Kampung Kinasaraban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kampung Kinasaraban
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Kinasaraban
Flag
Mohor rasmi Kampung Kinasaraban
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu kebangsaan: 

Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriSabah
Daerah Kota Belud
KampungKampung Kinasaraban
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
89150
Kod kawasan087 Federal Territory (Malaysia) Labuan Interior Division, Sabah 088 Sabah – Kota Kinabalu and Kudat 089 Sabah – Lahad Datu, Sandakan and Tawau
Lokasi Kampung Kinasaraban di Peta Google

Kampung Kinasaraban merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Belud, dalam Sabah, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton.

Kampung Kinasaraban terletak dalam mukim Kundasang, daerah Ranau, negeri Sabah, Malaysia. Letaknya di kedudukan geografi 6° 20′ 0″ Utara dan 116° 24′ 0″ Timur. Ia terletak 2 km dari Kuarters Utama Taman Negara Kinabalu, 18 km dari bandar Ranau dan 90 km dari bandar raya Kota Kinabalu. Kampung ini terletak di lereng sebuah bukit berhadapan dengan Kampung Himbaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pendapat atau andaian bagaimana nama Kinasaraban itu diperoleh.

Dia antaranya ialah diambil sempena sejarah sepohon pokok yang terbakar. Kinasaraban bermakna tempat kebakaran. Pada tahun 1920-an sehingga 1950-an, peniaga-peniaga tembakau, sayur-sayuran dan hasil hutan menghantar barang jualan mereka ke Kota Belud dan Tamparuli. Para peniaga berjalan kaki meredah kawasan hutan melalui denai-denai yang dibuat sendiri oleh mereka ini. Di setiap persinggahan, mereka mendirikan pondok kecil untuk dijadikan tempat berehat. Maklumlah perjalanan mereka ke tempat perniagaan ini mengambil masa 3 hingga 4 hari. Salah satu tempat berteduh terletak di lereng sebuah bukit yang tidak berapa tinggi. Pondok usang didirikan di bawah pohon tinggi. Pada suatu hari, sekumpulan peniaga menghidupkan api untuk bergadang. Mereka terlupa memadamkan api ini sebelum meneruskan perjalanan. Api tersebut telah merebak dan membakar pondok serta kayu-kayu di sekitarnya. Mulai saat itu, tempat itu dipanggil kinasaraban yang bermakna tempat kebakaran dan kekal sehingga ke sekarang ini

Pendapat kedua ialah berlaku kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanam-tanaman orang-orang kampung. Kawasan kebakaran ini jelas kelihatan dari arah Kg Paka atau Kg Himbaan. Pada waktu itu belum banyak rumah yang didirikan di sini. Belum menjadi sebuah kampung seperti sekarang ini. Rumahnya berjauhan di antara satu sama lain. Kawasan kampung ini agak tidak subur dan hanya pokok renek serta lalang dan rumput sahaja yang tumbuh. Maka apabila musim kemarau, kawasan ini sering terbakar

Pendapat ketiga ialah berdasarkan kepada kejadian kebakaran yang berlaku di antara 1941 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Sabah.

Terdapat pendapat lain yang agak berbeza mengikut penceritaan orang-orang tua yang terdahulu dan ini menjadi khazanah bernilai yang perlu dikaji oleh generasi muda hari ini.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Kinasaraban mempunyai penduduk lebih daripada 400 orang dengan rumah lebih kurang 50 buah. 100% daripada kawasan Kg. Kinasaraban adalah kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. 90% penduduknya ialah orang Dusun, 10% Bangsa-bangsa lain (Cina, Warga Indonesia dan Filipina. 90% penduduknya adalah beragama Islam. 7% Kristian dan 3% Agama-agama lain (Buddha dan animisme)

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Perusahaan utama di kawasan ini ialah penanaman sayur-sayuran, perniagaan dan pemborong hasil tani, perniagaan runcit dan perkhidmatan, sektor pelancongan dan homestay dan kakitangan jabatan kerajaan dan swasta.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan yang terdapat di kampung ini adalah seperti berikut:-

  1. Jalan raya berturap melalui lebuhraya Timur - Barat
  2. Jalan raya berturap dalam kawasan kampung
  3. Kemudahan elektrik 24 jam
  4. Jaringan telefon dan jalur lebar
  5. Surau
  6. Sekolah rendah
  7. Balai raya
  8. Gerai sayur
  9. Tabika KEMAS
  10. Liputan talian telefon mudah alih 3G Celcom, Maxis Hotlink dan Digi
  11. Penginapan (resort) untuk para pelawat. Resort adalah seperti Strawberry Garden Resort, U Merlin Resort, Kinabalu Rose Cabin, Fairy Garden, Kinabalu Reflexology Centre dan Mt. Kinabalu Resort.
  12. Homestay


Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Kinasaraban, Kota Belud, Sabah ialah 89150.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]