Kastard labu-kelapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kastard kelapa)
Jump to navigation Jump to search
Kastard labu-kelapa
Sangkhaya fak thong.JPG
Sepotong Sangkhaya
Nama alternatifKastard kelapa
JenisKastard
Tempat asalKemboja, Malaysia dan Thailand
Bahan utamaKastard kelapa, labu atau kabocha
di Wikibuku Buku Masakan: Kastard labu-kelapa  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Kastard labu-kelapa

Kastard kelapa (juga dirujuk sebagai kastard labu kelapa) ialah hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada kastard kelapa dikukus di dalam labu atau kabocha.

Di Kemboja[sunting | sunting sumber]

Sankhya lapov (សង់ខ្យាល្ពៅ) atau lpov sangkya merupakan pencuci mulut di Kemboja yang diperbuat daripada labu dan kastard kelapa.[1][2] Satu ciri pencuci mulut ini yang mudah dikenali adalah flan tersebut memenuhi bahagian dalaman labu dan labu sering disajikan secara keseluruhan. Lapov bermakna labu dalam Khmer.

Pencuci mulut ini juga dikenali di Thailand dengan membawa nama sangkhaya fak thong[3] (Bahasa Thai: สังขยาฟักทอง [sǎŋkʰajǎː fák tʰɔːŋ]; transcription: săng-khà-yăa fák thong) dan di Laos ia dipanggil sangkhaya maryu.

Di Thailand[sunting | sunting sumber]

Khao niao sangkhaya

Sangkhaya (Bahasa Thai: สังขยา, disebut [sǎŋkʰàjǎː]) adalah ramuan yang sama tetapi ia lebih mempunyai tekstur kastard dan kurang melekit. Ia kadang-kadang dipanggil "kastard kelapa" dan digunakan untuk membuat sangkhaya fak thong (สังขยาฟักทอง, [sǎŋkʰàjǎː fáktʰɔ̄ːŋ]; sangkhaya maryu dalam bahasa Lao), sangkhaya labu atau kastard labu, khao niao sangkhaya (ข้าวเหนียวสังขยา, [kʰâːw nǐaw sǎŋkʰàjǎː]), pulut dengan sangkhaya, dan sangkhaya maphrao (สังขยามะพร้าว, [sǎŋkʰàjǎː māpʰráːw]), sangkhaya disajikan dalam kelapa, atau wun sangkhaya วุ้นสังขยา[4] (kastard jeli). Sangkhaya adalah salah satu pencuci mulut berasaskan masakan Portugis yang diperkenalkan oleh Maria Guyomar de Pinha kepada Kerajaan Ayutthaya. Beliau memanggil pencuci mulut ini dengan nama kastard tetapi perkataan kastard adalah sukar untuk disebut oleh orang Thai maka pegawai dapur diraja menamakannya sangkhaya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]