengenai Akreditasi . [2] Sekretariat kepada proses semakan (untuk pentauliahan awal, dan pentauliahan semula setiap lima tahun) disediakan oleh Bahagian Institusi Kebangsaan dan Mekanisme Serantau OHCHR. [3]

NHRI boleh dibahagi kepada dua kategori utama: suruhanjaya hak asasi manusia dan ombudsperson . Walaupun kebanyakan ombudsperson melanjutkan pemimpinan mereka kepada seorang ketua, [4] suruhanjaya hak asasi manusia diketuai oleh lembaga pelbagai ahli, selalunya melibatkan wakil-wakil daripada pelbagai kumpulan rakyat. NHRI kadangkala ditubuhkan untuk menangani isu khusus (contohnya) diskriminasi, walaupun Prinsip Paris menekankan mereka untuk menjadi badan yang mempunyai tanggungjawab yang lebih luas. Institusi kebangsaan khusus juga wujud di banyak negara untuk melindungi hak kumpulan terdedah tertentu seperti minoriti etnik dan bahasa, orang asli, kanak-kanak, pelarian, orang kurang upaya atau wanita .

Walau bagaimanapun, institusi hak asasi manusia kebangsaan di bawah ketaatan dan kepatuhan Prinsip Paris mempunyai mandat hak asasi manusia yang harus merangkumi kedua-dua fungsi iaitu penyebaran dan perlindungan. [5] Antaranya termasuklah penyelidikan, dokumentasi dan latihan serta pendidikan isu hak asasi manusia, daripada model ombudsman klasik yang biasanya mielibatkan penanganan aduan tentang kekurangan pentadbiran. Walaupun semua pelanggaran hak asasi manusia adalah salah tadbir, terdapat hanya sebahagian kecil daripada beban kerja ombudsman menangani pelanggaran piawaian hak asasi manusia. [6]

Kebanyakan negara merujuk kepada perlembagaan sebagai akta hak asasi manusia atau perundangan khusus institusi yang akan memperuntukkan penubuhan institusi hak asasi manusia kebangsaan. Tahap kebebasan dan hak asasi diri sendiri bagi institusi ini bergantung pada undang-undang negara, dan amalan terbaik memerlukan asas perlembagaan atau berkanun dan bukannya (contohnya) dekri presiden.

Institusi hak asasi manusia negara juga dirujuk oleh Deklarasi Vienna dan Program Tindakan [7] dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya . [8]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya khas telah ditubuhkan dalam banyak negara untuk memastikan bahawa undang-undang dan peraturan mengenai perlindungan hak asasi manusia bagi negara tersebut, digunakan secara berkesan dan bermanfaat kepada semua orang. Suruhanjaya biasanya terdiri daripada ahli dari pelbagai latar belakang, selalunya dengan minat, kepakaran atau pengalaman tertentu dalam bidang hak asasi manusia.

Suruhanjaya hak asasi manusia mengambil berat terutamanya terhadap perlindungan mereka yang berada dalam bidang kuasa negara menentang diskriminasi atau penganiayaan, dan dengan perlindungan kebebasan sivil dan hak asasi manusia yang lain. Sesetengah suruhanjaya bimbang dengan dakwaan pencabulan mana-mana hak yang diiktiraf dalam perlembagaan dan/atau dalam instrumen hak asasi manusia antarabangsa .

Antara salah satu fungsi paling penting yang dapat diberikan kepada banyak suruhanjaya hak asasi manusia adalah untuk penerimaan dan penyiasat aduan daripada individu (kadangkala dalam golongan kumpulan) yang mendakwa pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan dengan melanggar undang-undang negara sedia ada. Walaupun terdapat banyak perbezaan dalam proses yang diikuti oleh pelbagai suruhanjaya hak asasi manusia dalam penyiasatan dan penyelesaian aduan, kebanyakannya bergantung pada perdamaian atau timbang tara . Ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi suruhanjaya hak asasi manusia diberi kuasa untuk mengenakan sesuatu perkara yang mengikat secara sah kepada mereka yang mengadu. Jikalau terdapat bahawa tiada tribunal khas ditubuhkan, suruhanjaya itu mungkin dibenarkan memindah aduan yang tidak dapat diselesaikan ke mahkamah untuk penentuan muktamad.

NHRI biasanya dapat menangani sebarang isu hak asasi manusia yang melibatkan pihak berkuasa awam secara langsung. Berhubung dengan entiti bukan negara, beberapa institusi hak asasi manusia negara mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada fungsi berikut:

  • menangani rungutan atau pertikaian yang melibatkan jenis syarikat tertentu (contohnya perusahaan milik kerajaan, syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan awam, atau syarikat yang beroperasi di peringkat persekutuan)
  • menangani hanya sejenis isu hak asasi manusia tertentu (contohnya tanpa diskriminasi atau hak buruh )
  • menangani aduan atau pertikaian yang menimbulkan sebarang isu hak asasi manusia dan melibatkan mana-mana syarikat. [9]

Selain itu, mereka boleh mempromosikan dan melindungi tanggungjawab negara dan hak individu dengan:

  • memberikan nasihat kepada negara untuk membantu menentukan kewajipan dan komitmen hak asasi manusia antarabangsa dan domestiknya
  • menerima, menyiasat dan menyelesaikan aduan hak asasi manusia
  • menyediakan pendidikan dan publisiti hak asasi manusia untuk semua lapisan masyarakat (terutamanya kumpulan minoriti seperti pelarian)
  • memantau keadaan hak asasi manusia di negeri ini dan tindakan seterusnya
  • melibatkan diri dengan masyarakat antarabangsa hak asasi manusia untuk memperjuangkan syor hak asasi manusia dan untuk membangkitkan isu-isu mendesak untuk negara. [10]

Proses ataupun penubuhan sebaran dan didkian bagi hak asasi manusia mungkin melibatkan makluman kepada rakyat mengenai fungsi dan tujuan suruhanjaya itu sendiri; menimbulkan perbincangan tentang pelbagai persoalan yang penting dalam bidang hak asasi manusia; penubuhan seminar; mengadakan perkhidmatan kaunseling serta mesyuarat; tambahan lagi menghasilkan dan menyebarkan penerbitan hak asasi manusia. [10] Selain itu, lagi fungsi penting suruhanjaya hak asasi manusia ialah mengkaji secara sistematik dasar hak asasi manusia kerajaan untuk mencari dan mengesan kelemahan dalam pematuhan hak asasi manusia dan mencadangkan cara untuk menambah baikkannya. [10] Perkara ini selalunya melibatkan pembuktian hak asasi manusia bagi draf undang-undang. Tahap pengesyoran atau ketetapan yang dilanjutkan oleh institusi hak asasi manusia boleh dikuatkuasakan secara berbeza-beza berdasarkan iklim hak asasi manusia di sekeliling institusi yang dinyatakan.

Suruhanjaya hak asasi manusia juga memantau pematuhan negara terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan sendiri dan jika perlu, mengesyorkan perubahan. Kesedaran hak asasi manusia tidak boleh dicapai semata-mata melalui perundangan dan pengaturan pentadbiran; oleh itu, suruhanjaya sering diamanahkan dengan tanggungjawab penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi manusia.

Menurut Prinsip Paris, institusi hak asasi manusia negara diwajibkan untuk membuat "penyediaan laporan mengenai situasi negara berkenaan hak asasi manusia secara umum, dan mengenai perkara yang lebih khusus"; dan ini kebanyakannya dilakukan dalam laporan status tahunan. [11]

Sebab penubuhan institusi hak asasi manusia kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Majlis Antarabangsa mengenai Dasar Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa NHRI ditubuhkan melalui tiga cara utama: Untuk negara yang mengalami konflik (biasanya dalaman seperti Afrika Selatan, Ireland atau Sepanyol), atau untuk bertindak balas terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau. [12] NHRI juga boleh ditubuhkan sebagai keselamatan institusi visual, sebagai badan yang dilihat menangani isu-isu lazim (seperti yang dilihat di Mexico dan Nigeria), atau akhirnya untuk menyokong dan menyatukan perlindungan hak asasi manusia yang lain (seperti di Australia dan New Zealand ). Kerajaan negara ingin menubuhkan institusi yang menyokong pendapat dan identiti budaya mereka sendiri dengan lebih berkesan. Dalam hal ini mereka membolehkan negeri menetapkan agenda mereka sendiri yang menyokong keperibadian mereka. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan resolusi pada tahun 1992 yang mengesyorkan promosi institusi sedemikian oleh kerajaan yang belum mempunyainya, dan juga menggalakkan pembangunan institusi yang terdapatnya. [12] Pada akhir Abad ke-20, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil alih tugas yang memerlukan penglibatan antarabangsa. Perjanjian hak asasi manusia serantau juga menggalakkan pembangunan dan penubuhan institusi hak asasi manusia ini kerana bantuan teknikal disediakan melalui pengaturan antarabangsa (seperti Forum Asia-Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan). [12]

Terdapat NHRI di beberapa negara anggota yang bekerja di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat serantau (contohnya, di Kesatuan Eropah). [13] Institusi-institusi tersebut mungkin berfungsi sebagai prosedur pencegahan bagi kumpulan yang tidak berdiskrimasi golongan minoriti atau jenayah di peringkat antarabangsa (seperti penyeksaan). [13] Kuasa dan kepakaran yang lazim dimiliki oleh NHRI memberikan mereka keupayaan untuk menggalakkan layanan yang seimbang. Akhirnya ia adalah sesuatu yang amat berguna dalam membantu negara mematuhi piawaian hak antarabangsa dengan menyediakan perspektif objektif yang unik dan menangani serta menyelesaikan isu di peringkat domestik. [13]

NHRI digabungkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. NHRI melindungi dan menyediakan penyelesaian yang komprehensif dan lebih meluas. Walaupun begitu, terdapat beberapa negeri yang menolak persepsi melaksanakan sekatan ini, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat mencapai perjalan tersebut, iaitu pemantauan meluas dan analitikal negara. Dengan keinginan untuk menjadi NHRI yang sah dan berwibawa, NHRI tersebut mestilah bebas dan berkesan. [14] Antara salah satu alat paling berkesan yang dimiliki oleh NHRI ialah peranan unik mereka yang antara tanggungjawab kerajaan dan hak masyarakat sivil serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ruang ini membolehkan NHRI peranan tersendiri secara positif, maka bertindak sebagai perkhidmatan perlindungan yang berbeza untuk rakyat dan alat unik yang tersedia untuk memastikan negeri dan badan lain bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia. [14] Walau bagaimanapun, menjadi bebas daripada kerajaan dan NGO memberikan kesukaran yang lebih besar apabila pembiayaan, dan hubungan kerja diambil kira. [14] Kebanyakan negara menerima pembiayaan kerajaan, dan juga dicipta dan dilantik oleh badan kerajaan. [14] Ini mewujudkan kewajipan yang selari dan mencemarkan idea autonomi institusi dan meningkatkan keseksaan untuk meneruskan agenda individu mereka.

Prinsip Paris[sunting | sunting sumber]

Prinsip Paris telah dibuubarkan dalam persidangan pada tahun 1991 yang diadakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [13] Walaupun keutamaan dan struktur mereka bagi setiap negara berbeza, prinsip tersebut mempunyai ciri-ciri teras yang berlainan. [15] Bahagian A.3 Prinsip Paris yang diterima guna pada bulan Mac tahun 1993 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan bahawa tanggungjawab NHRI adalah untuk meratifikasi perjanjian hak asasi manusia dan bertindak kerjasama dengan mekanisme ataupun prosedur dalam hak asasi manusia. Cadangan bengkel menyediakan asas untuk menilai keberkesanan dan kebebasan NHRI, mengenal pasti enam kriteria utama bagi negeri yang ingin menubuhkan institusi tersebut atau menjadi berkesan:

  • kebebasan daripada kerajaan (membenarkan mereka bertindak sebagai semak atau seimbang)
  • kemerdekaan mestilah diberikan daripada perlembagaan atau perundangan (dari segi kewangan dan sebagainya)
  • kuasa penyiasatan yang sesuai tanpa rujukan daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi atau penerimaan aduan individu
  • pluralisme, membolehkan mereka hidup bersama dengan badan pentadbir
  • kewangan dan sumber manusia yang mencukupi
  • mandat yang jelas dan luas termasuk perlindungan dan sebaran hak asasi manusia sejagat. [16]

NHRI yang sepenuhnya mematuhi kriteria-kriteria asas ini dan telah menunjukkan kebebasan mereka diberi "status A", manakala NHRI yang hanya memenuhi sebahagian daripada kriteria ternyata menerima "status B". Mereka yang diiktirafkan "status A" dibolehkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mekanisme ataupun prosedurnya. Jawatankuasa Kecil Akreditasi menentukan "status" bagi setiap NHRI yang boleh dirayu kepada Pengerusi GANHRI dalam tempoh 28 hari. [17] NHRI "status C" dilabelkan sedemikian atas sebab pendapat tidak menyokong atau mematuhi Prinsip Paris, tetapi mungkin masih mengambil bahagian dalam perhimpunan hanya sebagai pemerhati. [13] Jawatankuasa tersebut menyemak keputusan ini setiap lima tahun, membenarkan pelbagai peluang dan opurtuniti berbeza kepada institusi agar menunjukkan kebebasan dan pematuhan lebih lanjut dengan Prinsip Paris. Bermotif bagi menjadi lebih telus, cergas dan teliti dalam penilaiannya, jawatankuasa akan memberikan nasihat tentang cara terbaik untuk memperoleh "status A" dan mematuhi Prinsip Paris.

Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), yang pada permulaannya lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi Kebangsaan bagi Penggalakan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia (ICC), merupakan sesuatu badan perwakilan institusi seluruh dunia. Matlamat pertama mereka adalah untuk membangunkan dan mewujudkan NHRI yang berkesan dan bebas pada peringkat dunia. [18] Institusi ini memenuhi keperluan "status A" (ahli mengundi) Prinsip Paris dan menggalakkan kerjasama antara institusi. [18] Selain menganjurkan persidangan antarabangsa untuk NHRI, penubuhan tersebut juga akan membantu institusi yang memerlukan bantuan dan kadangkala akan membantu kerajaan untuk mewujudkan NHRI atas permintaannya. [18]

Institut Ombudsman Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

NHRI boleh menangani isu-isu yang termasuk penyeksaan, diskriminasi, penglibatan alam sekitar, hak pekerjaan dan sebagainya. [14] Menambah pula kepada suruhanjaya hak asasi manusia, institusi tersebut dibenarkan untuk dibentuk atau digubal sebagai ombudsman atau ombudsman hak asasi manusia kacukan. [14] Institut Ombudsman Antarabangsa menyediakan sokongan untuk institusi ombudsman kebangsaan untuk hak asasi manusia yang sama melindungi dan menyebarkan kepentingan hak asasi manusia. Mereka lebih mementingkan proses pentadbiran negeri dan menerima dan membuat aduan berkenaan dengan sebarang pelanggaran atau kebimbangan hak asasi manusia yang sistematik. [19]

Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa NHRI[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa Penyelaras antarabangsa NHRI ditubuhkan pada tahun 1993 dengan Biro yang dianggotai oleh seorang wakil dari negara Amerika Syarikat, Asia Pasifik, benua Afrika dan benua Eropah. [20] Jawatankuasa Penyelaras menganjurkan mesyuarat setiap tahun dan persidangan dwitahunan yang memberi kemudahan dan sokongan bagi penglibatan NHRI dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [20] Dalam perhimpunan ini, NHRI berkongsi kepakarannya mengenai perkara tertentu dan melibatkan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), yang bertindak sebagai Sekretariat Jawatankuasa Penyelaras. Dengan tujuan memudahkan dialog NHRI dengan rakyat sivil, Jawatankuasa Penyelaras juga mengadakan forum NGO. Jawatankuasa Penyelaras juga mungkin diminta oleh kerajaan untuk membantu dalam membuat NHRI baharu atau membangunkan NHRI yang sedia ada. [20] Namanya ditukar kepada GANHRI pada 2016 .

Bukan semua maklumat yang dirujuk adalah daripada GANHRI

Afghanistan
Afghan Independent Human Rights Commission
Albania
People's Advocate
Algeria
National Human Rights Commission of Algeria
Angola
Justice and Rights Ombudsman (Provedor de Justiça e de direitos)
Antigua and Barbuda
Office of the Ombudsman
Argentina
Public Defender (Defensoría del Pueblo de la Nación Argentina) (Ombudsman)
Armenia
Human Rights Defender of Armenia
Australia
Australian Human Rights Commission
Austria
Austrian Ombudsman Board
Azerbaijan
Human Rights Commissioner
Bahrain
National Institution for Human Rights
Barbados
Ombudsman
Bangladesh
National Human Rights Commission
Belgium
Centre for equal opportunities and opposition to racism
Belize
Office of the Ombudsman
Bénin
Bénin Human Rights Commission
Bermuda
Bermuda Ombudsman
Bolivia
Public Defender (Defensor del Pueblo)
Bosnia and Herzegovina
Human Rights Chamber for Bosnia and Herzegovina (pre-2003 cases)
Human Rights Ombudsman of Bosnia and Herzegovina (current cases)
Bulgaria
Bulgarian Parliamentary Ombudsman
Burkina Faso
National Human Rights Commission of Burkina Faso
Cameroon
National Commission on Human Rights and Freedoms
Canada
Canadian Human Rights Commission
Chad
Chad National Human Rights Commission
Colombia
Ombudsman's Office of Colombia
Democratic Republic of the Congo
National Human Rights Observatory (DR Congo)
Republic of the Congo
National Human Rights Commission (Republic of the Congo)
Costa Rica
Defender of the Inhabitants (Defensoria de los Habitantes)
Croatia
Office of the Croatian Ombudsman
Cyprus
National Institute for the Protection of Human Rights
Czech Republic
Public Defender of Rights (Czech Republic)
International Human Rights Commission (IHRC)
Denmark
Danish Institute for Human Rights
Ecuador
Defensoría del Pueblo del Ecuador
Egypt
National Council for Human Rights
El Salvador
Human Rights Procurator (Procuraduría de Defensa de los Derechos Humanos)
Ethiopia
Ethiopian Human Rights Commission
Fiji
Fiji Human Rights Commission
Finland
Parliamentary Ombudsman
France
Commission nationale consultative des droits de l'homme
Gabon
National Human Rights Commission
Georgia
Office of Public Defender of Georgia
Germany
German Institute for Human Rights (Deutsches Institut für Menschenrechte)
Ghana
Commission on Human Rights and Administrative Justice CHRAJ
Great Britain (UK)
Equality and Human Rights Commission (EHRC) – see also Scotland
Greece
National Human Rights Commission (Εθνική Επιτροπή για τα Δικαιώματα του Ανθρώπου)
Guatemala
Procurator for Human Rights (Procurador de los Derechos Humanos)
Guyana
Office of the Ombudsman
Haiti
Office de la Protection du Citoyen
Honduras
National Human Rights Commissioner (Comisionado Nacional de Derechos Humanos)
Hong Kong
Equal Opportunities Commission (Hong Kong)
Hungary
Commissioner for Fundamental Rights
India
National Human Rights Commission (India)
Indonesia
National Commission on Human Rights (Komnas HAM)
Iran
Defenders of Human Rights Center
Islamic Human Rights Commission
Ireland
Irish Human Rights and Equality Commission
Italy
Commissione per i Diritti Umani
Jamaica
Office of the Public Defender (Jamaica)
Jordan
National Centre for Human Rights (Jordan)
Kazakhstan
Commissioner for Human Rights
Kenya
Kenya National Commission on Human Rights (KNCHR)
Korea, Republic of
National Human Rights Commission of Korea
Kosovo (Under United Nations Administration via UN Resolution 1244)
Ombudsperson Institution in Kosovo
Kyrgyzstan
Ombudsman of the Kyrgyz Republic
Latvia
Rights' Defender
Lithuania
The Seimas Ombudsmen
Luxembourg
Consultative Commission of Human Rights (Luxembourg)
Macedonia
Human Rights Ombudsman of Macedonia
Madagascar
National Human Rights Commission (Madagascar)
Malawi
Malawi Human Rights Commission
Malaysia
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
Maldives
Human Rights Commission of the Maldives
Mali
Commission nationale consultative des droits de l’homme (Mali)
Mauritania
Commissariat aux Droits de l’Homme, a la Lutte contre la Pauvreté et l’Insertion (Mauritania)
Mauritius
National Human Rights Commission (Mauritius)
Mexico
National Human Rights Commission (Mexico)
Moldova
Centre for Human Rights of Moldova
Mongolia
National Human Rights Commission (Mongolia)
Montenegro
Office of the Ombudsman of the Republic of Montenegro
Morocco
National Human Rights Council
Myanmar (Burma)
Myanmar National Human Rights Commission
Namibia
Office of the Ombudsman (Namibia)
Nepal
National Human Rights Commission (Nepal)
Netherlands
Netherlands Institute for Human Rights
New Zealand
Human Rights Commission (HRC)
Nicaragua
Human Rights Procurator (Procuraduría para la Defensa de los Derechos Humanos)
Niger
Nigerien National Commission on Human Rights and Fundamental Liberties
Nigeria
National Human Rights Commission (Nigeria)
Northern Ireland (UK)
Northern Ireland Human Rights Commission (NIHRC)
Norway
Norwegian National Human Rights Institution
Palestine
Palestinian Independent Commission for Citizen's Rights
Pakistan
National Commission for Human Rights, Pakistan
Panama
Defensoría del Pueblo de la República de Panamá
Paraguay
Defensoría del Pueblo de la República del Paraguay
Peru
Public Defender (Defensoría del Pueblo)
Philippines
Commission on Human Rights (Philippines)
Poland
Commissioner for Civil Rights Protection (ombudsman)
Portugal
Provedor de Justiça
Puerto Rico
Oficina del Procurador del Ciudadano
Qatar
National Committee for Human Rights (Qatar)
Romania
Ombudsman (Avocatul Poporului)
Russia
Commissioner for Human Rights (Russia)
Ombudsman#Russia
Rwanda
National Commission for Human Rights (Rwanda)
Saint Lucia
Office of the Parliamentary Commissioner (St Lucia)
Samoa
Office of the Ombudsman
Scotland (UK)
Scottish Human Rights Commission (SHRC) – see also Great Britain
Senegal
Senegalese Committee for Human Rights
Serbia
Office of the Ombudsman of the Republic of Serbia
Sierra Leone
Human Rights Commission of Sierra Leone
Slovakia
Slovak National Centre for Human Rights
Slovenia
Human Rights Ombudsman (Slovenia)
South Africa
South African Human Rights Commission (SAHRC)
Commission for the Promotion and Protection of the Rights of Cultural, Religious and Linguistic Communities (CRL Rights Commission)
Commission for Gender Equality (CGE)
Public Protector
South Sudan
South Sudan Human Rights Commission (SSHRC)[21]
Spain
Defensor del Pueblo (Ombudsman)
Sri Lanka
National Human Rights Commission (Sri Lanka)
Sudan
National Human Rights Commission (Sudan)
Sweden
Parliamentary Ombudsman (JO)
Children's Ombudsman (Sweden) (BO)
Discrimination Ombudsman (Sweden) (DO)
Switzerland
Federal Commission against Racism (Switzerland)
Taiwan
National Human Rights Commission (Taiwan)
Tanzania
Commission for Human Rights and Good Governance (Tanzania)
Thailand
National Human Rights Commission (Thailand)
Timor Leste
Office of the Provedor for Human Rights and Justice (Timor Leste)
Togo
National Human Rights Commission (Togo)
Trinidad and Tobago
Office of the Ombudsman of Trinidad and Tobago
Tunisia
Higher Committee on Human Rights and Fundamental Freedoms (Tunisia)
Turkey
Human Rights and Equality Institution of Turkey
Ombudsman Institution
Uganda
Uganda Human Rights Commission (UHRC)
Ukraine
Ombudsman in Ukraine
United Kingdom
see Great Britain; Northern Ireland; Scotland
United States
United States Commission on Civil Rights
Uzbekistan
Authorized Person of the Oliy Majlis of the Republic of Uzbekistan for Human Rights (Ombudsman)
Venezuela
Defensoría del Pueblo (Venezuela)
Zambia
Permanent Human Rights Commission (Zambia)

Perkumpulan serantau[sunting | sunting sumber]

Institusi hak asasi manusia sub-nasional[sunting | sunting sumber]

Australia
Lembaga Anti-Diskriminasi New South Wales
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Peluang Sama rata Victoria
Suruhanjaya Peluang Sama Rata (Australia Selatan)
Suruhanjaya Peluang Sama Sama (Australia Barat)
Suruhanjaya Anti Diskriminasi Queensland
Pejabat Pesuruhjaya Anti Diskriminasi (Tasmania)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Wilayah Ibu Kota Australia)
Suruhanjaya Anti Diskriminasi Wilayah Utara
Kanada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan Alberta
Tribunal Hak Asasi Manusia British Columbia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ontario
United Kingdom
Tiga badan UK (Great Britain, Ireland Utara, Scotland) disenaraikan di atas kerana mereka masing-masing diiktiraf sebagai NHRI.
Sepanyol
Setiap wilayah Sepanyol mempunyai ombudsman sendiri.
Korea Selatan
Peringkat Wilayah dan Metropolis
Suruhanjaya Penggalakan Hak Asasi Manusia Wilayah (Wilayah Chungcheong Selatan)
Suruhanjaya Promosi Hak Asasi Manusia Wilayah (Wilayah Gangwon)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Seoul
Ombudsman Hak Asasi Manusia (Gwangju)
Majlis Rakyat untuk Promosi Hak Asasi Manusia ialah majlis penasihat untuk Ombudsman
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ulsan
Pendidikan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk Pelajar, Pejabat Pendidikan Wilayah Gyeonggi
Peguambela Hak Asasi Manusia untuk Pelajar (Wilayah Gyeonggi)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk Pelajar, Pejabat Pendidikan Metropolitan Seoul
Peguambela Hak Asasi Manusia untuk Pelajar (Seoul)

Rujuk juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GANHRI". Dicapai pada 2020-10-26.
  2. ^ Langtry, David; Roberts Lyer, Kirsten (2021). National Human Rights Institutions: Rules, Requirements and Practice. Oxford University Press. m/s. Chapter 2. ISBN 978-0-19-882910-2.
  3. ^ "OHCHR". OHCHR. Dicapai pada 2020-10-26.
  4. ^ Reif, Linda C. (2020). Ombuds Institutions, Good Governance and the International Human Rights System. Brill. ISBN 9789004273962.
  5. ^ "Sub-Committee on Accreditation General Observation 1.2 (2018)". GANHRI Website. Dicapai pada 21 March 2022.
  6. ^ Lindsnaes, Birgit; Lindholt, Lone; Yigen, penyunting (2001). National Human Rights Institutions, Articles and working papers, Input to the discussions of the establishment and development of the functions of national human rights institutions (PDF). The Danish Institute for Human Rights. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 28 April 2004.
  7. ^ Vienna Declaration and Programme of Action, Part II para 84
  8. ^ Convention on the Rights of Persons with Disabilities, Article 33
  9. ^ "National Human Rights Institutions". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-08.
  10. ^ a b c "What are national human rights institutions? | Asia Pacific Forum". www.asiapacificforum.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ "Paris Principles". National Human Rights Institutions Forum. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-08.
  12. ^ a b c Cardenas, Sonia (2014-03-05). Chains of Justice: The Global Rise of State Institutions for Human Rights (dalam bahasa Inggeris). University of Pennsylvania Press. ISBN 978-0-8122-4539-4.
  13. ^ a b c d e Handbook on the establishment and accreditation of National Human Rights Institutions in the European Union. Vienna: European Union Agency for Fundamental Rights. 2012. ISBN 978-92-9192-993-1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ a b c d e f Smith, Anne (November 2006). "The Unique Position of National Human Rights Institutions: A Mixed Blessing?" (PDF). Human Rights Quarterly. 28 (4): 904–946. doi:10.1353/hrq.2006.0054. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ "Paris Principles | Asia Pacific Forum". www.asiapacificforum.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-10.
  16. ^ "Paris Principles | Asia Pacific Forum". www.asiapacificforum.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-09-08.
  17. ^ "International Coordinating Committee". International Justice Resource Center (dalam bahasa Inggeris). 2012-11-28. Dicapai pada 2017-09-08.
  18. ^ a b c "Human Rights Commission :: National human rights institutions". www.hrc.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-17. Dicapai pada 2017-09-10.
  19. ^ "The IOI" (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2017-09-10.
  20. ^ a b c "International Coordinating Committee". International Justice Resource Center (dalam bahasa Inggeris). 2012-11-28. Dicapai pada 2017-09-10.
  21. ^ "Interim Report on South Sudan Internal Conflict – December 15, 2013 – March 15, 2014" (PDF). South Sudan Human Rights Commission. 2014-03-22. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2017-06-11. Dicapai pada 2019-11-01.

Bacaan dan rujukan lain[sunting | sunting sumber]

6Bibliografi sumber NHRI yang dikemas kini secara berkala (halaman web, penerbitan, penyelidikan) tersedia di Forum Asia-Pasifik halaman web NHRI LINK

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Human rightsTemplat:International human rights organizations

Templat:International human rights legal instruments