Changkat Jering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°47′N 100°43′E / 4.783°N 100.717°E / 4.783; 100.717

Pekan Changkat Jering
Coat of arms of Perak.svg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Perak
Daerah Daerah Larut & Matang
Mukim Pekan Changkat Jering
Keluasan N/A

Changkat Jering (DUN N14), Larut, Matang dan Selama, negeri Perak ialah sebuah perkampungan yang terletak di antara persimpangan Air Kuning Terong dan juga arah ke Taiping dan menjadi pekan sejak zaman British menjajah Malaya pada masa Perang Dunia I dahulu sehingga sekarang. Sejarahnya agak menarik kerana berada di antara perjalanan ke bandar warisan Taiping dan juga ke bandar diraja Kuala Kangsar dan juga persimpangan ke pulau peranginan Pulau Pangkor daerah Setiawan.

Di pekan kecil itu terdapat sebuah bangunan sekolah lama yang pertama di mukim Bukit Gantang yang juga telah menjadi muzium. Daerah itu dikelilingi kawasan bukit yang mengeluarkan hasil hutan seperti buah-buahan. Changkat Jering juga mempunyai dua buah sekolah menengah, klinik serta balai polis, dan juga beberapa kawasan perumahan kos sederhana. Selain itu, terdapat juga pekan minggu yang agak terkenal. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan, kraf tangan dan juga hasil tanaman dengan harga yang berpatutan.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah menengah:

Sekolah rendah:

  • SK Sultan Abdullah, Kg Cheh, Bukit Gantang
  • SK Changkat Jering, 34850, Changkat Jering
  • SK Changkat Ibul, Kg Changkat Ibul,Bukit Gantang

Masjid[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Jamek Kampung Sendok, Bukit Gantang 34850 Changkat Jering
  2. Masjid Jamek Bukit Gantang]], Bukit Gantang 34850 Changkat Jering
  3. Masjid Kampung Cheh, Kampung Cheh, Bukit Gantang, 34850 Changkat Jering
  4. Masjid Al-khususiah, Kampung Padang Besar 34850 Changkat Jering
  5. Masjid Hussaniah, Kampung Batu 9, Jalan Trong 34850 Changkat Jering
  6. Masjid Jamek Changkat Jering]] 34850 Changkat Jering
  7. Masjid Kampung Changkat Ibol, Kampung Changkat Ibol, 34850 Changkat Jering
  8. Masjid Al-Naim, Kampung Pauh, Bukit Gantang 34850 Changkat Jering
  9. Masjid Ar-Rusydiah, Kampung Jelutong, Bukit Gantang 34850 Changkat Jering