Pergi ke kandungan

Besut: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HarimauMalayaHM (bincang | sumb.)
→‎Tokoh-Tokoh Pengukir: tambah info senarai nama tokoh pengukir
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40: Baris 40:
| website = {{br list|{{URL|http://mdb.terengganu.gov.my|Majlis Daerah Besut}}|{{URL|http://pdtbesut.terengganu.gov.my|Pejabat Daerah dan Tanah Besut}} }}
| website = {{br list|{{URL|http://mdb.terengganu.gov.my|Majlis Daerah Besut}}|{{URL|http://pdtbesut.terengganu.gov.my|Pejabat Daerah dan Tanah Besut}} }}
}}
}}
'''Besut''' ialah sebuah [[Daerah di Malaysia|daerah]] di utara [[Terengganu]], [[Malaysia]]. Daerah ini bersempadan negeri dengan daerah [[Jajahan Pasir Puteh|Pasir Puteh]], [[Kelantan]] di utara manakala di selatan bersempadan dengan daerah [[Hulu Terengganu]], [[Setiu]] dan [[Laut China Selatan]] di timur. Ibu daerah Besut ialah [[Jerteh]] sementara pusat pentadbiran ialah di [[Mukim Kampung Raja|Kampung Raja]] dan pusat pelabuhan ikan adalah di [[Kuala Besut]]. Daerah ini mempunyai keluasan {{convert|123367.8|ha|acre|abbr=off}}<ref name=":0">{{cite web|url=http://pdtbesut.terengganu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=53|title=Sejarah Besut|website=pdtbesut.terengganu.gov.my|date=18 April 2012|access-date=27 Mei 2018}}</ref> dan penduduk seramai 154,168 pada tahun 2020.
'''Besut''' ialah sebuah [[Daerah di Malaysia|daerah]] di utara [[Terengganu]], [[Malaysia]]. Daerah ini bersempadan negeri dengan daerah [[Jajahan Pasir Puteh|Pasir Puteh]], [[Kelantan]] di utara manakala di selatan bersempadan dengan daerah [[Hulu Terengganu]], [[Setiu]] dan [[Laut China Selatan]] di timur. Ibu daerah dan pusat pentadbiran Besut ialah [[Kota Putera]]. Daerah ini mempunyai keluasan {{convert|123367.8|ha|acre|abbr=off}}<ref name=":0">{{cite web|url=http://pdtbesut.terengganu.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=53|title=Sejarah Besut|website=pdtbesut.terengganu.gov.my|date=18 April 2012|access-date=27 Mei 2018}}</ref> dan penduduk seramai 154,168 pada tahun 2020.


==Nama==
==Nama==

Semakan pada 11:50, 17 Mac 2024

Besut
Daerah Besut
Bendera Besut
Lokasi Daerah Besut di Terengganu
Lokasi Daerah Besut di Terengganu
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Besut
Pentadbiran
 • Yang DipertuaAbdul Rasid bin Jusoh
Keluasan
 • Jumlah123,367.8 ha (304,848.5 ekar)
 • Kawasan majlis73.82 km2 (28.50 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah154,168
 • Kepadatan120/km2 (320/batu persegi)
 • Kawasan majlis
154,168
 • Kepadatan Kawasan majlis2,100/km2 (5,400/batu persegi)
Poskod
22+++
Laman sesawangMajlis Daerah Besut
Pejabat Daerah dan Tanah Besut

Besut ialah sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Daerah ini bersempadan negeri dengan daerah Pasir Puteh, Kelantan di utara manakala di selatan bersempadan dengan daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah dan pusat pentadbiran Besut ialah Kota Putera. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar)[1] dan penduduk seramai 154,168 pada tahun 2020.

Nama

Penamaan daerah ini sebagai Besut mempunyai pelbagai versi, ada menyatakan nama Besut ini adalah daripada kata Siam yang bermaksud "Daerah Pengakhiran" iaitu BE bermaksud "daerah" dan SUT bermaksud "hujung" atau "pengakhiran".

Versi masyarakat setempat di Besut pula menyatakan bahawa nama Besut daripada nama Ketua Lanun dari kalangan Orang Darat, mereka sangat ganas dan kejam sehingga tidak ramai yang tinggal di kawasan tersebut. Ketua Lanun itu bergelar "Besut" juga dikenali sebagai Raja Sang Nyana, setelah kematian beliau, kumpulan Orang Darat tersebut menggelar tempat tinggal mereka itu sempena nama Raja mereka.

Ada juga yang mengatakan bahawa nama "Besut" berasal daripada nama Ketua kampung orang asli di kawasan tersebut.

Sejarah

Catatan yang paling awal menyentuh mengenai Besut ialah karangan Munsyi Abdullah dalam buku Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan daripada buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

Tuhfat al-Nafis.

Dalam buku ini ada dinyatakan mengenai sekumpulan pedagang yang berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia telah datang ke Besut. Sebelum tiba di Besut, mereka telah menjalankan urusniaga di Pattani Darussalam. Dengan menawarkan segantang mata kail kepada ketua orang asli yang bernama Besut, para pedagang ini berjaya memujuk orang-orang asli berpindah ke Hulu Besut. Para pedagang ini menjadi 'pentadbir' dan telah membina penempatan di tebing sungai Besut yang dinamakan sebagai Palembang.

Sekitar 1770-an, Besut berada dalam keadaan tidak stabil kerana ancaman daripada lanun yang berleluasa di pulau-pulau berhampiran. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.

Memandangkan 'pentadbir' yang berasal dari Palembang tidak berdaya dan lemah untuk menentang lanun, bantuan telah dipinta daripada Sultan Terengganu. Sultan Terengganu pada masa itu Sultan Mansur I yang juga dikenali sebagai Marhum Janggut telah memperkenan untuk mengamankan daerah Besut.

Baginda memerintah Terengganu dari 1726 hingga 1793. Baginda telah bertitah kepada putera baginda iaitu Tengku Abdul Kadir untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di Besut.

Sebagai penghargaan atas kejayaan Tengku Abdul Kadir membanteras aktiviti lanun dan mengamankan Besut, Tengku Abdul Kadir telah diberi mandat oleh ayahandanya, Sultan Mansur I Terengganu untuk memerintah Besut sebagai Raja Besut yang pertama pada tahun 1780 dan menjadikan Kampung Raja sebagai pusat pemerintahan.

Sehingga kini, Kampung Raja merupakan tanah yang penuh berkat dan makmur juga melahirkan tokoh-tokoh serta bijak pandai. Walaupun kini nama Kampung Raja digazetkan sebagai Kota Putera, penduduk tempatan dan seluruh penduduk di Malaysia masih kekal dan selesa dengan panggilan nama Kampung Raja.

Tengku Abdul Kadir ibni Sultan Mansur I Terengganu telah melantik salah seorang panglimanya selaku wakil Raja di Kuala Besut (kerana lokasi yang strategik) dengan tujuan untuk mengekang ancaman lanun yang telah berundur ke Pulau Perhentian dan juga mentadbir Kuala Besut dari sudut keamanan setempat termasuk hal ehwal pengadilan kecuali melibatkan nyawa.

Besut dan pulau-pulau berhampiran terus aman tanpa serangan lanun kerana kredibiliti dan kehandalan wakil Raja di Kuala Besut. Seperti yang sedia maklum, muara atau kuala merupakan gerbang utama mana-mana peradaban.

Pemerintahan Raja Besut meliputi daerah Besut sekarang dan sebahagian besar daerah Setiu ini telah berlangsung selama 140 tahun dari tahun 1780 hingga 1920.

Tengku Long bin Tengku Ngah merupakan Raja Besut yang terakhir. Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909, secara tidak langsung telah mengakhiri pemerintahan Raja Besut pada tahun 1920.

Jawatan Pesuruhjaya British diperkenalkan di Besut dan Tengku Long dilantik menjadi Pesuruhjaya British di Besut yang pertama dan dikurniakan gelaran Tengku Seri Indera Segara sekaligus pentadbiran dan administrasi cara British di Besut bermula.

Pesuruhjaya British di Besut yang kedua, Tengku Sulong Lela Segara yang berasal dari Kuala Terengganu bukan lagi dari susur galur keturunan Raja Besut. Tengku Sulong Lela Segara adalah menantu kepada Tengku Long.

Makam Tengku Long dan puteranya, Tengku Muhammad terletak di bahagian hadapan kubah Masjid Lama Kampung Raja. Istana Raja Besut yang terkenal sebagai Istana Tengku Long yang pada asalnya terletak di Kampung Raja dipindahkan ke perkarangan Muzium Terengganu di Losong dengan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dan kementerian berkaitan untuk tujuan konservasi dan tatapan generasi baru dengan izin dan perkenan cucunda tunggal Tengku Long, Tengku Putera Zainal Abidin (Tengku Seri Aria Raja) bin Tengku Muhammad.

Tengku Putera Zainal Abidin (Tengku Seri Aria Raja) juga adalah cucunda kepada Sultan Zainal Abidin II Terengganu melalui bondanya. Tengku Putera Zainal Abidin berkahwin dengan anakanda Tengku Muhammad Panglima Perang Pahang iaitu cucunda Sultan Ahmad I Pahang.

Tengku Putera Zainal Abidin adalah ahli Majlis Pangkuan Negeri Terengganu ketika pemerintahan ayahanda saudara, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu. Makamnya terletak di Makam DiRaja di perkarangan Masjid Putih, Kuala Terengganu.

Pada 12 Ogos 1999, Besut diisytiharkan sebagai Daerah Ukiran Kayu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ketika itu, Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir.[4]

Geografi

Petempatan-petempatan utama dalam daerah ini termasuklah Alor Lintah, Apal, Jabi, Jerteh, Kampung Raja, Kuala Besut dan Pasir Akar.[2]

Pentadbiran

Peta daerah Besut

Besut ditadbir oleh sebuah kerajaan tempatan iaitu Majlis Daerah Besut. Majlis ini dipimpin oleh Yang Dipertua dan pada masa ini dijawat oleh Abdul Rasid bin Jusoh.[5] Kawasan di bawah majlis ini meliputi 73.82 kilometer persegi (18,240 ekar) iaitu 90 peratus keseluruhan kawasan daerah[2]; penduduk di bawahnya adalah seramai 154,168 orang pada tahun banci 2020.[6] Besut dirancang untuk dinaik taraf menjadi sebuah daerah perbandaran menjelang tahun 2022.[perlu rujukan]

Besut diwakili dalam Dewan Parlimen oleh sebuah kerusi iaitu Besut (P33). Bagi peringkat negeri, Besut diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu oleh empat kerusi iaitu Jerteh, Kota Putera, Kuala Besut dan Hulu Besut.

Pecahan pentadbiran

Daerah Besut dibahagikan kepada 15 mukim iaitu:[1]

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Besut ialah seramai 154,168 orang dengan kepadatan penduduk 125 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Besut berbangsa Melayu, seramai 148,925 orang.[7][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[7]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 148,925
Bumiputera lain 261
Cina 1,300
India 97
Lain-lain 478
Bukan warganegara - 3,107
Jumlah 154,168

Agama

Di daerah Besut, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]

Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang utama penduduk di daerah Besut ialah berniaga, mengusaha tanaman padi, sawit, getah dan perikanan.

Budaya

Penduduk Besut kebanyakan berasal dari negeri Kelantan. Kebanyakan budaya di Besut dipengaruhi budaya Kelantan sama ada dari segi pakaian, bahasa serta makanan. Majoriti penduduk Besut bertutur dalam Bahasa Melayu Kelantan namun terdapat juga sebahagian kecil bertutur dalam Bahasa Melayu Terengganu terutama di bahagian sempadan daerah Besut dengan Setiu dan juga di sempadan daerah Hulu Terengganu.

Tempat menarik

Besut terletak menghadap Laut China Selatan yang mana terdapat pantai dan juga beberapa pulau yang terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu, Pulau Rawa dan Pulau Redang.

Di Besut juga terdapat tempat perkelahan yang menarik lain seperti Lata Tembakah, Lata Kolam, Lata Belatan, La Hot Spring,Gunung Tebu, Bukit Keluang, Pantai Benting Lintang, Pantai Dendong, Pantai Bukit Bubus, Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, dan beberapa lokasi lain yang sedang di majukan.

Tokoh-Tokoh Pengukir

  • Allahyarham YM Tengku Ibrahim bin Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999)
  • Allahyarham Haji Abd Rahman bin Long
  • Allahyarham Haji Wan Su bin Othman (Adiguru Ukiran Kayu 1988, Asean Award 1993, Anugerah Seniman Negara 1997)
  • Mohd Saliza bin Abd Rahman
  • Norhaiza bin Nordin (Anugerah Seni Negeri Terengganu 2005 Kategori Karyawan Seni Tampak)[8]

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ a b c "Sejarah Besut". pdtbesut.terengganu.gov.my. 18 April 2012. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  2. ^ a b c "Latar Belakang". mdb.terengganu.gov.my. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ Buku Terengganu Molek Doh sempena Ekspo Terengganu 2018
  5. ^ "Profil YDP". mdb.terengganu.gov.my. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  6. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  7. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  8. ^ Buku Terengganu Molek Doh sempena Ekspo Terengganu 2018