Damar Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Damar Laut
Perkhidmatan feri dari Lumut ke Damar Laut
Perkhidmatan feri dari Lumut ke Damar Laut
Damar Laut yang terletak di Malaysia
Damar Laut
Damar Laut
Kedudukan Chikus di Malaysia
Koordinat: 4°15′12″N 100°38′15″E / 4.2532°N 100.6376°E / 4.2532; 100.6376Koordinat: 4°15′12″N 100°38′15″E / 4.2532°N 100.6376°E / 4.2532; 100.6376
Negara Malaysia
Negeri Perak
Kerajaan
 • Ahli Parlimen LumutMohd Hatta Ramli
 • ADUN PangkorZambry Abdul Kadir
Ketinggian
8 m (26 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
32200

Damar Laut (Jawi: دامر لاءوت) atau secara rasminya Pekan Damar Laut (Jawi: ڤكن دامر لاءوت) ialah sebuah pekan kecil di Daerah Manjung dalam negeri Perak, Malaysia yang dimana berhampiran dengan Lumut dan Sitiawan.[1] Damar Laut terletak di tepi pantai, mengadap ke Selat Dinding dan Pulau Pangkor.[2]

Nama[sunting | sunting sumber]

Pokok Damar ialah nama sejenis pokok yang boleh mengeluarkan getah untuk menampal perahu bocor. Serbuk damar mestilah dicampur dan digaul dengan minyak tanah, bertukar warna menjadi hitam, likat dan liat, ditampal pada lubang atau selisih papan perahu yang bocor. Selisih papan itu hendaklah diselitkan dengan perca kain terlebih dahulu. Setelah itu, perahu tersebut disalai dan dicat.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Damar Laut dapat dicapai menggunakan laluan darat dan laluan air. Dengan menggunakan laluan air, seseorang haruslah melalui Jalan Lumut (atau Laluan Persekutuan Malaysia Jkr-ft18.png) dari Sitiawan untuk mengambil perkhidmatan feri di Jeti Lumut yang mengambil masa 15 minit. Jika menggunakan laluan darat, perlulah menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia Jkr-ft60.png.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Lokasi yang berhampiran ialah Teluk Batek, Sitiawan, Lumut dan Kampung Tanjung Batu dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Di Kampung Tanjung Batu terdapat kolam ternakan udang harimau yang diusahakan oleh penternak orang Cina. Sebuah hotel terkenal terletak di sini iaitu Swiss Garden Damai Laut Resort.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2021. Dicapai pada April 12, 2021.
  2. ^ "Damar Laut, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 2021-06-11.