Pergi ke kandungan

Tambun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tambun berada didalam mukim Hulu Kinta, daerah Kinta dan terletak berdekatan dengan bandaraya Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta pelancungan yang penting di Perak.

Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan Bercham, Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, AEON MALL Kinta City dan pasar raya hiper Lotus's.

Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.

Antara lokasi yang menarik di Tambun adalah Gua Tambun dan taman tema Lost World of Tambun.

Dikatakan bahawa Tambun diasaskan atau dipelopori oleh seorang hartawan perlombongan misteri yang dikenali dengan nama samaran Kulup Lembang (penyelenggara tanah dan tapak Masjid Warisan Al-Khairiah) tetapi menurut salah seorang waris keturunannya, dakwaan tersebut kekurangan bukti yang menyokongnya.[1]

Gunung Datok yang sebenar

[sunting | sunting sumber]

Hartawan perlombongan misteri yang memakai nama samaran Kulup Lembang itu juga membesarkan beberapa keluarga beliau dikaki Gunung Datok yang mempunyai kaitan sejarah silam dengan Menteri Ngah Ibrahim yang secara amnya lebih terkenal di Larut. [2]

Kulop Noman yang terlanjur

[sunting | sunting sumber]

Kulop Noman, anak kepada Panjang Seman, adalah satu lagi nama besar didalam lipatan sejarah Tambun. Malangnya beliau telah terlibat dengan kegiatan rompakan berkumpulan yang terkenal bermaharajalela di Tambun. Beliau akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa dan sebagai hukuman, beliau telah dijadikan sebagai buruh tahanan dan serta-merta dikerah membuat kerja-kerja kasar dan berat selama tiga tahun pada tahun 1889.[3]

Anak Raja yang berkenan melawat

[sunting | sunting sumber]

Sering diceritakan oleh orang-orang tua di Tambun bahawa kemisterian Kulup Lembang itu suatu masa dahulu telah mencuri perhatian seorang anak Raja yang mempunyai kontroversi-kontroversi tersendiri. Beliau sering turun padang melawat Tambun dan melontar soalan berikut secara spontan kepada sesiapa sahaja yang beliau temui didalam lawatan beliau: "Siapakah Tok Lembang?".[4]

Anak Raja itu sering ditemani oleh seorang rakan karib beliau yang juga merupakan seorang kakitangan Pejabat Tanah & Galian Perak yang beristerikan seorang jurulatih pasukan bola jaring kebangsaan yang juga seorang kakitangan agensi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Rakan karib anak Raja itu juga pernah terkenal dan nama beliau turut menjadi bualan peminat-peminat berita sensasi negara suatu masa dahulu.[5]

Hari ini pekerti dan perilaku anak Raja itu masih menjadi tanda-tanya kepada penduduk Tambun. Apakah beliau sememangnya tidak tahu akan identiti sebenar Kulup Lembang atau apakah beliau berpura-pura buat tidak tahu dan hanya mahu merisik dan mengenal pasti siapa lagi yang tahu akan rahsia besar yang disimpan oleh tokoh hartawan perlombongan misteri itu. Orang-orang tua di Tambun juga turut tertanya-tanya apakah anakanda-anakanda kepada anak Raja itu tahu dan sedar akan asal-usul mereka.[6]

Siapakah anak Raja itu kepada Kulup Lembang? Apa mungkinkah beliau sebenarnya waris Kulup Lembang?[7]

Begitulah rupa dan bentuk persoalan yang sering bermain dibenak fikiran penduduk Tambun hari ini.[8]

Wakil Rakyat

[sunting | sunting sumber]

2022 - DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENANG MENEWASKAN PEJA. REFORMASI DI TAMBUN MEMBENARKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI KE-10 MALAYSIA.

Kawasan Parlimen P 63 Tambun mempunyai (65,219) pengundi, kaum Melayu : 63.34% Cina : 23.46% India: 11.73% Lain: 1.49%

  • N.23 MANJOI - YB. Nadzri Bin Ismail (Barisan Nasional BN)
  • N.24 HULU KINTA - YB. Rusnah Binti Kassim (Barisan Nasional BN)


  1. ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang
  2. ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang
  3. ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang
  4. ^ Orang-orang tua Tambun
  5. ^ Orang-orang tua Tambun
  6. ^ Orang-orang tua Tambun
  7. ^ Orang-orang tua Tambun
  8. ^ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang